JURI PERSEPSI


Ahli politik ibarat seorang peguam. Ada masanya ia menjadi pendakwa dan ada ketikanya, ia menjadi pembela. Parlimen pula seperti sebuah mahkamah dan rakyat pula adalah juri yang bakal menentukan keputusan akhir.

Kebiasaannya, peranan ahli politik adalah membangkitkan keraguan yang munasabah dalam sesuatu kes (isu) yang mereka perjuangkan. Kemudiannya, rakyat (juri) akan menilai dan menentukan pihak mana yang menang dan pihak mana yang kalah. Keputusan siapa yang menang akan ditentukan oleh juri (rakyat) dalam pilihanraya.

Ada kalanya dalam pertarungan politik, pihak yang berjaya menimbulkan keraguan yang paling munasabah sudah boleh dianggap sebagai pihak yang menang. Soal pihak mana yang benar atau salah biasanya tidak menjadi keutamaan.

Persepsi kekadang membuatkan sesuatu kebenaran diputus sebagai palsu dan yang palsu pula boleh diputuskan sebagai kebenaran.

Kesukaran mendapatkan bukti kukuh membuatkan ahli politik lebih gemar bermain dengan spekulasi dan manipulasi untuk menimbulkan keraguan yang munasabah di kalangan juri (rakyat). Akhirnya, juri (rakyat) yang tidak mempunyai kemampuan untuk menilai dan menganalisis sesuatu kes (isu) yang diperdebatkan itu, akan membuat keputusan berdasarkan kepada persepsinya semata-mata.

Juri (Rakyat) tidak sepatutnya menggunakan persepsinya semata-mata untuk membuat sebarang keputusan mutlak. Juri perlu mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan, kemahiran menganalisis dan juga berusaha mendapatkan bukti serta maklumat dari sumber yang sahih sahaja.

Dalam masa yang sama, ahli politik pula tidak boleh menyekat juri dari mendapatkan sumber-sumber yang diperlukan itu agar keputusan yang tepat dan benar dapat diharapkan dari pihak juri.

“Jika engkau turut kebanyakan orang di bumi, niscaya mereka itu menyesatkan engkau dari jalan Allah, mereka tiadalah mengikut selain menduga saja dan mereka tidak lain, hanya mengira-ngira sahaja Surah Al-An’aam: 116



Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.