PENJELASAN DR HALIMAH ALI

Izinkan saya membuat sedikit penjelasan tentang isu dakwaan kononnya berlaku kelewatan dalam menyalurkan bantuan kepada mangsa ribut taufan yang telah berlaku kepada sebilangan penduduk Kg Sungai Udang, Taman Bertih, Jalan hasan, Jalan Selamat dan kawasan sekitar.

Seperti yang dilaporkan oleh akhbar Sinar Harian bertarikh 5hb September 2008, seramai lima puluh mangsa ribut langsung tidak menerima apa-apa bantuan. Jurucakap pihak yang mendakwa tidak langsung menerima bantuan serta tidak melihat kelibat pemimpin negeri turun padang malangnya tidak pula mahu bertanggung jawab di atas kenyataan akhbar yang dibuat. Jika mereka bertanggung jawab dan berani tampil ke hadapan sudah tentu mereka tidak menyembunyikan identiti mereka.

Sebenarnya, setakat pukul 7.30 malam hari Jumaat malam Sabtu, sukarelawan yang bertugas 24 jam di Pejabat ADUN Selat Klang telah menerima sebanyak 1100 (seribu seratus) borang aduan yang disertakan dengan salinan kad pengenalan masing-masing.

Masih ingatkah saudara kesan tsunami yang berlaku di Kedah beberapa tahun yang lalu? Berapa lamakah pihak berwajib mengambil masa untuk menyalurkan bantuan sepenuhnya seperti peralatan membaiki rumah, bot baru, pakaian serta buku sekolah anak-anak?

Di Sungai Udang Klang, musibah berlaku hari pertama bulan Ramadhan iaitu 01hb September 2008 kira-kira pukul 3.00 petang. Bilik gerakan untuk operasi menyelamat dan sebagainya dibuka pada pukul 4.00 petang. Saya Alhamdulillah beserta sahabat-sahabat lain mula melawat tempat-tempat yang teruk ditimpa musibah pada pukul 3.05 petang. Sila rujuk post saya yang terdahulu.

Sila hubungi pihak Bomba dan PBSM untuk kepastian. Ini kerana kami saling bekerjasama dari peringkat awal lagi. Bekalan eletrik terputus di kawasan Jalan Sg Bertik di sekitar pasaraya Econmart pada pukul 3.30 petang tetapi telah disambung semula kira-kira pukul 7.30 malam.

Sekitar pukul 9.00 malam, satu mesyuarat tergempar telah diadakan dengan Pegawai Daerah Klang , LZS dan lain-lain agensi/NGO di pejabat ADUN. Pihak-pihak seperti Pejabat Daerah dan PBSM merupakan agensi yang pakar dalam kes bencana alam.

Saya sendiri, selaku Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia telah terlibat secara langsung kes tsunami di Aceh, Gunung berapi di Jogjakarta, Gempa Bumi di Pakistan, Perang di Lubnan dan lain-lain. Pernah berpeluang mengikuti kursus Bangsa-Bangsa Bersatu dan Jabatan Pertahanan Amerika (tentera Amerika) dalam mengendalikan bantuan di medan pertempuran.

Saudara Jamal, selaku Pengerusi Bertindak Bencana Alam Sg Udang merangkap Ahli Majlis MPK, merupakan Timbalan Pengerusi Yayasan Amal Malaysia dan sebut sahaja di bumi mana yang beliau belum jejak dalam memberi khidmat sukarela dan menyelamat. Yang terbaru ialah taufan Nargis di Delta Irrawadi.

Dewan Orang Ramai telok gadong telah dibuka untuk kes-kes kecederaan atau kejutan. Tahmid, tiada kes kecederaan berat atau kematian dilaporkan.

YAB Dato' MB Selangor Tan Sri Khalid sendiri telah turun padang menjengok mangsa bencana serta rumah-rumah mereka serta berpeluang beramah mesra dengan penduduk dalam keadaan hujan renyai-renyai sejurus selepas menyampaikan bantuan dalam satu majlis yang telah diadakan di Dewan Orang Ramai Telok Gadong pada 6 September 2008.

Untuk makluman lanjut, sila klik di sini.




Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

3 comments:

  1. HIDUP INI PERLU KESABARAN DAN KEIMANAN YANG TINGGI
    DUGAAN TETAP ADA DIMANA-MANA.
    JANGAN POLITIKKAN BENCANA.
    BENCANA ADA HIKMAH ALLAH.
    SETIAP SUATU ITU AKAN TERJADI.
    DALAM SOAL BENCANA .
    KITA ADA PROSIDUR.
    BENCANA ALAM PERINGKAT NASIONAL.
    PERINGKAT-PERINGKAT ADA AHLI (AJK).
    BILA BERLAKU KECEMASAN PASUKAN INI AKAN MENJALANKAN TUGAS MASING-MASING.
    MAHUPUN DIPERINGKAT NEGERI/DEARAH.
    (AJK BENCANA ALAM)
    KENAPA NAK POLITIK KAN ISU -ISU YANG BESAR SEBEGINI.DIMANAKAH MARUAH KITA.
    SAYA RASA PENING DENGAN POLITIK MALAYSIA..SEHINGGA MANGSA PUN DIPOLITIKKAN DENGAN ISU-ISU MENJADI ISU POLITIK .
    SIAPA YANG DATANG DAHULU.
    SIAPA YANG BERI BANTUAN DAHULU.
    KERANA WARTAWAN DATANG DAHULU ?
    PAPARAZI ????????????????????

    ReplyDelete
  2. Salam!
    salam!

    Dasar media kerajaan memang sentiasa mencari apa yang boleh dijadikan isu.... Renung secara rasioal apa yang diutarakan oleh Tan Sri Khalid...

    Saya yakin dia benar dalam kata-katanya..

    terima kasih

    ReplyDelete
  3. YA ALLAH.......YA TUHAN KU.

    AMPUNKAN DOSA DOSA HAMBA MU INI.

    SELAMATKAN MALAYSIA INI DARI PEMIMPIN PEMIMPIN YANG ZALIM!

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.