KERAJAAN TAK ADA DUIT NAK BAYAR GAJI?


Apa cerita ni? Najib kata negara ni tak ada masalah kewangan. Rizab negara cukup besar. Siap boleh bagi ValueCap pinjam 5 billion untuk dileburkan dalam Bursa Malaysia yang belum tahu lagi untung ke rugi. Tapi, takkanlah kerajaan tak ada duit sampai tak larat nak menggaji 50 ribu pekerja kontrak kerajaan?

Khabarnya, 50 ribu pekerja kontrak sektor awam akan ditamatkan perkhidmatan. Kononnya, kerajaan tak bercadang nak sambung kontrak mereka sehingga Presiden Cuepacs terpaksa mengadap SPA untuk bertanya “Bior betul yop? Mereka ni dah berkhidmat lama tau! 5 hingga 15 tahun kerja dengan gomen. Kamu takde hati perut ke?”

Rasanya, tak mungkin Presiden Cuepac akan cakap macam tu pada SPA.

Bila berita penamatan kontrak ni keluar kat Malaysiakini, sudah tentu blogger yang menunggu modal baru untuk menghentam kerajaan akan menulis macam-macam. Entah berapa bakul sumpah-seranah yang akan didebitkan ke dalam akaun saham akhirat.

Kalau lihat pada tajuk berita Malaysiakini tu, ada tertera perkataan ‘mungkin’. Ertinya, berita pembuangan pekerja kontrak tu belum pasti lagi. Mungkin dibuang dan mungkin tidak. Harap-harap, tidak ada pekerja kontrak yang akan dibuang. Bukannya apa, mana mereka nak bekerja lepas ni? Kalau mereka cari kerja baru pun, belum tentu boleh dapat kerja baru dalam tempoh sebulan dua. Lagi-lagi dalam keadaan ekonomi serba sulit sekarang ni.

Buat SPA dan kerajaan, jangan tamatkan perkhidmatan mereka. Kalau boleh diserap ke jawatan tetap, rasanya itu lebih afdal buat mereka. Jangan tambahkan lagi masalah pengangguran di negara ni. Khabarnya, pekerja Malaysia di Singapura pun sedang ditimbang untuk dibuang.

Wahai Kerajaan! Buatlah sesuatu yang lebih cerdik untuk menyelamatkan rakyat sendiri. Kalaulah RM 5 billion tu (yang dipinjamkan pada ValueCap) diperuntukan untuk membina usahawan baru dengan modal 100 ribu diberi setiap usahawan, berapa banyakkah peluang pekerjaan baru dapat diwujudkan di negara ini?

Fikir-fikirkanlah…

Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

4 comments:

  1. MALAYSIA AKAN MEWARISI SEBUAH KERAJAAN NAJIB YANG AKAN MENYUSAHKAN RAKYAT DAN MENYENANGKAN KRONI.

    ReplyDelete
  2. Salam...

    Sekali pandang, teringin rasanya menyelami apa sebenarnya yang sedang berlaku kepada ekonomi Malaysia...

    Saya tidak ingin bercerita tentang kes "kemungkinan" pembuangan pekerja besar-besaran ni...

    Cuma, teringin sangat nak tahu, apa yang sedang berlaku...

    Nak hentam, hentam jugak, tapi, takut ada benda yang kita tak tahu terutama yang berkaitan dgn kes ni...

    p/s : pasal ehem2 tu... insyaALLAH Aflah, lambat lagi... hik hik!

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,

    1. Jika hendak difikirkan secara logik, tidak mungkin pekerja sektor awam bertaraf kontrak yang jumlahnya melangkaui puluhan ribu akan dengan sewenang-wenangnya ditamatkan.

    2. Saya tidak fikir mana-mana Kerajaan di dunia ini akan melakukan penamatan kontrak pekerjaan dengan membabitkan jumlah yang besar. Sudah tentu kerajaan mengerti akan implikasinya nanti.

    3. Sebelum ini juga, presiden Cuepacs ada menyuarakan pandangan beliau terhadap status "kontrak" pekerja-pekerja ini. Beliau telah meminta supaya mereka ini diserapkan sebagai pekerja tetap.

