TIADA ISTILAH KETUANAN MELAYU DALAM ISLAM


Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, tiada istilah ketuanan Melayu atau kelebihan terhadap satu bangsa ditekankan di dalam Islam.

Sebaliknya, Menteri Besar Kelantan itu berkata, Islam merupakan agama yang universal tidak memberi sebarang keutamaan kepada mana-mana bangsa melainkan kelebihan itu akan diberikan kepada individu yang mempunyai ketakwaan yang tinggi kepada Allah s.w.t.

"Di dalam Islam tidak mengira bangsa, apa yang penting adalah takwa kepada Allah s.w.t. Tidak kiralah bangsa apa, Cina, Melayu, India dan Arab.

"Tuhan hanya melihat ketakwaan seseorang itu... kerana bila kita bertakwa kita takut kepada Allah dan menjalankan tanggungjawab kita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan restoran London Fish Tales, di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim semalam yang mengingatkan orang Melayu bahawa mereka tidak boleh terlalu bergantung kepada konsep ketuanan Melayu kerana ia lebih merupakan perasaan atau ego politik yang tidak disokong oleh kekuatan dalam perjuangan atau peruntukan Perlembagaan negara.

Nik Abdul Aziz berkata, beliau menyifatkan perjuangan sesuatu parti terhadap satu bangsa tanpa mementingkan agama boleh membawa kepada satu kesan yang tidak sihat dan tidak berkekalan.

"Sebab itu saya masuk parti Islam, yang memperjuangkan agama kerana ianya tidak akan kehabisan. Matlamat perjuangannya sentiasa ada iaitu demi agama tanpa mengira kepentingan bangsa pun.

"Saya tidak duduk dalam politik yang gunakan Melayu, tetapi saya duduk dalam gerakan Islam," katanya.

Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!


Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda! KLIK JE SINI!

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

4 comments:

  1. salam,

    Ketuanan?
    Out of place in modern Obama world- Hope those silly 'ketuanan' kids understand by now!

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Ketuanan Islam kerana Islam melindungi semua kaum.

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Mungkin benar tiada istilah ketuanan Melayu dalam Islam.
    Akan tetapi, istilah itu ada dalam "politik Malaysia"

    Ketika ketuanan Melayu kuat dan dihormati, orang bukan Islam tidak berani mempersoalkan hal yang berkaitan dengan agama Islam.

    Akan tetapi, apabila ketuanan Melayu lemah atau dilihat lemah, NGO bukan Islam berani mempersoalkan fatwa untuk orang Islam yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa, walaupun kini parti Islam berada dalam kedudukan yang kuat, malah menjadi pemerintah di lima negeri!

    ReplyDelete
  4. Puan Aflah,memang betul dalam ISLAM tiada istilah ketuanan.Orang yang dirahmati Allah ialah orang yang IKHLAS,sama ada bercakap,berpolitik, menulis dan sebagainya.

    Namun ISLAM juga tidak menghalang mana-mana bangsa atau kaum memartabatkan ISLAM di singgahsana.

    Dalam situasi negara Kita, W/pun yang membawa ISLAM ialah kaum Cina dan Saudagar dari Negra Arab, yang menaungi ISLAM sekarang ialah Kaum Melayu.Sama ada secara kebetulan ataupun yang telah tersurat.

    Seperti Tun Jeram berkata, ketika Ketuanan Melayu kuat, Islam amat dihormati.Kaum lain tidak berani mempersoalkan hal yang berkaitan dengan agama Islam-ini satu fakta yang perlu diakaui.

    Namun slps PRU lepas, segalanya berubah....Kenapa dan mengapa....setiap individu ada interpertasinya sendiri..

    Cuba toleh ke negara jiran :SINGAPURA , Thailand...ke mana daulah dan daulat Islam dan Melayu bila Katuanan Melayu menjadi minoriti ?

    Kenapa 'orang-orang itu' tidak mendesak,berdemostrasi,berhujah,berhukum supaya Islam dan Melayu di angkat seperti apa yang dilakukan di sini...

    W/pun puan bukan berbangsa Melayu..adakah bangsa Melayu dan Agama Islam diberikan Hak, kemudahan, kelebihan seperti yang dinikmati oleh agama dan kaum lain di Malaysia?

    Walaupun tiada istilah ketuanan dalam Islam namun sehingga kini Ketuanan Melayulah yang memartabatkan Islam di Negara Kita

    Renung-renungkanlah
    Kg Dewan Beta,KB,Kel

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.