“Seorang lagi blogger ditahan”
Itulah tajuk yang dipilih oleh Malaysiakini. Sejak kebelakangan ini, memang ada beberapa blogger yang telah ditahan seperti Pak Bakaq, Raja Petra dan yang terbaru Kickdafella.
Bagi sesetengah orang, minat dengan sukan extreme atau lasak adalah kerja yang merbahaya. Tetapi jangan pula kita terlupa, minat menulis juga adalah kerja yang merbahaya kerana sejarah banyak merakamkan kisah penulis yang ditahan, dipenjara mahupun dijatuhkan hukuman mati.
Di negara ini sahaja, ramai penulis yang telah menjadi penghuni penjara kerana minat mereka itu. Kassim Ahmad, A Samad Ismail dan yang terbaru Hoon Cheng adalah beberapa nama sahaja yang pernah ditahan kerana apa yang ditulis oleh mereka. Itu belum termasuk lagi nama tokoh-tokoh besar dunia yang telah dihukum kerana minatnya itu.
Memang benarlah apa yang dikatakan oleh Saidina Umar Al-Khatab bahawa mata pena itu lebih tajam dari mata pedang.
Dan kini, zaman sudah berubah. Ramai pula yang suka menekan bebutang keyboard bagi menggantikan mata pedang untuk menyerang dan mempertahankan prinsip dan pendiriannya.
Meminjam lirik lagu M Nasir yang berbunyi “Peraturan cipta kekalutan, kekalutan cipta peraturan” memang sesuai untuk menggambarkan situasi semasa negara ini.
Bila apa yang ditulis itu dianggap boleh mendatangkan kalut bagi negara, maka peraturan digunakan untuk menyekat kekalutan itu. Dan, bila peraturan digunakan untuk menahan si penulis itu, ada pula yang kalut dengan penahanan itu.
Berapa banyak pun peraturan yang wujud di muka bumi ini, si penulis tidak pernah berhenti menulis kerana peraturan itu juga perlu ada yang menulisnya. Apapun, jangan sesekali si penulis lupa, di kiri dan kanan kita sentiasa menulis tentang kita. Tulisan mereka itu sahajalah yang mampu mempertahankan kita.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
15 comments:
PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
salam....u tau x sape blogger tu???
ReplyDeletePemimpin 2 zalim yang berlindung disebalik ISA, yang tidak mampu berhujah dengan fakta dan ilmiah adalah wajar ditolak di PRU. Hidup Keadilan.
ReplyDeletengat pesanan Ustaz Fadzil - Perangi khurafat kedua Umno!
ReplyDeleteAl-marhum Ustaz Fadzil Mohd Noor pernah mengajak rakyat memerangi khurafat yang dibawa Umno di kalangan orang Melayu, iaitu dengan mendakwa hanya Umno boleh memerintah.
Al-marhum dendiri yang menamakan dakwaan itu sebagai khurafat, iaitu amalan atau kefahaman yang bertentangan dengan ajaran Islam. Khurafat besar itu berakar umbi dalam kefahaman orang Melayu sejak sekian lama.
Hasil penerangan bersungguh-sungguh dan penuh istiqamah pejuang PAS, khurafat itu makin hari makin terhakis. Hari ini sekurang-kurangnya enam buah negeri di Semenanjung pernah menolak fahaman khurafat tersebut.
Setelah terbukti di depan mata bahawa Umno boleh untuk tidak jadi pemerintah, maka fahaman songsang itu tidak lagi dijaja di kalangan orang Melayu.
Namun tidak bermakna usaha menyambung hayat kuasa melalui fahaman khurafat yang diterapkan di kalangan orang Melayu dihentikan.
Mereka menukar pula fahaman yang ditolak tadi kepada kenyataan baru iaitu kuasa Melayu-Islam terhakis jika Umno hilang kuasa.
Selepas pilihan raya umum ke-12 Umno mencanangkan Melayu hilang kuasa di Selangor, Perak dan Pulau Pinang. Nasib Melayu dan Islam akan terancam.
Negara dikejutkan dengan kenyataan seorang pemimpin Umno di Pulau Pinang, Ahmad Ismail yang mendakwa masyarakat Cina hanyalah penumpang di negara ini dan adalah mustahil untuk mereka mendapat hak yang sama dengan Bumiputera. Ucapan itu dibuat dalam siri kempen BN di Permatang Pauh.
Setelah disergah parti komponen BN dari kalangan Cina, Umno jadi gelabah dan Timbalan Presidennya, Najib Tun Razak sepantas kilat menuntut maaf kepada masyarakat Cina atas perlakuan yang bukan dilakukannya.