    4. Pada pandangan saya, andaian yang disuarakan oleh presiden Cuepacs ini merupakan satu kaedah "memancing" jawapan atau mendesak kerajaan supaya mereka yang berstatus kontrak diserapkan sebagai pekerja tetap. Apa pun, jumlah mereka yang tergolong di bawah status "kontrak" amat tinggi dan perlu diberikan perhatian serius oleh Kerajaan.

    ReplyDelete
  4. salam
    Saya baru masuk kantor ,mula-mula fikir masalah rakyat.
    Saham saya memang jatuh banyak(BSKL)
    ValueCap ini bukan tolong rakyat
    hendak selamatkan kroni sahaja.
    tidak ada kaitan dengan pembangunan ekonomi rakyat.
    Nasib lah kau si labu labi.
    semalaman saham bskl jatuh lagi, 5 billion entah kemana.
    Rugi-Org tamak selalu rugi.
    MALAYSIAKINI DAN SELAMANYA.
    ORANG MACAM INI SUATU HARI NANTI DIA AKAN JUAL MALAYSIA(ALIBABA)..............
    hati perut ADA -TAPI TIDAK ADA PERASAAN.

    Wahai Kerajaan! Buatlah sesuatu yang lebih cerdik untuk menyelamatkan rakyat sendiri. Kalaulah RM 5 billion tu (yang dipinjamkan pada ValueCap) diperuntukan untuk membina usahawan baru dengan modal 100 ribu diberi setiap usahawan, berapa banyakkah peluang pekerjaan baru dapat diwujudkan di negara ini?
    50 ribu pekerja kontrak sektor awam -BOLEH JADI USAHAWAN.
    ORANG CINA BERNIAGA.
    ORANG MELAYU JADI PELAYAN PEJABAT .
    ORANG INDIA JADI MANDOR ESTATE.
    ORANG POLITIK KIKIS DUIT RAKYAT.
    -MAKAN DUIT HARAM.
    LAMA-LAMA SUDAH SEBATI,SEBAB ITU JADI MACAM BABI TUNGGAL.YANG HARAM PUN JADI HALAL.TIADA MAKNANYA JADI ORANG ISLAM.ITU PUN SEBAB HENDAK KHAWIN LEBIH AJE.KALAU CITA-CITA HENDAK MASUK SYURGA MANA MUNGKIN.
    ATAS DUNIA SUDAH KENA BAKAR-KEPANASAN.

    Lagi-lagi dalam keadaan ekonomi serba sulit sekarang .
    MACAM-MACAM BOLEH BERLAKU.
    BILA RAKYAT SUDAH MENGGILA......
    BARU SULIT MENDATANG...........
    SULIT TU.SULIT

    , pekerja Malaysia di Singapura pun sedang ditimbang untuk dibuang.

    Lagi sulit................
    tapi perkerja malaysia di singapore mempunyai attitude yang baik dan berpengalaman yang tinggi
    susah utk digugat.
    apa orang politik boleh buat selain menyusahkan rakyat
    malah kerjanya hanyalah curi duit rakyat,ambil duit banyak, yang kerja rakyat.sebab itu ramai sangat nak jadi wakil rakyat.
    siapa yang bodoh.
    sulit-sulit.
    orang lain kerja orang lain dapat duit.politik dimana ada gula disitu ada semut.
    POLITIK ADA LAH PENYANGAK WANG DAN KUASA.
    PATUT KAH KITA BERI MUKA KEMUDIAN DENGAN BERMUKA-MUKA MEMASUKAN KITA DIDALAM PENJARA (isa)
    bUKANKAH ITU SULIT.
    CAKAP PULA SOMBONG.
    JADI MACAM TUHAN PALSU.
    SULIT-SULIT.
    JANGAN SULITKAN DIRI KITA.
    WAHAI PEROMPAK YANG HALAL.
    WAHAI PENYAMUN YANG HALAL.

    WAHAI RAKYAT-TENTANGLAH MEREKA SEBELUM MEREKA TENTANG KITA.
    MEREKA INI SUDAH TERUK.....

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.