NASIB AHMAD ISMAIL DI TANGAN UMNO?


Saya memetik laporan Malaysiakini yang bertajuk “MT Umno putuskan nasib Ahmad esok”

Saya kurang setuju dengan tajuk yang digunakan. Nasib Ahmad Ismail bukan diputuskan oleh MT UMNO. Nasib Ahmad Ismail diputuskan oleh Allah SWT. Mungkin saya silap tentang hal ini. Jika saya salah, tolong betulkan.

Abdullah berkata, semua ketua parti komponen BN yang hadir, tanpa berkecuali seorang pun, telah melahirkan perasaan tidak dapat menerima sama sekali terhadap kenyataan Ahmad itu.Sehubungan itu, katanya, mereka mahu satu tindakan yang tegas diambil.

[Khabarnya, mesyuarat BN hari ini memang panas. Ketua-ketua parti yang hadir telah meluahkan apa sahaja yang terbuku dalam hati mereka tanpa berselindung lagi. Selalunya, mereka akan berlapik atau berkias juga bila menuturkan kata-kata. Ternyata kali ini, mereka benar-benar ‘marah’ dengan tindakan bodoh Ahmad Ismail.]

"Apa yang dicakapkan itu menimbulkan kemarahan dan keresahan rakyat, bukan hanya kepada bukan bumiputera tetapi juga bumiputera, iaitu orang Melayu. Bukan hanya di Semenanjung tetapi juga di Sabah dan Sarawak. Apa yang telah dicakapkan oleh pemimpin dari Sabah dan Sarawak telah membayangkan perasaan yang terdapat di kedua negeri berkenaan," kata perdana menteri.

[Saya tidak hairan jika semua parti komponen BN samada bumiputera atau bukan bumiputera sangat marah dengan tindakan bodoh Ahmad Ismail. Saya akan hairan kalau mereka tidak marah. Saya fikir, semua rakyat Malaysia yang cintakan pendamaian di negara ini juga marah. Kononnya, Ahmad Ismail ni ada ramai ‘gang’ yang dipanggil ‘gangster’ seperti yang dilaporkan oleh Harakah Daily. Tapi, kalau Panglima Angkatan Tentera sendiri dah beri amaran kepada pihak-pihak yang sengaja nak mainkan sentimen perkauman, gangster mana pun kecut perut kalau muncung meriam dah ada depan mata!]

Ketika ditanya mengenai pertemuan antara Abdullah dengan Ahmad di Putrajaya tengahari tadi, perdana menteri enggan menjelaskannya. "Tidak perlulah saya memberitahunya kerana orang sudah tengok televisyen dan You Tube," katanya.

[Tak sangka Pak Lah nak sebut tentang Youtube. Agaknya You Tube dah jadi media perdana di Malaysia sekarang. Tadi, saya menonton juga laporan berita berkenaan reaksi Ahmad Ismail lepas berjumpa dengan PM. Jawapan yang diberikannya kepada wartawan seolah-olah ingin memperlekehkan Pak Lah. Saya cuba bayangkan, kalaulah ditakdirkan PM sekarang ialah Tun Mahathir dan bukannya Pak Lah, tak mungkin Ahmad Ismail akan berani berkata begitu pada PM. Silap haribulan, keluar je dari pintu pagar Putrajaya, terus dihantar ke Kamunting.]

Abdullah berkata, BN akan mengeluarkan kod etika bagi membolehkan tindakan serta merta diambil terhadap mana-mana parti yang mengeluarkan kenyataan dan berkelakuan yang tidak melambangkan semangat BN. "Isu berkaitan dengan Akta Hasutan yang ada hubung kait dengan perlembagaan yang boleh dikatakan atau yang tidak boleh dikatakan termasuk dalam kod etika itu," katanya

[Akhirnya Pak Lah bersetuju juga dengan saranan parti komponen BN yang lain agar Kod Etika diperkenalkan kepada semua pemimpin BN. Perkara ini sepatutnya sudah lama dilakukan oleh BN agar pemimpin BN tahu ‘do and don’t’ bila menjadi pemimpin BN. Cuma saya ingin menambah, kalau boleh, semua pemimpin UMNO selalulah membaca kod etika yang terkandung dalam 6,666 ayat yang sudah diperkenalkan sejak 1400 tahun yang lalu.]

