UMNO JADI KAYU API?

“Umno sekarang ni macam pokok besar yang sedang tumbang!”

Itulah ayat yang keluar dari mulut Tuan Guru Nik Aziz ketika mengulas kejayaan Pakatan Rakyat pada PRU ke 12 dulu.

Pada ketika itu, ramai penganalisis politik yang menyatakan, idealogi UMNO sudah tidak relevan lagi dan UMNO perlu membuat perubahan besar jika mahu terus memerintah negara ini.

Bila ditanya apakah perubahan yang UMNO perlu laksanakan, maka bermacam cadangan yang telah ditimbulkan seperti Abdullah mesti letak jawatan, rasuah dalam UMNO mesti dihapuskan, wakil rakyat UMNO mesti bersungguh membantu rakyat, isu perkauman jangan dimainkan, pemimpin UMNO mesti bersih dan bermacam-macam lagi pendapat lain.

Daripada pelbagai cadangan yang diutarakan itu, nampaknya UMNO lebih bersungguh untuk menjatuhkan Abdullah dan orang-orangnya. Agenda membasmi rasuah dalam UMNO tidak diutamakan. Pemimpin yang dilabel tidak bersih masih menjadi pemimpin UMNO. Isu perkauman masih digunakan. Wakil rakyat UMNO dilihat lebih sibuk mempertahankan kedudukan masing-masing daripada mengutamakan kebajikan rakyat.

Realitinya, persepsi negatif rakyat terhadap UMNO masih belum banyak berubah sejak PRU ke 12 dulu. Malah, ada yang secara terang menyatakan, kredibiliti UMNO bertambah buruk bila Najib dipilih sebagai pengganti Abdullah Badawi dan juga rakyat bertambah jelik bila mendengar amalan rasuah masih melanda pemilihan UMNO kali ini.

Kini, UMNO dilihat sengaja mahu menempah kekalahan pada PRU ke 13 nanti kerana perubahan yang dilakukan sekarang hanya sekadar mengganti pemandu dan bukannya menggantikan enjin kereta UMNO yang sudah rosak teruk. Lebih malang lagi, pemandu baru itu pula dianggap sudah banyak kali melakukan kesalahan jalanraya. Cuma belum pernah disaman oleh polis trafik. UMNO sepatutnya menonjolkan pemandu baru yang lebih berhemah di jalanraya selain mampu memperbaiki sendiri kerosakan enjin kereta UMNO.

Cabaran yang sedang dihadapi oleh UMNO sekarang ni tidak semudah yang disangka. Masalah UMNO kali ini bukan lagi disebabkan oleh masalah individu tertentu seperti zaman Mahathir vs Ku Li atau Mahathir vs Anwar. Masalah yang dihadapi UMNO kali ini adalah masalah persepsi rakyat terhadap keseluruhan entiti UMNO yang melibatkan pemimpinnya, budayanya, prinsipnya, polisinya dan juga perlaksanaannya.

Jika UMNO gagal menangani cabaran ini dalam tempoh beberapa tahun ini, tidak mustahil UMNO akan tumbang ke bumi, dipotong-dipotong dahannya, dibelah-belah batangnya dan dikerat-kerat kecil rantingnya untuk dijadikan unggun api.

Fikir-fikirkanlah…



Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

4 comments:

  1. Kayu yg berguna akan dijadikan orang perabut, jambatan, dinding, lantai, pagar, cerucuk.

    Kayu yg tak berguna akan dijadikan orang unggun untuk halau nyamuk

    ReplyDelete
  2. Rasuah dalam UMNO mesti dihapuskan.kalau rasuah umno terhapus
    maruah umno juga terhapus.Sebab umno hidup dalam rasuah.
    Budaya UMNO.
    Budaya Rasuah.(ahli umno)
    Budaya tipu orang.(SPR)
    Budaya samseng(ISA)
    Budaya kencing orang.(Kem.Perdagangan)
    Budaya Lacur orang(Liwat)
    Budaya alibaba.
    Tidak akan jadi bersihnya Umno.

    Cuma belum pernah disaman oleh polis trafik..
    (polis tidak amalkan rasuah)
    Kalau kena saman itu bayarlah kesalahanitu- jalan terbaik.
    Kadang-kadang hendak jadi malaikat dan orang alim.Amin..........
    Orang PAS dia tidak ambil duit..
    Tapi diberi beras dia ambilberas diberi gula diambil gula.
    Kalau Umno beri kuasa kepada PAS..
    Jangan tidak ambil pula.Baiknya cucu aku ini...................
    PKR menanti kuasa-lambat lak...
    PKR ini semua sapu.............
    Khir toyo...banyak penyapu....
    Orang Jawa ini guna petua.....
    Dia yang sapu semua..........
    Dulu orang ketawa saya, sekarang saya ketawa besar pula pada dia orang........
    sebab tidak berjaya ambil kuasa pada 16 Sept.
    UMNO memang suka perli orang...
    kata kita bodoh.
    Memang kita Bodah kerana beri kuasa kpd DIA ORANG ...
    kALAU TIDAK DAH JADI ARANG DAPUR..
    bURUKNYA PERANGAI ORG umno.
    SEPERTI Peribahasa:(alibaba)
    Gadai terdorong ke (pada) Cina.
    Telah terlanjur, tidak dapat dicabut atau ditarik kembali.

    MINUM KOPI JENAMA FERARRI BARU TAHU OM.......NYA.
    bARU BALIK LAJU DEKAT RUMAH.
    WHAT.... NEX.... Aflah...

    ReplyDelete
  3. Nak jadi kayu api?

    Ermm.. nampak gaya macam tu lar aflah oii.. tapi, umno nie pun ada macam2 jenis kayu. ada ranting kayu, dahan kayu, batang kayu, kayu reput, kayu balak, kayu basah dan bermacam2 jenis kayu. Mungkin lama sikit untuk terbakar semua, yang ranting2 dan reput2 tu mudah lar terbakar dulu. Tapi kayu2 lain nie lar yang lambat skit.

    Itu andaian kebanyakkan orang lar.. Umno hardcore ja yg tak ngaku. Tapi bagi saya, yang jelas, terang dan bersuluh ialah umno nie BATU API...

    ReplyDelete
  4. Salam Aflah,

    Rasa-rasa akar umbi pokok ni dah lebur kena makan dengan anai-anai...tak payah tunggu jadi kayu api,tumbang dulu sebelum sempat dibakar rantingnya..


    thx!

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.