ERDOGAN MEMANG WUJUD DI TERENGGANU

Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Wan Abdul Mutalib Embong mendakwa pemimpin-pemimpin PAS "beraliran Erdogan" wujud di negeri itu tetapi tidak menonjol.

"Ada orang Erdogan di Terengganu tetapi tidak ada masalah walaupun mereka ada pengikut.

"Syaitan pun ada pengikut, tak kan orang tidak ada pengikut," katanya dalam sidang media harian di pejabat PAS kawasan Kuala Terengganu sempena pilihanraya kecil kawasan parlimen itu.

Wan Abdul Mutalib diminta mengulas peranan "kumpulan Erdogan" - dipercayai termasuk wakil rakyat Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi - dalam pilihanraya yang sedang berlangsung.

Isu ini berbangkit susulan wujud tanggapan bahawa kumpulan tersebut termasuk Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa, Bendahari PAS Dr Hatta Ramli dan ketua Pusat Penyelidikan PAS Dr Dzulkifli Ahmad tidak serius membantu calon parti Mohd Abdul Wahid Endut.

Pergeseran kumpulan ini dengan jentera PAS yang diketuai oleh Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa dan pesuruhjaya negeri Datuk Mustafa Ali didakwa akibat pengguguran Dr Syed Azman daripada pertandingan di pilihanraya kecil ini walaupun ahli jawatankuasa pusat PAS itu seorang tokoh muda yang paling digemari.

Abdul Wahid menentang calon BN Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan calon bebas Azharudin Mamat @Adam pada 17 Januari ini.

Wan Abdul Mutalib menjelaskan, tanggapan negatif mengenai konflik dalaman membabitkan kumpulan Erdogan hanya spekulasi politik dan "bukan satu isu."

"Dalam parti (PAS) ada pelbagai pandangan, jadi tidak timbul isu tersebut," katanya lagi.

"Saya tidak tahu siapa Erdogan, cuba awak sebut siapa Erdogan?"

"Saya pun Erdogan juga," tambahnya, sambil ketawa.

Istilah "kumpulan Erdogan" pertama kali muncul di blog Anti Husam yang dibangunkan menjelang muktamar PAS Ogos lalu dan dipercayai dibina oleh orang dalam parti itu sendiri.

Istilah ini yang mula popular di kalangan media dan ahli politik merujuk kepada beberapa tokoh utama PAS termasuk Setiausaha Agungnya, Datuk Kamaruddin Jaafar - selain Husam dan Dr Hatta - yang membantah projek parti itu untuk mengadakan rundingan sulit dengan Umno.

Muzakarah senyap-senyap PAS-Umno tidak lama selepas pilihanraya umum Mac tahun lepas melibatkan Nasharuddin dengan sokongan presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mustafa dipercayai tokoh penggerak usaha ini.

Sumber: Malaysiakini

Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!


Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda! KLIK JE SINI!

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

3 comments:

  1. Kumpulan Erdogan dalam PAS barangkali memang wujud,sama ada berdasarkan persepsi orang PAS sendiri atau orang di luar PAS.

    Siapakah mereka?

    Mereka dikatakan orang yang tidak bersetuju PAS mengadakan muzakarah dengan UMNO, dan mungkin lebih berminat untuk mengekalkan Pakatan Rakyat dan menyokong Anwar Ibrahim.

    Kalau betul demikian, adakah pendirian mereka salah?

    ReplyDelete
  2. pada hemat saya,kumpulan erdogan ini memang wujud dan pada saya sesuai dengan keadaan Pas yang merupakan badan siasatuddakwah.

    makananya ianya badan siasah dan ia juga merupakan agen dakwah

    ReplyDelete
  3. Erdogan atau konservatif ; kedua-duanya memberi rencah dan pandangan kepada PAS baru .

    Pandangan pergabungn PAS-UMNO , sememangnya di pandang jelek oleh setengah2 ahli , termasuk musrsyidul am sendiri .

    Mana mungkin , PAS dan UMNO bersatu; teras perjuangan mereka semakin jelas mmpunyai haluan yg berbeza.

    Ada mereka fikir mereka mampu mengubah budaya rasuah dalam UMNO yang berakar tunjang itu ?


    http://mylocalagenda.wordpress.com/2009/01/10/menambah-baik-pasterengganu/

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.