Ahmad lalu menjelaskan bahawa apa yang disampaikan beliau adalah pernyataan di zaman British. Beliau hanya menyampaikan fakta sejarah, bukan berniat mahu memusuhi orang Cina.
Soalnya mengapa kuliah sejarah itu diadakan sewatu berlangsung pilihanraya kecil Permatang Pauh, di hadapan pengundi Melayu?
Bukankah kerana mahu memberitahu orang Melayu bahawa ketuanan serta hak istimewa mereka akan hilang jika mengangkat manusia bernama Anwar Ibrahim menjadi pemimpin lantaran beliau bersekongkol dengan DAP yang kononnya mahu mensaksamakan hak-hak rakyat jelata negara ini berasaskan Malaysian Malaysia?
Alangkah lebih baik jika Ahmad menjelaskan begitu dari berputar-belit ke hulu ke hilir menyalahkan wartawan kononnya menyalahtafsirkan kenyataannya.
Isu besar yang diprojekkan ke benak pemikiran orang Melayu pasca-pilihanraya umum ke-12 ialah Melayu kehilangan kuasa politik, sekurang-kurangnya di tiga negeri, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.
Kehilangan kuasa Melayu, ditakrifkan Umno sebagai keadaan di mana Umno tidak lagi memegang jawatan dalam kerajaan.
PAS dan Melayu KeADILan tidak sempurna Melayunya. Umno sahaja barangkali yang lebih Melayu dari orang Melayu. Isu yang dibawa Umno selepas mereka hilang kuasa ialah isu berasaskan asobiyyah kaum.
Sejak Umno hilang kuasa di lima negeri, isu-isu yang mereka ketengahkan sentiasa berbaur perkauman. Isu kandang khinzir, pemberian tanah kepada masyarakat bukan Melayu, pelajar bukan Melayu di UiTM, pemberian projek tidak berasaskan kronisme DEB adalah antara yang dimainkan Umno.
Persoalan besarnya ialah mengapa isu 'memperjuangkan' Melayu hanya bergegar selepas Umnohilang kuasa. Separuh abad Umno berkuasa di Pulau Pinang, masih terdapat orang Melayu yang merempat di pinggir bandaraya.
Ahmad Ismail pun tentu menyaksikan sendiri satu demi satu tanah milik Melayu Pulau Pinang tergadai kepada orang lain. Tanah orang Melayu yang menguasai Balik Pulau 30 tahun dulu, sekarang apa dah jadi?
Isu Melayu Pulau Pinang sudah jelak untuk diperkatakan. Semakin diulas semakin menyakitkan hati.
Sepanjang separuh abad Umno-BN berkuasa di negeri itu, tidak ada satu hari di mana ekuiti orang Melayu bertambah dari sebelumnya (berbanding bukan Melayu) melainkan terus berkurang dan berkurang.
Umno ternyata gagal membangunkan Melayu sewaktu berkuasa. Mengapa sekarang, waktu hilang kuasa, baru terhegeh-hegeh nak perjuang hak Melayu yang terhakis?
Semua tahu Pulau Pinang adalah negeri yang didominasi Gerakan. Penasihat Gerakan Tun Dr Lim Kheng Yaik sewaktu bersama Umno pun menyampah dengan gelagat parti itu. "Kami menghadapi Umno yang paling bongkak sekali ekoran keputusan pilihanraya 2004.
Penyalahgunaan kuasa, rasuah, tender secara perundingan yang kebanyakannya diperolehi syarikat yang ada kaitannya dengan Umno," kata Lim Kheng Yaik dalam temubualnya dengan The Edge.
Paling menarik ialah pembongkaran beliau mengenai budaya politik wang Umno yang turut memberi kesan kepada parti komponen BN yang lain. "Semuanya wang, wang, wang dan wang," ujar Kheng Yaik.
Amat memalukan apabila rakan bukan Melayu Umno yang mendedahkan perangai buruk mereka yang meletakkan duit sebagai mauduk perjuangan.
Jelaslah, dakwaan bahawa kuasa Melayu hilang ekoran kekalahan Umno adalah khurafat kedua yang mesti diperangi. Khurafat itu pula mereka peralatkan untuk menagih kuasa.
Teruk benar Umno, bukan setakat 'sumpah' mereka peralatkan, 'khurafat' pun mahu diperalatkan.
Salam Aflah!
ReplyDeleteBenarkah UMNO betul-betul mempertahankan MELAYU? Ada sedikit keliru kerana SYED HAMID (Keturunan ARAB), HISHAMUDIN(TURKI), AHMAD ISMAIL(INDIA),TUN DR.MAHATHIR(KERALA,INDIA)...tak habis-habis assobiyyah..
thx!
Salam.
