Bendahari PAS, Dr Mohd Hatta Ramli berkata dengan kadar harga minyak dunia sekarang, kerajaan sebenarnya mampu menurunkan harga minyak pada kadar yang asal.
“Adakah itu(RM0.10) sahaja yang layak bagi rakyat sebagai angpow raya?” katanya kepada Harakahdaily.
“Sedangkan kita layak untuk mendapat kadar harga asal,”
Beliau yang juga ahli parlimen Kuala Krai melahirkan kekecewaan dengan prestasi yang ditunjukkan oleh Menteri Kewangan yang baru dilantik, Dato’ Seri Najib Razak.
“Menteri baru pun tidak yakin untuk memberikan sesuatu yang lebih kepada rakyat.
“Sudahlah rakyat kini terbeban dengan kadar inflasi tertinggi sebanyak 8.5 sepanjang 26 tahun ini,” ujarnya.
Jelasnya, apa yang sedang berlaku sekaligus menggambarkan kegagalan kerajaan dalam menguruskan ekonomi negara. Bahkan menurutnya, dalam kiraan tertentu mengenai hal ini menunjukkan bahawa rakyat pula yang perlu menanggung subsidi minyak bagi pihak kerajaan.
“Apa pun saya tetap mencadangkan agar kerajaan mengembalikan harga asal minyak,”
Penurunan minyak semalam adalah merupakan kali kedua selepas kali pertama dengan kadar RM0.15 menjadikan jumlah setakat ini adalah RM.25 dengan kadar harga semasa minyak dunia pada tahap USD92 setong.
Sesetengah pihak mengandaikan contoh formula yang kerajaan gunakan untuk menaikan harga minyak semasa harga minyak dunia melambung ke USD 146 setong. Persoalan yang dibangkitkan sekarang adalah, apakah alasan yang diberikan kerajaan untuk tidak menggunakan formula yang sama apabila minyak kini berharga kurang USD 92.7 setong.
Mengikut formula kerajaan ketika menaikkan harga minyak :
Harga Minyak Global 1 Tong = USD 92.70 (bersamaan dengan RM 319.82)
1 Tong bersamaan dengan 159 liter
Nilai Ringgit sekarang berbanding Dolar = RM 3.45
Harga satu liter > RM 319.82 / 159 liter = RM 2.01
Subsidi kerajaan = RM 0.30
Harga sepatutnya > RM 2.01 - RM 0.30 = RM 1.71 (harga sepatutnya)
Harga sekarang = RM 2.45 sen
Beza kerajaan tipu Rakyat Malaysia = RM 2.45 - RM 1.71 = RM 0.74 per liter
Petikan : Harakah Daily
Salam...
ReplyDeleteHeheh! As expected!
TERTIPU LAGI
ReplyDeleteTIPU
TERTIPU PUUU
TIIII
PU
MATI KERANA TERTIPU.
Salam...
ReplyDeleteformula yang sangat tepat dan wajar dibongkarkan kepada umum, sy sendiri pernah membuat conggakn sebegini lama sebelum kerajaan mengumumkan penurunan sebanyak Rm0.15 dan seterusnya Rm0.10 = RM0.25.
pada hemat sy menerusi analisis yang dibuat berdasarkan harga semasa pasaran minyak dunia, tukaran matawang ringgit berbanding dollar, perubahan kadar(kenaikan dan penurunan yg mendadak) harga minyak dalam sebulan dan mengambil kira subsidi yang telah diberikan dalam bentuk tunai, harga minyak patut diturunkan sekurang-kurangnya sebanyak RM0.50. harga yang sepatutnya dibayar oleh rakyat adalah RM1.95 dan harga ini adalah tanpa sesen subsidi kerajaan.
Pelik bagi sebuah negara pengeluar minyak menjual minyak dengan lebih tinggi dari harga pengeluaran kepada rakyat sendiri, ekonomi apa ini..??? sapa ajar pemimpin2 ini buat kira2..??
seperti biasa..kedekut gila..
ReplyDeleteanyway,gila smart layout baru ni..
cayalah!