2 KANAK-KANAK RENTUNG DI KOTA BHARU

"Saya menjerit memanggil nama dan minta dua cucu saya keluar tetapi mereka tidak menyahut panggilan saya.

"Pada waktu itu saya dapati asap tebal dan api pula semakin marak membakar bilik tempat mereka bermain.''

Itulah cerita Khairunisah Merican, 63, mengenai kebakaran yang menyebabkan dua cucunya, Khairul Bariah Wan Ilias, 5, dan Tengku Idris Tengku Iskandar, 3, rentung dalam keadaan berpelukan di atas katil dalam sebuah bilik rumah dua tingkat di Lorong Chicha, Berek 12 di sini pukul 5.20 petang semalam.

Menurut Khairunisah, dia cedera di kedua-dua tangan dan belakang badannya ketika meredah api untuk menyelamatkan dua cucunya itu tetapi gagal kerana api cepat marak.

Katanya, dia bersama menantunya, Khairul Anuar Mohd. Jusoh, 30, cuba memadam kebakaran tersebut dengan menyimbah air tetapi gagal.

"Saya berat untuk melangkah keluar menyelamatkan diri selepas gagal menyelamatkan dua cucu saya itu,'' katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Jelasnya, semasa kebakaran, dia berada dalam rumah tersebut bersama empat orang cucunya dan dua lagi cucunya yang merupakan adik beradik terselamat iaitu Qistina Maria Khairul Anuar, 8, dan Khairul Radzi, 6.

Katanya, rumah tersebut didiami seramai 13 orang daripada tiga keluarga.

Sementara itu, Khairul Anuar memberitahu, dia yang baru sampai ke rumah selepas pulang bekerja terkejut melihat asap tebal dari tingkat atas rumahnya.

Katanya, dia terkejut apabila diberitahu oleh anaknya, Qistina Maria bahawa adiknya, Khairul Radzi dan dua sepupunya, Khairul Bariah dan Tengku Idris terperangkap dalam sebuah bilik di tingkat atas rumah.

"Saya tidak dapat masuk ke dalam bilik tersebut kerana asap tebal dan api semakin marak.

"Kemudian saya menjerit memanggil mereka melalui tingkap bilik dan mendapati Khairul Radzi dalam keadaan lemas cuba menyelamatkan diri dan saya mengarahkan anak saya keluar ikut pintu," katanya.

Ibu kepada Khairul Bariah, Nik Siratiyyah Nik Abdul Razak, 33, enggan bercakap selepas terkejut dengan kejadian yang menimpa anaknya.

Nik Siratiyyah merupakan ibu tunggal yang mengusahakan perniagaan salon di bandar ini.

Sumber:Kosmo

Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!


Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda! KLIK JE SINI!

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.