GADIS TU CUCU PEMIMPIN PAS!

Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh menjelaskan siapa sebenarnya seorang gadis yang duduk di sebelahnya dalam sekeping foto beliau sedang berkaraoke yang disebar meluas di internet.

Sambil menyifatkan penyebaran itu sebagai satu serangan peribadi terhadapnya dalam pilihanraya kecil ini, calon BN itu berkata beliau enggan membalas serangan tersebut.

Gadis itu, katanya, anak saudaranya sendiri yang juga "berpangkat cucu kepada seorang pemimpin PAS".

"Kalau saya mendedahkan identiti orang tersebut, nanti ada orang yang susah hati.

"Kempen saya ialah kempen yang positif dan bukannya negatif," katanya dalam sidang media di bangunan Umno Kuala Terengganu hari ini.

Gambarnya berkaraoke itu telah menjadi senjata terhadapnya bagi berdepan calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut dalam kempen di kawasan parlimen Kuala Terengganu.

Wan Ahmad Farid turut meramalkan beliau mempunyai sedikit kelebihan untuk menang dalam pilihanraya, Sabtu ini.

Tambahnya, keyakinannya itu berdasarkan maklum balas yang diperolehi hasil daripada lebih 65,000 pengundi yang ditemui jentera pilihanraya BN.

Kuala Terengganu mempunyai 80,229 pengundi berdaftar - 88 peratus Melayu dan 11 peratus Cina.

"Tetapi kita nak jumpa seramai mungkin pengundi sebelum hari Sabtu ini.

"(Pilihanraya) ini saingan yang sengit tetapi akhirnya saya percaya orang Kuala Terengganu akan memberikan saya peluang," katanya.

Menurut Wan Ahmad Farid lagi, beliau mendapati ada tiga kategori pengundi sepanjang beliau menjalankan kempen menemui orang ramai.

Pertama, katanya, dikategorikan sebagai pengundi pembangkang apabila mereka berkata "undi (saya) itu rahsia."

Kedua, tambahnya, kalau mereka berkata "belum buat keputusan", masih ada pelung untuk BN mendapat undi mereka.

Kalau mereka ingin mendoakan kemenangannya, kata calon itu, golongan itu penyokong BN.

"Kalah tiada dalam pilihan saya... kita mesti menang untuk maruah BN dan Umno," katanya.



Sumber: Malaysiakini

Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!


Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda! KLIK JE SINI!

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

4 comments:

  1. assalamualaikum puan
    boleh tak tunjukkan gambar gadis yang kononnya cucu pemimpin pas tersebut ??

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Kalau anak sedare wang farid maknanya wang farid juga anak sedare kepada pemimpin tertinggi PAS. kenapa pulak nak bimbang pemimpin PAS tu nak terasa sedangkan yang buat aktiviti karaoke tu orang lain...Bodohnyer WANG FARID ni...dah habih pitih kot???

    ReplyDelete
  3. pok sedara jenis apa begini ajar anak sedara berkaraoke...tak boleh pakai la calon umno ni...ari tu nafi,tapi sekarang kata anak sedara pulak....nampak jelas calon umno ni bapak penipu....PEMIMPIN UMNO BAPAK PENIPU DAN TAK BOLEH PAKAI AJAK ANAK SEDARA BERKARAOKE...ni ka cara pok sedara?mak ayah dia jaga anak dia elok2 tapi pok sedar dia wat dok pakai ni buat rosak....bla la parid.

    ReplyDelete
  4. muadzam ooi!

    Apa nak herannya ahli Pas dan Umno. Laki Pas bini Umno pun ramai. Ayah Umno anak Pas pun ada. Nenek Umno cucu Pas pun ada.

    Mahfuz Omar Pas piau,..bapa sedara dia Speaker Dewan Rakyat dari UMNO.

    Jangan kutuk Umno lah. Orang Pas pun ramai kerja nya berjudi siang malam, sabung ayam, tarik kereta, jaga kelab malam dllllll

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.