
Mengikut bahasa, perkataan korban bermaksud dekat. Manakala dari segi istilah ialah menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah SWT kerana ingin mendekatkan diri kepadaNya. Dalam sejarah, menurut Al-Quran dan kitab perjanjian lama, korban pertama yang dilakukan manusia adalah oleh dua orang adik-beradik, putera Nabi Adam, Qobil dan Habil.
Kerana suatu sengketa, mereka diperintahkan untuk melaksanakan korban, untuk menentukan siapa yang benar dalam persengketaan tersebut. Kedua saudara itu lalu menyediakan korbannya. Korban Habil diterima dan korban Qobil ditolak. Oleh kerana Habil berkorban dengan ikhlas menjalankan perintah Allah, sedangkan Qobil berkorban dengan maksud menenangkan persengketaan tersebut.
Nabi Ibrahim AS setelah selesai membangun Kaabah di kota Makkah, telah mendapat perintah untuk berkorban dengan menyembelih putera tunggal kesayangannya. Sebagai manusia biasa, perintah mengorbankan anak kesayangannya amat berat untuk dilaksanakan oleh Nabi Ibrahim AS. Lebih-lebih lagi beliau dikurniakan cahaya mata setelah usianya lanjut, hasil perkahwinannya dengan Siti Hajar. Namun dengan hati yang berat, Nabi Ibrahim AS menyampaikan juga berita itu kepada puteranya Ismail mengenai mimpinya itu. Di dalam Al-Quran Surah as-Saffat: 102 maksudnya, "...Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu?"
Sebagai seorang anak yang taat kepada perintah Allah SWT, Nabi Ismail AS telah menjawab dengan tenang dan menyakinkan, sebagaimana maksud ayat al-Quran:..."Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, InsyaAllah, ayah akan mendapati daku dari orang yang sabar."(as-Saffat:102). Dalam suasana yang mengharukan itu, Nabi Ismail meminta ayahnya melaksanakan perintah Allah tersebut. Nabi Ibrahim mencium kening puteranya itu, diletakkan di atas pangkuannya dan bersedia menyembelih.
Pada saat itu Allah telah menunjukkan kekuasaanNya dan menggantikannya dengan seekor kibas(kambing biri-biri jantan) yang muncul secara tiba-tiba menggantikan leher Nabi Ismail. Semenjak itulah Nabi Ibrahim AS melakukan ibadat korban dengan menyembelih haiwan. Kemudian Nabi Muhammad SAW meneruskan ibadat korban sebagai syiar Islam sebagaimana yang kita laksanakan pada setiap hari raya Aidil Adha dan hari-hari tasyrik.
Kisah Nabi Ibrahim dan puteranya menunjukkan betapa kesediaan kedua orang bapa dan anak dengan rela hati dan ikhlas melaksanakan perintah Allah. Sepanjang sejarah kehidupan manusia, ramai yang telah berkorban kerana Allah SWT. Umpamanya pada zaman Rasulullah SAW, ramai para sahabat berkorban untuk menegakkan agama Islam. Mereka bukan saja berkorban harta tetapi juga jiwa raga. Saidina Ali telah mempertaruhkan nyawanya sewaktu Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah. Saidina Abu Bakar As-Siddiq dan Saidina Uthman RA banyak mengorbankan harta untuk menegakkan agama Islam. Demikianlah pengorbanan umat Islam yang terdahulu.
Ibadat haji dan korban menuntut pengorbanan. Ini kerana tanpa semangat berkorban, orang akan keberatan untuk mengeluarkan perbelanjaan ke Mekah, meninggalkan keluarga dan pekerjaan untuk memenuhi panggilan Allah. Untuk menyembelih haiwan terpaksa juga mengeluarkan belanja. Bukan senang untuk mengorbankan harta jika hati tidak bersih daripada sifat kedekut atau sayangkan harta melaksanakan korban dengan menyembelih binatang.
jujurlah kita pada diri sendiri...bertanya lah kita pada diri sendiri..
ReplyDeleteaku nih muslim...tapi kenapa aku sambut aidil adha.
aku nih muslim...apa nikmat aidil adha
aku nih muslim... tapi apa kaitan nya aku dengan aidil adha.
aku nih muslim....kenapa ALLAH muliakan aidil adha.
aku nih muslim....aku pergi solat dan dengar khutbah ...bila aku tinggalkan masjid...apa kesan rohani pada diri aku, keluarga aku dan masyarakat aku.
aku nih muslim....rumah aku hebat..hutang 20 atau 30 tahun lagi baru abis...tapi haji yang perlu rm 10000 ...aku tak mampu pergi...
kereta aku "mengepak" hebat bmw, mercs, audi, honda, toyota ....sampai 2, bini aku satu aku satu...anak aku pun ada aku belikan ...handphne 3 4 dalam rumah aku...aku muslim...tapi kenapa aku tak mampu pergi haji....
aku mampu ...pegang 3 4 kredit kad tak masuk lagi pinjaman peribadi...aku mampu bayar hutang pada tuhan tuhan manusia ....tapi kenapa aku tak mampu melunaskan hutang aku dengan ALLAH TAALA.
Aku mampu beli umah 3000000, 1/2 juta. aku mampu renovate dengan pagar umah aku grill nyer harga 10ribu auto pulak... tapi kenapa aku tak mampu grilled kan diri aku rm10000 untukpergi haji.
so aku muslim....tapi aku tak mampu kotakan janjiku sebagai muslim.
tapi aku teringin nakkan syurga ....tapi aku tak berusaha ke arahnya...aku nak semua nya free...dan aku juga nak dengan sabsidi...
aku muslim...aku tau segala galanya..tapi aku buat bodoh...kerana aku rasa ....masa ada lagi di hujung sana....he he
he he lah aku ....seorang diri...
nak kan muslim...tapi jahil pengertian muslim
akhir nya aku rugi tak pergi haji...lebih malang lagi aku kena pikul apa yang aku ada nak di jawab di hadapan ALLAH TAALA.
AKU RUGI JUGA....AKHIRNYA
SALAM