“Bacalah dengan nama Tuhanmu dan janganlah baca kerana nak dapat nama, kuasa, pangkat, kedudukan ataupun kekayaan”

Nur Aflah : Bacalah blog ini kerana ingin mendapatkan kebenaran. Jangan baca kerana ingin mengutuk sesama sendiri. Kalau salah tolong betulkan dan kalau benar, tolonglah benarkan. :-)
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

13 comments:

  1. saya setuju, nasib dia ditentukan oleh Allah bukan MT UMNO. adakah MT UMNO lebih tinggi drp pihak polis

    good luck mat bukit bendera

    ReplyDelete
  2. EVERY ACTION THERE IS A REACTION...
    SO READ N ABSORB

    ReplyDelete
  3. Rules of law, harap Polis Di Raja Malaysia dapat menjalankan tugas tanpa ganguan mana2 pihak. Terima Kasih. Hidup Malaysia..

    ReplyDelete
  4. YEAH AFLAH......IT'S CORRECT, CORECT, CORECT !!!

    ReplyDelete
  5. macam uji kaji makmal pulak........
    last last tikus uji kaji yang terbelah perut .... lepas sekor sekor
    lepas nih kena tikus mana pulak kena belah ........................
    saintis masih tak jumpa punca masaalah...........................

    so semua tikus tikus menikus ler...

    ReplyDelete
  6. Saudari Nur Aflah yg manis,negeri anda dan juga negeri asal saya mempunyai problem yg sama,SARA (suku,agama,ras,antar golongan)kurusuhan ini efeknya lebih dahsyat dari terorisme dan yg paling merasakannya adalah rakyat miskin/kecil.makanya kalau ada politisi goblok dan korup dicuekkin aja ngak usah dipilih la..:-).
    Aku juga heran yg buka suara kok pak tentara bukan pak polisinya toh?

    ReplyDelete
  7. Hi semua,

    Berikanlah UMNO satu peluang untuk mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Ahmad Ismail. Kemungkinan besar dia dengan sengaja memainkan dan mengapikan politik perkauman di atas kekecewaan berhubung penggunaan polisi CAT di P Pinang.

    Dengan polisi CAT diamalkan di P Pinang sekarang, tiada lagi kontrak secara rundingan bagi mereka, yang tiada malu digelar sebagai 'rent seekers'. Sekarang terpaksa bersaing dengan orang-orang lain, termasuk pengusaha Melayu lain, yang mampu memberikan yang terbaik kepada rakyat dengan harga-harga yang berpatutan!

    Ini merupakan satu sebab utama 'rent seekers' itu begitu marah dengan kekalahan yang mereka katakan disebabkan oleh KTK. Sebahagian tuduhan mereka itu adalah benar, tetapi mereka harus juga mencerminkan muka mereka sendiri bagi memahami sebabnya rakyat, khususnya di P Pinang, tidak lagi menerima mereka juga!

    ReplyDelete
  8. Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
    Cik Nur
    Sila rujuk hikayat si Luncai atau tanya sama itu burung Hud Hud perihal tindakkan yang akan diambil oleh Pemimpin Peminpin Umno terhadap salah laku ahli ahli Umno.Jawapannya sudah pasti ialah "Biarkan Biarkan si Luncai terjun dengan labunya ,kita ambil contoh pihak BPR bila ambil kes ahli Umno semuanya tiada tindakkan susulan atau buang kes , tak cukup bukti,samalah pihak kastam dapat menahan kenderaan lori (membawa barang seludup)tapi pembawa lori tak dapat di tahan, so perihal si Ahmad jawapan "Biarkan Biarkan"

    ReplyDelete
  9. Just ignore them. Selamat berpuasa, semoga apa yang kita pohon di bulan ini diberkati ALLAH.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum,

    1. Ternanti juga apakah tindakan disiplin yang "tegas" yang akan diputuskan oleh MT UMNO pada hari ini.

    2. Pada pendapat saya, UMNO sepatutnya membuat keputusan yang akan menjadi "precedent" kepada ke semua parti komponen BN.