ReplyDeleteMinat yang merbahaya pun kalau bertempat tak mengapa. Isu2 yang di'persembah'kan sesetengah blogger tu MELAMPAU!.. sendiri cari penyakit.
Cara kita.. orang timur, tak kira lah melayu, cina.. islam, atau tidak biar bersopan. Sensitif pada perasaan orang lain. Bak kata Alyarham Usman Awang:
Melayu itu kaya falsafahnya,
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya, Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya, Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal,
Tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali, Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan.
Fikir2kanlah.
Wassalam.
http://raktamrittika.wordpress.com/
Kalau le Anwar tu ancaman kepada ekonomi, makanya Pak Dol ngan kabinetnya memang "komunis" ekonomi le. :?: Cth harga minyak semasa:
ReplyDelete1 barrel (tong) = 159 liter
1 USD = RM 3.45 (semasa)
Harga minyak dulu = USD145 x 3.3 (masa naik) / 159 liter = RM3 – (Subsidi) RM0.30 = RM2.70
Harga Minyak Semasa = USD92.7 per tong
Nak senang kira = USD93 x 3.45 (Rate semasa) / 159 liter = RM2 – RM0.30 (Subsidi) = RM1.70
Kita bayar = RM2.55/liter
Harga tanpa subsidi = RM2.00/liter
Kerajaan penaya :angry: kita = RM0.55 per liter.
Sekarang cakap siapa yang MENGANCAM ekonomi RAKYAT pulak? :!: :!:
http://raktamrittika.wordpress.com/
wa caya sama lu : raktamrittika !
ReplyDeletesalam,
ReplyDeletePenulis juga perlu ada tangungjawab, menulis bagi menyatakan kebenaran adalah baik tapi jangan kita menjadi penulis yang suka mengapi-api sesuatu serta yang boleh memudaratkan semua pihak. Mencari kebenaran adalah satu tangungjawab, mencari kebaikan juga adalah satu tangungjawab.
Che Guevara dan rezim Fidel Castro.
ReplyDeleteChe Guevara’s hunter says he looked more like a beggar than a legend.
PEMBUNUHAN DILAKUKAN ATAS ARAHAN ORANG CIA.
DIA ADALAH PERJUANG SEBENAR KETIKA ITU.
SIAPAKAH ANWAR KETIKA INI?
INILAH MASANYA.
UNTUK BERJIHAD.
YANG SANGGUP LAKUKAN.
BEZA ANTARA HJ.HADI DGN ANWAR.
KEDUANYA ADALAH HEBAT.
SAMBUNG.......
ReplyDeleteSALAHKAN ANWAR PENYEBAB EKONOMI JATUH
SALAHKAN ANWAR KERANA POLITIK KUCAI KACIR.
SIAPA BUAT MINYAK NAIK
SALAHKAN DUNIA.
EKO JATUH SALAHKAN AMERIKA.
KALAU HARGA AYAM NAIK DALAM BULAN RAMADAN SALAHKAN PENJUAL.
ISA TIDAK SALAH.KENANA ISA BERPIHAK KPD PEMERINTAH.AHMAD PUN TIDAK BERSALAH KERANA BERPIHAK KEPADA UM=NO
Semoga Allah sentiasa mengurniakan Taufik dan HidayahNya kepada para hambaNya yang berada di landasan kebenaran.
ReplyDeleteMaksud Hadis Nabi s.aw.,
"Katakanlah perkara yang benar, sekali pun pahit".
Tugas hamba Allah di atas muka bumi ini tidak lain tidak bukan adalah sebagai Khalifah yang diamanahkan untuk memakmurkan bumi Allah ini dengan menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
Pesan Nabi s.a.w lagi dalam sebuah hadis yang bermaksud,
"Sampaikanlah daripadaku, walau sepotong ayat".
Wallahu a'lam. Wassalam.
Teringat cerita P. Ramlee dalam musang berjanggut,; "Itu undang Undang saya yang bikin..... Boleh padeemmm..."...nizam96
ReplyDeleteyang benar tetap benar....
ReplyDeleteSalam...
ReplyDeleteSebenarnye malas nak komen pasal kes ni...
Tapi, Aflah tak update lagi, bz lah kut...
Bagi saya, Sheih kena jawab lah dgn polis dan penyiasat, dan kalau perlu, buat persediaan untuk trial...
Lagipun, Sheih ditangkap di bwh akta hasutan, bukan ISA...
Sheih kena ada jawapan yang baik untuk mengesampingkan pendakwaan tu, jika tidak, Sheih kena terima hukuman...
p/s : Regards!
Hello,
ReplyDeleteMiss What, you tak takut ke? nanti you pula disasarkan kerajaan- dia orang ini sanggup pakai ISA atas sebab yang tipis sekali.