FITNAH UMNO TERBONGKAR LAGI?


Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (BERSATU PERAK) menggesa pemimpin kerajaan negeri Pakatan Rakyat Perak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa orang pemimpin UMNO yang melemparkan fitnah dan tuduhan liar terhadap kerajaan negeri berhubung isu penutupan tadika kemas di Perak baru-baru ini.

Presidennya, Mohd Hafez Sabri menjelaskan isu ini sebenarnya tidak berlaku sebaliknya sengaja dicipta dan direka oleh pihak yang terdesak semata-mata mahu meraih undi dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu yang akan menjelang.

"Saya sendiri telah bertanya kepada YAB Menteri Besar dan beliau menjelaskan kerajaan negeri tidak pernah pun menutup atau mengarahkan mana-mana pihak untuk menutup mana-mana premis tadika kemas di negeri ini, sebaliknya mengalu-alukan kewujudan sekolah tersebut sebagai salah satu medium terpenting dalam usaha mendidik anak bangsa kita," katanya.

"Ini merupakan salah satu bukti lagi yang menunjukkan pemimpin BN negeri gemar melakukan fitnah dan tuduhan tidak berasas," katanya lagi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang mengatakan kononnya kira-kira 13,000 murid tadika di negeri ini mungkin terjejas pembelajaran mereka ekoran tindakan kerajaan negeri Perak mengarahkan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) mengosongkan 700 premis tadika milik agensi itu.

Dalam pada itu, menurut Ketua Penerangan pertubuhan tersebut, Ahmad Shahir Abdul Aziz ketika menjelaskan isu ini berkata pihak media khususnya media arus perdana sepatutnya meneliti dan menyiasat isu ini terlebih dahulu sebelum dihebahkan kepada umum.

Ini kerana lantaran daripada fitnah dan tuduhan palsu yang dilemparkan membuka ruang kepada kerajaan negeri untuk mengambil tindakan undang-undang.

"Kita berasa cukup terkilan dengan tuduhan berkenaan dan kita minta pihak media khususnya media arus perdana untuk berjumpa sendiri dengan pemimpin kerajaan negeri bagi mendapatkan penjelasan sebenar," jelas beliau.

Sumber: Siasah Daily

Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!


Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda! KLIK JE SINI!



Photobucket
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

6 comments:

  1. Baru balik daripada Mekah dah buat fitnah.
    Pemimpin UMNO ni biar betul YOB.

    ReplyDelete
  2. Mungkin benar Ketua Menteri Perak tidak pernah memberikan arahan kepada penutupan Tadika di Perak. Namun ada sebahgian orang-orang Pakatan Rakyat yang gila dibawah sana pandai-pandai tujuk kuasa dan kekuatan. Merekalah agaknya tu yang tutup pagar Tadika.
    UMNO tak akan buat kerana belum ada dalam sejarah UMNO berbuat begitu. Sedangkan Komponen Pakatan Rakyat pernah buat di Trengganu.

    ReplyDelete
  3. buatlah fitnah, akhirnya rakyat akan tahu.

    diterengganu pun sama jugak, dikedah mula, PAS merintah, ditabur fitnah yg sama, tapi akhirnya terbongkar jugak.

    bagaimana masjid Bujal dikemaman diroboh????? terengganu mudah lupa

    ReplyDelete
  4. Alasan yang Kanak Kanak pun Tak boleh terima tu Bungaraya. Well, give you the benefit of doubt, i may also can say taht the gates was closed by UMNO to creates the problem.

    ReplyDelete
  5. buat lawak le bunga raya ni..anak saya elok2 duk kat tadika kemas apasal le pulak ddiorang kata tutup..wahai rakyat Malaysia janganlah kerana fanatik berpolitik sanggup menfitnah..Itulah penyebabnya orang Islam dan Melayu itu semakin lemah di bumi sendiri.

    ReplyDelete
  6. Kalau kita baca akhbar arus perdana (khasnya Utusan Malaysia), kadang-kadang kita keliru mana yang fitnah dan mana yang bukan.

    Agaknya Bunga Raya percaya bulat-bulat apa yang dilaporkan oleh akhbar arus perdana. Ini agaknya memang sesuailah dengan pendirian seorang penyokong UMNO totok.

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.