KALI INI PAK LAH BIJAK!


Tentu ada yang tidak bersetuju dengan tajuk posting saya kali ini. Namun, itulah rumusan yang dapat saya buat lepas menilai kenyataan akhbar Pak Lah siang tadi.

Memang benar Pak Lah akan melepaskan jawatannya pada Mac tahun depan seperti yang diharapkan oleh sesetengah pihak. Akan tetapi, siapa yang bakal menggantikan tempatnya itu tidak dapat dipastikan lagi.

Anda mungkin silap jika menyatakan Najib bakal mengambil-alih tempat Pak Lah. Ini kerana, Pak Lah sendiri meminta Najib bertanding jawatan Presiden. Buat pertama kalinya Presiden UMNO yang berundur tidak mahu memberi ‘laluan mudah’ kepada penggantinya.

Beban untuk menentukan pengganti Pak Lah diserahkan kepada Bahagian UMNO yang akan mula bermesyuarat esok. Sebelum ini, Ku Li telah menyatakan hasratnya mahu bertanding jawatan Presiden jika Pak Lah mahu mengekalkan jawatan Presiden.

Selepas pengumuman Pak Lah siang tadi, Ku Li nampaknya akan terus mengekalkan hasratnya itu biarpun terpaksa berhadapan dengan Najib.

Atas kertas, Najib tidak punya banyak masalah untuk menang tanpa bertanding jawatan Presiden UMNO. Mustahil rasanya kalau Ku Li mampu mendapat jumlah pencalonan yang cukup bagi mencabar Najib.

Apapun, kemampuan Ku Li tidak boleh dipandang remeh. Jika Ku Li mampu memberikan ‘alasan kukuh’ untuk Bahagian UMNO menolak Najib, berkemungkinan besar Ku Li mampu melepasi kuota pencalonan.

Mungkin juga, taktik ‘dedah-mendedah’ akan menjadi ‘silent strategy’ Ku Li kali ini jika beliau mahu mencabar Najib. Sebagai orang lama yang pernah menggegarkan UMNO sedekad lalu, Ku Li tentu sudah mahir dalam selok-belok politik UMNO.

Bagaimanapun, Ku Li dilihat sudah terlambat jika mahu mencabar Najib. Mesyuarat Bahagian yang bermula esok dilihat lebih cenderung mencalonkan Najib sebagai Presiden UMNO.


Satu persoalan yang menarik untuk dikupas, kenapa Pak Lah tidak mahu memberikan laluan mudah kepada penggantinya? Memang benar Pak Lah telah memilih Najib sebagai penggantinya, tetapi adakah pilihan itu benar-benar selari dengan kehendak akar-umbi UMNO? Tidak mustahil Pak Lah berfikiran begitu kerana Najib sering dikaitkan dengan pelbagai skandal yang boleh menjejaskan sokongan rakyat kepada UMNO dan BN.

Mungkin juga Pak Lah mahu Bahagian UMNO ‘berfikir panjang’ dan bermuhasabah sebelum mencalonkan sesiapa yang benar-benar mampu mengembalikan sokongan rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional? Jika benar, siapakah orang itu? Sudah tentu bukan Khairy.

Fikir-fikirkanlah…
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

9 comments:

  1. Salam...

    Pada hemat saye lah... Tak mungkin Pak Lah akan memberikan laluan mudah untuk Najib. Sebabnya, Kerana Najib n the gang (hishamuddin, rafidah, dan yg sewaktu dgnnya) lah yang telah menggerakkan seluruh jentera mereka untuk memberikan tekanan kepada Pak Lah supaya meng-awal-kan pelan peralihan kuasa yg sepatutnya dijadualkan hanya akan berlaku pada Jun 2010.

    Walaupun pada zahirnya kita nampak Najib sangat patuh kepada Pak Lah, namun siapa yg tau segala perancangan Najib di belakang Pak Lah?

    Hishamuddin dan Rafidah memang telah lama 'all out' untuk Najib, sejak selepas PRU 12 lagi.