    3. Sekiranya hukuman tidak setegas mana, komponen parti BN yang lain akan menggunakan ini sebagai "precedent" di masa hadapan dan UMNO tidak boleh kecewa sekiranya perkara yang sama berlaku pada ahli komponen BN dan hukuman yang dijatuhkan oleh mereka mengecewakan UMNO.

    ReplyDelete
  11. tap pa lah..bagi dia rasa macam mana duduk lokap..,roti benggali cicah dengan teh 'o',kertas nasi bungkus di gulung buat rokok,harga satu paket tembakau 50 rm...

    ReplyDelete
  12. http://www.kulitpisang.com

    Pahlawan Melayu atau Pengkhianat Bangsa?

    Perwatakan dan gaya Dato' Ahmad Ismail menampakkan beliau seorang Panglima Perang Besar bangsa Melayu yang begitu garang dan tegas. Seolah-olah tidak ada seinci pun yang akan diberikan oleh panglima ini dalam menegakkan kedaulatan dan keagungan bangsa

    Tetapi adakah ini kebenaran atau persepsi semata-mata? Kalau benar ia hanya persepsi, silat persepsi sebegini rupa hanya boleh diajar oleh seorang ahli politik sahaja. Ahli politik yang ketandusan prinsip. Ahli politik yang dahulunya berwajah pejuang bangsa dan kini sudah bertukar rupa untuk menjadi musuh bangsa Melayu nombor satu, Anwar Ibrahim.

    Seni halus yang dimainkan oleh Ahmad Ismail berbau Anwar. Anwar dengan liciknya menarik perhatian orang ramai kenegeri Sabah dan Sarawak sedangkan pergerakannya banyak tertumpu di Semenanjung Malaysia, terutamanya di negeri kuatnya Pulau Pinang.

    Fakta yang sahih menunjukkan Anwar Ibrahim telah mengambil Ahmad Ismail sebagai anak didik politiknya ketika Anwar menjadi Ketua Perhubungan Negeri. Dari ahli biasa, Ahmad Ismail diangkat oleh Anwar hingga beliau memegang tampuk kepimpinan Bukit Bendera. Dalam tempoh ini, segala kemahuan dan nafsu duniawi Ahmad Ismail dipuaskan oleh Anwar. Ahmad Ismail begitu terhutang budi dengan jasa yang telah ditabur oleh mentor politiknya.

    Pada tahun 2008, Anwar meraih hutang budinya dari Ahmad Ismail. Namun, bukanlah kenangan kisah silam sahaja yang berjaya membuat Ahmad Ismail mengkhianat bangsa sendiri. Kerakusan dan ketamakan Ahmad Ismail menjadi pendorong utama mengapa dia sanggup menggadai maruah diri, maruah bangsa dan maruah UMNO.

    Setelah Pulau Pinang jatuh ketangan Pakatan Rakyat. Dunia Ahamad Ismail menjadi semakin gelap. Dia seolah-olah karam dalam lautan politik yang bergelora ini.Hanya Anwar sahaja yang boleh menyelamatkannya.

    Dengan sekelip mata, Ahmad Ismail dengan relanya menjayakan wayang dan mengupas agenda sebenar Anwar Ibrahim yang telah menggegar negara baru-baru ini. Ketika sidang akhbar itu berjalan, pesan Anwar Ibrahim bergema di dalam Ahmad Ismail – "Bakar semangat Melayu, Pastikan BN berpecah tanggal 16 Sepetember ini. Pastikan Gerakan dan MCA keluar dari Barisan. Bila aku kembali berkuasa kau akan menerima habuannya."

    Tanggungjawab UMNO ialah untuk memperjuangkan nasib anak bangsa, dan dengan nada yang sama, kepada pemimpin yang sengaja membelakangi tanggungjawab ini demi kepentingan peribadi, UMNO harus berani menjatuhkan hukuman seberat beratnya. Kerana UMNO alaf baru ini tiada tempat untuk pengkhianat anak bangsa dan boneka Anwar Ibrahim seperti Ahmad Ismail ini.

    ReplyDelete
  13. KEPUTUSAN DAH KELUAR DALAM BERITA TADI.

    SO NO KOMEN.

    SERAH PADA POLIS.... AKU SETUJU...

    TIDAK MACAM MACAM ULASAN.TAK ABIS ABIS .... BUANG MASA....

    OK JOM TARAWIH

    SALAM

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.