SIAPA PUNYA BABI?


Isu babi di Melaka nampaknya belum lagi berjaya diredakan. Mungkin isu ini belum dapat diredakan kerana ada pihak yang tidak ‘redha’ dengan ternakan tersebut ataupun kerana ada pihak yang tidak ‘redha’ ternakan tersebut dihapuskan dari bumi Melaka.

Kita tinggalkan seketika isu ‘redha’ ini dan kembali kepada masalah yang dihadapi oleh penduduk Kuala Linggi, Melaka. Pada 17 Oktober lalu, bangkai babi telah ditemui di Pantai Padang Kemunting yang tidak berapa jauh dari Kuala Linggi.

Insiden ini telah menyebabkan penduduk di situ dan juga penduduk negeri Melaka di kawasan lain berasa marah dan geram.

Dan Khamis lalu, bangkai babi ditemui tergantung pada pintu pagar rumah seorang guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Rahmat, Md. Rawi Mahmud yang juga berperanan sebagai Pengerusi J/K Pemantau Ternakan Babi di kawasan itu. Kali ini, penduduk di situ bertambah geram dan tentu sahaja isu ini mendapat perhatian dari umat Islam di kawasan lain.

“Siapa yang buat kerja jahat ni?”

Itulah persoalan yang belum terjawab sehingga ke hari ini. Biarpun kelmarin, penduduk di situ sudah membuat laporan polis, namun sehingga ke hari ini, belum ada lagi sebarang tangkapan yang dibuat oleh pihak polis.

“Isu ini kalau tidak diselesaikan segera boleh menyebabkan ketegangan kaum!”

Itulah kata seorang guru yang saya temui dan kebetulan tinggal di daerah itu. Mahu atau tidak mahu, pihak polis perlu menyiasat kes ini secara terperinci. Jika khidmat pakar forensik diperlukan untuk mengesan cap jari pada bangkai babi tersebut, gunakanlah kaedah itu. Dalam masa yang sama, intipan perlu dilakukan dari semasa ke semasa samada dari pihak polis mahupun penduduk di kawasan itu.

Penduduk Melaka khususnya tentu tidak mahu lagi mendengar kisah penemuan bangkai babi di tempat-tempat lain pula. Imej Melaka sebagai destinasi pelancongan pasti akan terjejas. Jika pantai Pengkalan Balak dan Tanjung Bidara yang sentiasa menggamit kedatangan pelancong tidak lagi menjadi destinasi pilihan para pelancong, ini sudah tentu akan menjejaskan pendapatan penduduk tempatan di situ yang bergantung hidup pada aktiviti eko-pelancongan.

Buat semua, jangan tanya “siapa punya babi?” tapi tanyalah “siapa yang buang babi?” Bukan apa, bimbang orang yang punya babi tak buang babi, tapi yang tak punya babi yang buang babi. Babi tetap babi dan tetap haram sampai bila-bila. Jangan pula kita jadi manusia yang suka buat tuduhan membabi-buta.



Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!


Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda! KLIK JE SINI!

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.