IDOLA KPMU KALAH SEBAB WANG?


Saya tertarik dengan laporan KPMU.net yang mengaitkan kegagalan Khairy mengatasi Mukhriz adalah disebabkan oleh rasuah politik.

Menurut si penulis laporan itu,

“Suasana pemilihan pemuda kali ini berjalan dengan kotor sekali apabila limpahan wang dapat kita saksikan sendiri dicurahkan kepada perwakilan, cara pengagihan yang tidak lagi selindungi. Wang diberikan secara terang-terangan.

Perwakilan diberikan wang dipintu masuk dewan dan ini berlaku dibeberapa tempat seperti di Beufort, Tumpat, Sungai Siput dan dibeberapa tempat lagi. Mereka telah menguhulurkan paket duit raya yang bernilai RM250 kepada setiap perwakilan.

Jerung-jerung besar sanggup mengeluarkan berjuta ringgit hanya bagi memastikan Naib Ketua Pemuda UMNO tidak akan dapat pencalonan yang cukup. Bukti-bukti telahpun dikumpulkan dan pasti perkara ini akan terdedah juga.”


Bagi yang biasa melayari laman KPMU.net, tentunya mereka tidak terkejut jika laporan yang ditulis oleh KPMU sebegitu rupa. Khairy sememangnya telah menjadi idola KPMU sejak dulu lagi. Mereka menulis seolah-olah Khairy adalah calon yang paling layak menerajui Pemuda UMNO.

Malangnya, mereka belum dapat menerima hakikat bahawa BN mengalami kekalahan besar sewaktu PRU ke 12 dahulu adalah disebabkan oleh ‘kecacatan’ Khairy dalam berpolitik. Ramai pengundi yang menyampah dengan Khairy kerana dia sering dilabelkan sebagai “lebih sudu dari kuah”. Imej buruk Khairy jugalah yang telah menyebabkan Abdullah Badawi dijadikan kambing hitam oleh pengundi.

Jika nak dibandingkan imej Abdullah dengan Khairy, seperti langit dengan bumi. Maka, ulasan KPMU yang menyatakan dendam ketua bahagian yang tidak puas hati dengan Perdana Menteri telah menjadikan Khairy Jamaluddin sebagai kambing hitam untuk disembelih adalah sesuatu yang melucukan sekali.

Tulisan ini bukanlah mahu membela Mukhriz kerana kemenangan Mukhriz sudah dapat dijangka sejak Abdullah memilih untuk bersara. Jika Abdullah memilih untuk kekal, peluang untuk Mukhriz menang memang tipis sekali. Sekarang ini pun, sudah ada cakap-cakap tentang ‘Mahathirisme’ mula menguasai UMNO.

Tetapi, apa yang menyedihkan dalam tulisan itu adalah pendedahan amalan rasuah yang masih berlaku dalam pemilihan UMNO kali ini. Tanpa mahu menuduh siapa yang terlibat dengan perbuatan terkutuk itu, nampaknya slogan UMNO masih tidak berubah.

Dulu, kini dan selamanya rasuah?

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

7 comments:

  1. Assalamualaikum,

    1. Sudah seperti menjadi adat dalam politik Malaysia, yang kalah menuduh yang menang akibat gejala politik wang.

    2. Dengan ada kemudahan I.T, senang untuk memberikan pandangan termasuk juga tuduhan. Bukti bagaikan tidak perlu lagi waktu ini, dengan hanya tuduhan imej dan reputasi seseorang itu boleh tercemar.

    3. Bagi yang kalah, cermin-cermin kan diri dahulu dan tanya diri sendiri mengapa anda tidak terpilih.

    4. Bagi yang menang, jalankan tanggungjawab anda dengan jujur.

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Politik wang agaknya sudah menjadi budaya dalam UMNO. Ia sudah dianggap "perkara biasa", tidak dianggap jijik, dan mungkin juga tidak dianggap sebagai perbuatan yang berdosa. Jadi ia mungkin akan berterusan sampai bila-bila, selagi hayat UMNO masih ada?

    ReplyDelete
  3. Salam,

    DR M .........masih ada penyokong kuat.
    sudah saya selidik tentang Politik kita sebenarnya drp pengaruh politik jiran sebelah(INDO).

    Dulu, kini dan selamanya rasuah.
    Hendak kemana-mana tempat perlu wang.Boleh lolos kerna wang.
    Sukarno kata ada 7 pemuda .
    7 Golongan UMNO ,
    - penyamun (sebelum kaya)
    - perompak (Wang Rakyat)
    - Rasuah (Politik Wang)
    - Penyangak( % )
    - pembuli (ISA)
    - Pemalas (Tidur)
    - Gila Kuasa
    Jagalah saham-saham Pak Lah Khairy, orang kampong dah tak suko Buit apo lagi?
    Buat malu je.

    ReplyDelete
  4. Salam,

    Cik. What! Selamat Hari Raya.

    Hairan bagaimana Umno dapat sokongon >5% dari orang melayu memandangkan betapa rosak prinsipnya asyik nak kayakan keluarga dan kroni pemerintah atasan parti itu.

    ReplyDelete
  5. Salam,
    Hello cik.What!
    Kawan2 semua, digesa baca comment beritamalaysia di url---

    http://groups.yahoo.com/group/beritamalaysia/message/105641

    Can you see how corrupt the system has become? The former, present and future PMs all criticise each other over cronyism, yet when they hold power they practise all these habits they attack others for doing.
    This means they all have NO principle- they support robbery/corruption when they are in power doing it, otherwise it is a sin!Please people, ditch these people who betray the people and the country with rampant money politics. Start afresh with group who has not been given chance to govern- and you who I mean.

    ReplyDelete
  6. Tertarik dgn apa yg di ulas oleh laman ini , cuma ada satu pembetulan....... pertandingan belum lagi bermula dan pencalonan belum pun berakhir... belum ada yang kalah dan belum ada yang menang......

    ReplyDelete
  7. Kita pun selalu mendengar tidak ada ketelusan dalam menentukan pimpinan diperingkat cawangan dan bahagian UMNO.

    Banyak berlaku penipuan dalam pemilihan peringkat bawahan.
    Bila tidak ada pemilihan yang adil dan telus maka pemimpin yang dilantik tidak dapat mencerminkan pemimpin kehendak akar umbi.

    Pemimpin kehendak akar umbi lain tetapi disebabkan adanya moneypulasi dari pihak-pihak tertentu maka pemimpin kehendak akar umbi akhirnya tidak terpilih.

    Bila berlaku keadaan begini maka rasa tidak puashati antara akar umbi dan pemimpin akan terus berlaku.

    Inilah juga kenapa rusuhan dan demontrasi kerap berlaku di Thailand, walau Thailand mengamalkan demokrasi tetapi demokrasi yang telah dimoneypulasi dan tidak telus.

    Alhamdulillah demokrasi di Indonesia telah jauh lebih baik, hasilnya rusuhan dan demontrasi sudah berkurang dengan banyaknya.

    Bandingannya seperti pengadil bola sepak boleh berlaku adil, dan para pemain bermain dengan baik maka tidak ada sebab penonton hendak merusuh.

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.