SIAPA TERESA?


Semalam (9 Oktober 2008) 4 ke 6 ptg di Hotel Midah, Kpg Attap, Kuala Lumpur, kami para pengawal media alternatif berpeluang berdialog dengan Exco Kanan Negeri Selangor, YB Teresa Kok, yang mengaturkan sesi dialog khas ini kerana ingin bertukar pendapat mengenai isu semasa dan sebab mengapa beliau dijadikan mangsa serangan dengan isu-isu sensitif seperti babi, azan dan skirt dalam masjid.

Selama perbincangan awal biasalah, akan disentuh sejarah isu-isu tersebut, macamana akhbar yang dikawal parti lawan memutar-belakangkan kebenaran demi survival agenda tersirat, bagaimana terlalu menjadi kejutan kerajaan negeri emas seperti Selangor boleh jatuh ke tangan pembangkang dan ada pula exco kanan yang berlambang roket, dan bagaimana segala usaha maupun komplot inginkan merampas kembali negeri tersebut samada secara perang saraf maupun fitnah.

Mother Teresa ini menjadi mangsa mudah kerana MB Khalid Ibrahim tidak mudah dijatuhkan maupun tokoh-tokoh Pas yang lain. Di Perak dapatlah tangkap tikus besar disebabkan kawalan kucing-kucing terlalu banyak sekarang. Sikit saja silap gaplah jawabnya. Ini petanda baik dan harus diteruskan. Basmikan rasuah tak kira kuasa atau seks sehingga ke akar umbinya terutama di pihak kerajaan pemerintah.

Tetapi saya lebih tertarik tentang soal agama lalu saya pun bertanya ke Teresa,
"Apakah pandangan YB kepada Islam dan orang Islam? Apakah pandangan itu berubah selepas menerajui kerajaan?"

Teresa semacam termenung sekejap dan menyentuh sedikit sejarahnya. Rupa-rupanya dia memang biasa dengan subjek Islam sehingga mendapat A dalam STPM untuk subjek Sejarah Islam. Lepas itu di USM, beliau mengkaji Tamadun Islam selama setahun.

Semasa beliau dalam Parlimen Seputeh sebagai pembangkang perhubungannya dengan semua MP yang lain amat baik dan mesra tidak kira parti atau kaum. Beliau akur dengan segala protokol agama sehingga semasa berdoa pun beliau menerima. Ada majlis yang beliau menjadi pengerusi beliau pun mengajak pegawai terkanan di situ untuk melakukan doa bagi pihak Islam.

Beliau bersetuju bahawa Islam itu harus dicontohi teladannya yang menganggap politik itu sebati dengan agama, dan ingin juga agama Kristian anutannya serius terhadap soal politik.

Beliau mengambarkan kehairanannya mengapa apabila menjadi kerajaan, tekanan kepadanya amat teruk sekali. Sehingga apa-apa yang dia tidak buat dituduh dia buat. Apa yang dia tidak cakap dituduh dengan terang tanpa silu.

Bloggers lain bersama saya pun bersetuju yang Teresa ini agak mentah lagi dalam soal politik terutamanya di Malaysia. Awak diterima bukan kerana awak baik dan berjaya. Orang akan cukup dengki apabila anda terlalu baik dan berjaya. Apabila tidak jumpa kelemahan, akan ditimbulkan skandal.

Akhirnya saya menasihati Teresa (kerana beliau memang meminta dinasihati) supaya berjumpa dengan para ulama yang baik iaitu bekas Mufti Perlis, Datuk Asri dan MB Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sekiranya beliau ingin pergi, saya dan rakan-rakan sanggup temankan kerana ingin mendengar pandangan kedua-dua pihak, demi manfaat kita dalam mengejar pahala amal jariah.

Dipetik dari blog Redhuan D Onn.yang merupakan generasi keempat dari China. Kini sebagai seorang muslim, Islam adalah addin muafakat dan penuh tanggungjawab.
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

3 comments:

  1. saya dapat sms diajak untuk jumpa teresa oleh faisal mustafa, tapi saya tak pergi.

    Terasa rugi pula.

    ReplyDelete
  2. Salam,

    kenapa tak ajak saya sama?

    frust la tak boleh bagi buah fikiran untuk memeasakkan kementahan teresa dalam politik kini...

    lain kali ajak tau...

    thx!

    ReplyDelete
  3. Saya sudah jumpa orang seperti ini,pengetahuannya luas tentang agama,tentang temadun islam tetapi wahyu belum sampai......lagi.
    Dia hanya berminat......
    Politik adalah berkaitan dengan masyarakat.
    Kena belajar tentang filsafah-filsafah kemanusiaan.(ideology )
    Sedang agama adalah WAHYU DRP ALLAH.
    Memang sepatutnya dia dibawa berjumpa dengan PARA ULAMA YANG BERKAT.

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.