MALAYSIA KINI, DON’T WORRY BE HAPPY

Assalammualaikum sedari,

Dah lama tak nampak blog ni kat Malaysiakini. Kenapa? Dah kena ban ke? Inilah Malaysiaku yang tercinta. Blog macam ni pun kena banned. Blog sampah lain dibiarkan pulak. Benggong.

Saya nak minta tolong sikit. Saya tak ada blog lagi. Kalau boleh, tolong siarkan mail saya ni. Tapi, tolong rahsiakan mail saya. Nanti saya pulak kena banned. Saya nak tahu jugak apa kata orang lain tentang isu ni. Bosan pulak duduk kat opis ni. Maklumlah dah nak raya. Kerja tak ada. Layan blog je lah.

Nampak gayanya, badi penangguhan tarikh Anwar membentuk kerajaan baru dah terkena pada UMNO pulak.

Abdullah pun nak tangguh jugak. Bukan lagi Disember tapi Mac 2009 pulak. Angka 3 memang sinonim dengan Abdullah sejak dulu. Tidak mustahil Abdullah akan memilih sekali lagi angka 3 (Mac) untuk menamatkan tugasnya sebagai Presiden UMNO sekaligus menabalkan Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 6.

Najib tentunya sedang bergumbira dengan keputusan terbaru yang dibuat Abdullah. Lebih kurang 6 bulan lagi, cita-citanya akan tercapai. Sepatutnya cita-cita itu sudah tercapai bila Mahathir mengambil keputusan untuk bersara dahulu. Entah kenapa, Abdullah yang dipilih menggantikan Mahathir.

Alasan Mahathir pada masa itu adalah kerana Abdullah dianggap sebagai ‘Mr Clean’. Alasan itu memang memalukan Najib kerana Mahathir tidak anggap Najib sebagai ‘Mr Clean’.

Dalam satu forum tertutup, Mahathir pernah berkata “Sepatutnya saya pilih Najib, tapi entah kenapa, saya ubah fikiran”. Sehingga kini, Mahathir belum lagi mendedahkan ‘alasan sebenar’ dia menolak Najib dahulu.

Keputusan terbaru Abdullah ini bakal merencatkan usaha Mahathir & The Gang untuk mengambil alih kepimpinan UMNO. Apa akan jadi dengan kedudukan Muhyiddin, Mukhriz, Ku Li, Khir Toyo dan lain-lain lagi lepas ni? Soalan ini macam sukar untuk dijawab.

Apa tidaknya, kita tidak tahu lagi samada jawatan Presiden dan Timbalan Presiden akan dipertandingkan atau tidak pada pemilihan Mac 2009. Berkemungkinan besar, 2 jawatan itu tidak akan dipertandingkan jika Abdullah memilih untuk berundur.

Apabila Najib dilantik sebagai Presiden UMNO yang baru, jawatan Timbalan Presiden sudah pasti akan ditentukan oleh Najib dan bukannya ditentukan oleh para perwakilan. Pesanan buat para perwakilan nanti, jangan lupa kumpul duit raya banyak-banyak. Bolehlah shopping kat PWTC nanti.

Buat masa ni, baca ajelah pantun 2 kerat ini :

Don’t worry, be happy,
Pak Lah pergi, Khairy Mati.

Don’t worry, be happy,
Najib dah pasti, Muhyiddin apa jadi?

Don’t worry, be happy,
Disember tak jadi, kena tunggu lagi.

Don’t worry, be happy,
Mr Clean nak pergi, Mr Yes Man pulak ganti.

Don’t worry, be happy,
Raya tak lama lagi, jom kita cuti.

Note : Email dari pembaca blog ini yang tak mahu dirinya dikenali.
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

2 comments:

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.