SHAMSIAH MENGAJARKU TENTANG PENGORBANAN


Keinginannya untuk menentang British begitu membara sekali. Biarpun terpaksa tinggal di dalam hutan yang serba-serbi menyusahkan, namun semangatnya tetap kental. Mengendong senjata di tengah belantara bukanlah tugas rutin bagi seorang wanita, tapi Shamsiah rela melakukan tugas payah itu.

Seperti kata pepatah, matlamat tidak pernah menghalalkan cara. Matlamat murni Shamsiah Fakeh untuk mengusir penjajah British dari tanahairnya sendiri tidak langsung dihargai. Kesalahannya hanya kerana memilih komunis sebagai wadah perjuangan. Jika Shamsiah memilih UMNO, mungkin dirinya kini sudah sebaris nama Asiah Ghani atau Ibu Zain.

Kerana kesilapan itu, Shamsiah dihina sebagai ‘komunis’ sehingga ke akhir hayatnya. Tanpa memperdulikan ‘gelaran’ itu, Shamsiah gigih memperjuangkan kemerdekaan Asia Tenggara biarpun terpaksa keluar dari tanahairnya sendiri. Setelah bumi Asia Tenggara bebas dari cengkaman penjajah, Shamsiah tidak lagi menganggotai Parti Komunis Malaya dan hanya bekerja di kilang besi di negara China.

23 Julai 1994, Shamsiah sekeluarga dibenarkan pulang ke tanahairnya sendiri. Jika tanahair ini tidak ada insan yang secekal dan seberani Shamsiah dan juga pejuang kemerdekaan yang lain, mungkin British belum mahu pulang ke tempat asal mereka. Biarpun Shamsiah telah pergi meninggalkan dunia ini pada jam 9 pagi tadi di kediaman anak lelakinya di Jalan Klang Lama, namun nama dan legasi perjuangannya akan terus mekar dalam lipatan sejarah tanahair ini.

Al-Fatihah buat Almarhumah Shamsiah Fakeh. Semoga Allah menempatkan dirimu di kalangan orang-orang yang beriman. Amin


Arwah Shamsiah (kiri) ketika berusia 13 tahun.


Sebahagian anggota Rejimen 10, sayap Melayu PKM.

Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

5 comments:

  1. Kerana kesilapan itu, Shamsiah dihina :
    Memang kasihan dia di dunia ini,tapi kita harapkan ALLAH KURNIAKAN SYURGA BAGI NYA...AMIN.
    KESALAN ITULAH AMALAN MURNI,
    SEBANYAK MANA DOSA KITA ALLAH AMPUNKAN.
    KITA SAYANGKAN PEMIMPIN KITA.

    KALAU DIA TELAH INSAF.......
    UMNO ADALAH PERJUANGAN PADA MASA ITU.
    KOMUNIS HARUS DIHAPUSKAN.
    KOMUNIS MALAYA HANYA BONIKA.
    Samsiah hanya di pujuk dalam jalan kegelapan .........
    begitu juga sekarang UMNO dalam kegelapan...kasihan.. belum insaf,
    malah menggunakan ISAnisma sebagai senjata politik.Ada kala menggunakan BOM C4.Lebih kejam drp komunis.
    TAPI KALAU MACAM TUN........
    MASIH BELUM ?
    MCM MANA KITA HENDAK BUAT?
    Kita semua SAMA-SAMA Hadiahkan AL FATIHAH BUAT ROHNYA DAN SEMOGA ALLAH MENEMPATKANNYA KEDALAM SYURGA.AMIN,AMIN.AMIN.YA ALLAH.

    ReplyDelete
  2. Sebagai propaganda anti kominis, kerajaan telah menuduh Shamsiah Fakeh telah membunuh bayinya dengan melemparkan ke dalam sungai untuk mengelakkan bunyi tangisan bayinya itu didengar dan dikesan oleh angkatan tentera kita.
    Tuduhan dan fitnah ini amat berat dan tidak bertanggungjawab sekali.
    Kerajaan harus meminta maaf kepada beliau secara terbuka.

    ReplyDelete
  3. kalau kita berjuang sezaman dengannya, mana kita tahu kiri atau kanan... yang kita tahu, negara mesti bebas...

    istilah kiri @ kanan siapa yang beri? yang tak masuk ameno, semua jadi kiri... termasuklah hizbul muslimin... asas kepada penubuhan pas.. propaganda²... hanya syaitan yang suka propaganda ni...

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,

    1. Walaupun cara perjuangan Shamsiah berhaluan kiri, namun perjuangan tetap perjuangan. Begitu besar pengorbanan orang-orang seperti Shamsiah Fakeh.

    2. Tertanya pula saya berkenaan "sumbangan" Shah Rukh Khan........

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.