KHIR TOYO ‘DIBELASAH’ TERUK HARI INI!


Memetik beberapa perenggan dalam kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khaled Ibrahim pada 27 Oktober lalu ketika melantik Puan Low Siew Moi sebagai Pemangku Pengurus Besar Sementara Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) berikutan persaraan Dato’ Hj Harun, pekung bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohd Khir Toyo semakin parah.

Antara kenyataan itu menyebut, “Kami juga mendapati terdapat unsur “conflict of interest” dalam struktur PKNS itu sendiri apabila terdapat sekumpulan pegawai kanan memegang saham 30% dalam anak syarikat PKNS, iaitu PKNS Infra Sdn Bhd.

“Setelah membuat pemeriksaan terhadap rekod PKNS selama 44 tahun ini, kami amat kesal apabila mendapati pengalaman PKNS dalam usaha memartabatkan kaum Melayu dalam bidang peniagaan, khususnya dalam bidang pembangunan hartanah, amat tidak membanggakan. Ini disebabkan lebih 75% daripada projek yang dilaksanakan diberi kepada syarikat bukan Melayu baik secara langsung mahupun tidak secara langsung.

“Kami dapati akaun yang sedia ada tidak mencerminkan gambaran yang betul tentang operasi perbadanan tersebut. Sebagai contoh, mengikut laporan akaun tahun 2007, Pengerusi PKNS mendakwa perbadanan tersebut berjaya dalam perniagaan pembagunan hartanah setelah mengaut untung sebayak RM500 juta. Namun setelah disemak, didapati 50% keuntungan tersebut berbentuk “extra-ordinary items” (hasil pendapatan luar biasa).

“Berkaitan dengan pengumuman keuntungan tersebut, turut diperlihatkan keputusan yang meragukan apabila PKNS menghadiahkan RM100,000 kepada mantan Pengerusi PKNS, yang juga bekas Menteri Besar Selangor, sebagai bonus terhadap kejayaan PKNS memperoleh “keuntungan” tersebut.”

Rupanya macam-macam hal yang Khir buat yang terkeluar dari asas perjuangannya untuk membantu Bumiputera dan juga tipu helahnya untuk mengaut hadiah walaupun sekecil RM100 ribu untuk peribadinya. Bukankah kerja-kerja ini memalukan!

Inikah rupa calon Ketua Pemuda yang diwar-warkan akan menerajui pergerakan itu untuk menyambung wadah Pemuda yang sepatutnya bersih daripada perbuatan yang boleh menjejaskan kredibiliti orang Melayu apabila menjadi pemimpin di peringkat negeri yang diamanahkan?

Sebelum ini heboh pasal Lebar Daun yang menjadi isu hangat di mana Khir sungguh-sungguh beraksi mengumpul kekayaan. Dari kekayaan yang berlebihan dan luar biasa itu telah menyebabkan Khir hingga terkeluar dari akidah membotokkan dirinya untuk kelihatan handsome dan lebih muda. [SETERUSNYA]

DUN Selangor lulus usul kutuk kelakuan Khir Toyo

Sidang DUN hari ini meluluskan usul mengutuk sekeras-kerasnya kelakuan Ketua Pembangkang, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo yang membuat kenyataan palsu dan berunsur fitnah terhadap Adun Kinrara dan juga ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor kononnya beliau mengetuai bantahan terhadap suara azan masjid di Puchong dan Kota Damansara.

Usul tersebut dibawa oleh (Sekinchan-DAP) Ng Suee Lim yang mengutuk perbuatan keji akhbar Utusan Malaysia yang menyiarkan berita-berita palsu, penulisan-penulisan berunsur ganas dan perkauman terhadap Adun Kinrara yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Teresa Kok pada 10 September, 12 dan 17 Oktober 2008.

Dalam usul tersebut beliau menyeru semua pihak menghayati semangat perpaduan dan muhibah yang selama ini dijunjung oleh semua rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dan menjauhkan diri daripada perbuatan yang boleh memudaratkan kestabilan masyarakat.

Usul tersebut telah disokong oleh Adun (Meru-PAS), Dr Rani Othman yang memetik maksud surah Al-Maidah 8,"Wahai orang -orang yang beriman hendaklah kamu menjadi orang yang selalu menegakkan kebenaran menjadi saksi yang adil dan janganlah sekali-kali kebencian mu terhadap satu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil, berlaku adil itu lebih dekat dengan takwa. Bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan."

Turut membahaskan usul tersebut Hulu Kelang- PAS, Shaari Sungib ia bukan saja satu fitnah tetapi membawa bencana kepada seorang wanita yang ditahan di bawah ISA.

