RAKYAT MALAYSIA TIDAK PENTINGKAN PENGURUSAN RISIKO?

Kita barangkali sudah acap kali mendengar ungkapan “mencegah itu lebih baik daripada merawat”. Namun, adakah selama ini kita benar-benar telah mempraktikkan ungkapan itu atau ianya sekadar masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri?

Tirai 2009 dibuka dengan berita aktiviti pengambilan dadah dalam satu parti liar yang melibatkan individu terkenal. Tentunya, banyak lagi aktiviti seperti itu yang telah berlaku di negara ini tetapi tidak mendapat liputan meluas. Barangkali si pelakunya tidak ternama dan tidak perlu dipedulikan oleh media ataupun orang ramai.

Seterusnya, berita kemalangan ngeri yang meragut 10 nyawa di daerah Gua Musang, Kelantan mengejutkan pula rakyat di negara ini. Ironinya, undang-undang pemakaian tali pinggang keselamatan pada penumpang belakang baru sehari dikuatkuasakan. Kejadian ngeri itu seolah-olah menggambarkan, undang-undang bukanlah kuasa untuk mengurangkan mangsa korban di jalanraya Malaysia.

Saban hari, peringatan tentang bahaya penggunaan dadah dan bahana memandu laju telah dipaparkan oleh media atau dipesankan dari mulut ke mulut. Malangnya, berapa ramai di antara kita yang benar-benar mengambil peringatan itu sebagai persediaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang boleh berlaku dalam kehidupan seharian kita?

Persediaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan ini lebih mudah dipanggil PENGURUSAN RISIKO. Sememangnya, setiap dari kita sentiasa terdedah dengan pelbagai risiko yang boleh mengundang bencana dan mampu menganggu-gugat kestabilan dan keharmonian hidup seharian kita.

Misalnya, longkang dan parit yang tidak diselenggara boleh mengundang banjir kilat. Pembangunan di lereng bukit yang tidak terkawal boleh mengundang tanah runtuh. Kenderaan yang tidak diselenggarakan boleh mengundang kerosakan dan kemalangan. Kewangan peribadi yang tidak diurus dengan baik boleh mengundang kesusahan dikemudian hari. Perbendaharaan negara yang tidak diuruskan dengan sempurna boleh mengundang kemelesetan ekonomi.

Banyak lagi contoh-contoh lain yang boleh diberikan untuk menggambarkan betapa pentingnya ilmu pengurusan risiko diambil berat oleh kita semua.

Siang tadi, saya bertemu dengan seorang rakan yang mengadu masalah peribadinya. Kini, dia dihimpit perasaan serba-salah selepas menduakan tunangnya. Hubungan sulitnya dengan lelaki lain telah terbongkar dan diketahui keluarga tunangnya. Biarpun tunangnya tetap mempertahankannya dan sudi memaafkan dirinya, namun keluarga tunangnya tidak dapat menerima kesalahannya itu.

Setelah kejadian ini berlaku, baru dia sedar yang dia lebih mencintai tunangnya daripada ‘kekasih gelapnya’. Apakan daya, nasi sudah menjadi bubur Mc D. Mahu atau tidak mahu, kawan saya itu terpaksa berhadapan dengan pemulauan keluarga tunangnya buat sementara waktu kerana dia tetap akan berkahwin dengan tunangnya itu beberapa bulan sahaja lagi.

“Kalau aku tahu jadi macam ni, dah tentu aku takkan layan jantan tu…”

Ayat yang keluar dari mulut kawan saya tu membuatkan saya tergerak menulis ‘posting’ ini.

Kita semua bukannya tidak tahu apakah risiko yang bakal kita hadapi jika kita ingin melakukan sesuatu. Barangkali, kita lebih suka mengambil mudah dan lebih terdorong untuk menikmati ‘keseronokan’ daripada memikirkan bencana yang bakal mendatang.

Mungkin juga, pepatah di bawah ini elok kita renung dan fikirkan bersama sempena semangat awal tahun yang masih membara dalam diri kita semua:

“Manusia tidak pernah merancang untuk gagal, tetapi mereka selalunya gagal untuk merancang…”

P/S : Siapakah yang akan gagal merancang di PRK Kuala Terengganu nanti?


Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!


Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda! KLIK JE SINI!



Photobucket
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

2 comments:

  1. Terutamanya risiko pertelagahan sesama kita tidak terurus. Nanti "termengantuk baru terngadah:.

    ReplyDelete
  2. Aflah,

    Sedarkah anda bahawa entry anda juga perlu ada perancangan berisiko? Saya harap anda tahu apa maksud saya.

    Nash

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.