    Malah, Najib n the gang sudah lebih bersedia untuk membuat kejutan pada mesyuarat agung umno yg sepatutnya dijadualkan pada bulan Disember ini...

    So, Pak Lah sedar bahawa situasi semasa tidak memihak kepada beliau, maka beliau terpaksa mengambil tindakan ini...

    Mungkin pada fikiran Pak Lah, "daripada aku terlepas jawatan ni bodoh2 macam tu je, baik aku buat sesuatu yang dapat sekurang2nya menyukarkan laluan Najib untuk mengambil alih"...

    Pecayelah, Pak Lah takkan berdiam diri punye...

    I strongly believe that he is going to do something... Lets just wait n see...

    R u guys sure, HANYA Najib dan Ku Li yang akan menawarkan diri untuk jawatan Presiden umno? heheh!

    Yang pastinya, KALAU terjadinya pertandingan dalam merebut jawatan tu, ianya pasti akan menjadi satu medan yang bakal menyaksikan suatu PENGAKHIRAN kepada karier politik mana2 calon yang bakal KALAH! Dan ITULAH OBJEKTIF SEBENAR PAK LAH...

    p/s : .............................

    ReplyDelete
  2. kah kah kah...selamat raya ... isham2504

    ReplyDelete
  3. Look at back, Najib bukan org Pak Lah dan yang pastinya ramai yang tak inginkan Najib naik. Am I rite, Aflah?

    ReplyDelete
  4. hehehe... mungkin susah mana mana calon nak lawan. sebab sekutu kuatnya dah siapkan kubu yang kuat. 'bekalan'dan 'habuan'yang lumayan... memang dah melambak...

    ReplyDelete
  5. hehehe... mungkin susah mana mana calon nak lawan. sebab sekutu kuatnya dah siapkan kubu yang kuat. 'bekalan'dan 'habuan'yang lumayan... memang dah melambak...

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum,

    1. Jangan cepat sangat percaya apa yang keluar dari mulut ahli politik sekarang ni:-

    (a) Mula-mula kata tak nak kahwin, esok lusa pum pang pum pang (ewaahh);

    (b) Mula-mula kata minyak tak naik dalam masa sebulan dua, alih-alih terus esok naik;

    (c) mula-mula kata Parlimen tak dibubar (belum dapat ilham), esoknya juga terus bubar;

    (d) mula-mula kata harga minyak takkan diselaras sebelum pilihanraya kecil permatang pauh, alih-alih selaras juga akhirnya 4-5 hari sebelum pilihanraya kecil permatang pauh.


    Memang Bijak

    ReplyDelete
  7. sapa naik taklah berapa penting, kerana DASAR UMNO TETAP TAK BERUBAH

    Tapi untuk menjadi bahan perbualan, Najib tak akan berjalan atas karpet merah, Ku Li mesti all-out, sebab usia tak menyebelahi dia. Lagi pun Ku Li tak rugi apa-apa.

    ReplyDelete
  8. Salam semua...

    Yes, u're right Intan and i dont think Najib will get the full support from UMNO or NON-UMNO members.

    To Crower, i should listen to u and uncle Al-Brangi.

    ReplyDelete
  9. Orang umno sudah buat keranda nya sendiri.
    menu:
    1.Tanah kubur-belum tentu lagi.
    2.Wasiat akan di diatur.
    3.Kain kapan sudah beli.
    4.Jemputan majlis akan menyusul.
    5.Isa akan dijemput membaca talkim.
    Bukti:
    1. Pak Lah - sudah.
    2. Pak Najib-akan datang.
    3. Ku LI (Balik - Gua Musang )
    4. Hishamuddin.(Tiada wawasan)
    5. Rafidah.(Pencen Awal)
    Lagi.................
    "TIADA CALUM BERWIBA"
    SLOGAN BARU 2009
    "MAC"

    "BERUNDUR BERSAMA-SAMA KU"

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.