TAK BOLEH KERJA? BERHENTI!


Hakim dan pegawai kehakiman yang berasa diri mereka tidak mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik perlu membuat pilihan - terus berkhidmat atau tinggalkan - institusi kehakiman.

Ketika memberikan ingatan itu dalam ucapan sulungnya hari ini, Ketua Hakim Negara yang baru dilantik, Tan Sri Zaki Tun Azmi, berkata sekiranya pilihan adalah untuk terus berkhidmat dalam institusi itu, mereka haruslah memikul bebanan itu bagi kepentingan awam ataupun meninggalkan institusi itu untuk kepentingan diri sendiri.

"Oleh itu, kita harus sentiasa mengingatkan diri kita, bahawa gaji kita dibayar dari kocek rakyat.

"Betapa besar pun kepentingan kita dan betapa resahnya kita atas layanan itu, kita mesti ingat, kepentingan awam adalah jauh lebih besar," katanya pada majlis pelantikan beliau sebagai Ketua Hakim Negara yang ke-12 dan Majlis Angkat Sumpah Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim Besar Malaya, di sini.

Zaki, 63, dilantik menjadi Ketua Hakim Negara menggantikan Tun Abdul Hamid Mohamad yang bersara wajib 17 Oktober lalu.

Zaki dalam ucapannya juga berkata beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan yang tegas dan drastik terhadap segelintir hakim dan pegawai kehakiman yang gagal menunaikan tanggungjawab mereka dengan baik.

"Mereka yang segelintir inilah yang telah mencemarkan imej institusi kehakiman kita. Jika mereka tidak jujur, mereka boleh juga dianggap tidak bertanggungjawab," katanya.

Zaki berkata gejala itu perlu diperbaiki dengan segera sebelum ia merebak dan sekiranya wujud amalan ampu-mengampu "saya kata, hentikanlah".

Sumber : Bernama

Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments:

  1. Salam Aflah,
    Macam ok sj ketua hakim baru ni, cuma nak tanya sikit la, tak boleh kerja yang dimaksudkannya itu adakah menjurus kepada persoalan kerja untuk seseorang atau organisasi?

    pakat fikirlah sendiri!!!

    thx!

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.