INGATLAH YANG 'TERSAYANG'


Setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga tentunya mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia. Namun, tiada siapa yang tahu qada’ dan qadar yang bakal diuji ke atas kita selain daripadaNya.

Akibat sara hidup yang kian tinggi, si ayah dan si ibu terpaksa meminta bantuan si nenek untuk menjaga anak kesayangannya. Si ayah yang bekerja sebagai pemandu lori terpaksa meninggalkan rumah tak tentu masa. Si ibu yang berhasrat membantu meringankan beban suami terpaksa bekerja di kilang yang terikat dengan jadual shift.

Kerana bimbangkan keselamatan anak yang selalu ditinggalkan, keputusan berat terpaksa diambil. Mereka terpaksa berpisah buat sementara waktu. Si anak diserahkan kepada neneknya untuk diasuh dan bila ada kelapangan, si ayah dan si ibu akan pulang ke kampung untuk melepaskan rindu mereka.

Malang tidak berbau. Si anak yang sentiasa terbayang di mata ayah dan ibunya telah pergi menghadap Ilahi. Hajat mereka untuk bersama-sama di hari raya nanti terpaksa dikuburkan kerana si anak telah menjadi korban jalanraya. Apakan daya, tiada siapa yang dapat meneka takdir Ilahi.

Al-fatihah buat adik Siti Arbaiyah dan salam takziah buat Puan Sarimah dan Encik Hisham sekeluarga.

Nur Aflah : Berhati-hati di jalanraya! Sentiasalah ingat pada yang tersayang dan Yang Maha Berkuasa.

Berita lanjut, sila klik di sini.
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

6 comments:

  1. salam,

    uncle pun tersentuh berita itu.
    terima kasih keranan beri komen pd posting saya semalam

    ReplyDelete
  2. Salam!

    Antara berita yang tak nak langsung saya dengar dan baca setiap kali, setiap hari, sadis,sedih dan pilu....

    thanks!

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,

    Semoga kita dilindungi Allah khususnya buat mereka yang perlu melalui perjalanan jauh untuk berhari raya.

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum,

    al-fatihah utk adik Siti Arbaiyah dan sabar serta tabah hendaknya kpd keluarga En. Hisham. saya sbg bapa, pastinya turut terasa sedih...tapi Allah lebih mengetahui.

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.