Katanya, ini merupakan satu bukti tentang kezaliman Umno-BN dengan menggunakan kuasa sebagaimana yang pernah berlaku dalam kes 1985 Ibrahim Mahmud (Libya) telah diambil tindakan di bawah ISA.

"Hari ini ucapan yang telah dilakukan oleh pimpinan Umno Selangor menyebabkan pihak berkuasa telah mengambil tindakan yang sama kepada exco wanita kerajaan negeri Selangor," katanya.

Beliau menegaskan, menggunakan isu azan, agama mendesak pihak berkuasa menggunakan akta yang zalim mencabul hak asasi dalam negara yang bukan beragama Islam adalah perbuatan yang amat memalukan.

Menurutnya, diatas pimpinan Umno beragama Islam menggunakan konsep Islam Hadhari membenarkan pencabulan hak asasi terhadap seorang wanita bukan Islam.

Kelana Jaya- KeADILan, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata Dewan perlu mengambil tindakan tegas terhadap Sungai Panjang bagi menunjukkan bahawa Dewan tidak boleh diperlakukan sedemikian. [SETERUSNYA]

Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

6 comments:

  1. salam Sdr/Sdri:

    Baru singgah blog ini, menarik isinya, so kulat pun linkkan kat blog cendawan MALAYA.. oright hah?? Hang dok Melaka tang mana.??

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Sebenarnya banyak rakyat Selangor yang tahu tentang "penyelewengan" dan "salah urus" yang dilakukan oleh Khir Toyo ketika beliau jadi MB Slangor.

    Akan tetapi, hal itu tidak dapat didedahkan ketika beliau berkuasa.Malah laporan rasuah tentang diri beliau pun masih "dipetisejukkan" oleh BPR sehingga kini.

    ReplyDelete
  3. he he bagus bagus bagus melayu belasah melayu...melayu rugi peduli apa...zaman sekarang zaman meritokrasi... global challenge...yang aku nak tengok lebih ramai bukan melayu jadi pengurus besar atau memimpin glc...orang cina terbukti berjaya dalam ekonomi...ramai bukan bangsa cina bekerja dengan syarikat syarikat bukan melayu.. siapa kuat hutang, siapa paling ramai penagih, siapa paling ramai bohsia, siapa kuat pegang kredit kad siapa kuat pinjam personal loan, siapa paling ramai makan gaji... aku kerja sendiri...hangpa nak belasah sesama hangpa teruskan...... best....he he he

    ReplyDelete
  4. Salam:
    comment saya yang pertama
    Ibrahim Mahmud (Libya)adalah ulama yang mati atas perjuangan islam,ditembak mati oleh orang hitam.
    Konsep alibaba.
    Ini disebabkan lebih 75% daripada projek yang dilaksanakan diberi kepada syarikat bukan Melayu baik secara langsung mahupun tidak secara langsung.(Dapatbonus Balik)

    Membotokkan dirinya untuk kelihatan handsome dan lebih muda. - Kena selalu makan tempel.
    Lebar Daun kalau tidak silap macam ada jenama dalam pasaran saham BSKL.
    Apa lagi riwayat lemang lebar daun,batang padi menjadi perak padi bunting menjadi emas di bukit segantang.
    konsep Islam Hadhari konsep menghalal cara,suci lagi gebu.serba boleh, melebihi orang barat.
    Lebih ranggi.
    Lebih spoting.
    Lebih terdedah.
    Lebih happening.
    Kawan-kawan yang lain bila lagi hendak beri comment.
    keluarkan buah fikiran.Apakah faktor-faktor perkara sebegini boleh berlaku.

    Barangkali Tuhan sudah tahu.

    Peribahasa kita hari ini

    HUJAN TIDAK JADI.

    BENDA YANG BAIK TIDAK AKAN BERLAKU SELAGI MANUSIA TIDAK MEMOHON DOA.

    NOTA KAKI
    MAAFKAN SAYA.

    ReplyDelete
  5. Salam,

    Tengok Tok Khir bercakap pasal empat sifat wajib bagi Rasul - siddiq,amanah,tabligh, fatonah dlm. Hujah tempohari bukan main lagi. Harap2 serupa bikin la..

    ReplyDelete
  6. Salam,

    Tak sabar nak tunggu kemunculan buku '5.5 Dalil Kenapa Khir Toyo@botoxman Tak Boleh Jadi KP UMNO Malaysia',

    Yuuuhaaaaa!!!!!

    thx!

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.