32 AHLI PARLIMEN MELOMPAT ESOK?
Abdullah Badawi
,
Anwar Ibrahim
,
Barisan Nasional
,
Kelana Jaya
,
Mstar
,
Najib Razak
,
Pakatan Rakyat
Malaysiakini melaporkan lebih 25 ribu penyokong Anwar berkumpul di Stadium Kelana Jaya malam ini bagi mendengar pengumuman besar Anwar Ibrahim. Masing-masing begitu teruja untuk mengetahui kedudukan sebenar pelan 16 September.
Namun, Anwar belum lagi membuat sebarang pengumuman yang ‘mengejutkan’. Beliau hanya menerangkan mengenai kebimbangan dirinya dan ahli-ahli parlimen yang dikatakan akan melompat itu akan dikenakan tindakan ISA. Isu kuota sudah timbul lagi kerana bilangannya sudah cukup untuk menumbangkan Barisan Nasional.
Bagaimanapun, Tian Chua yang dihubungi oleh MSTAR telah mengesahkan,
“Esok Datuk Seri Anwar akan membuat pengumuman secara rasmi melalui satu sidang akhbar khas, Anwar akan mengumumkan bahawa lebih 32 Ahli Parlimen BN telah mempersetujui untuk masuk Pakatan Rakyat.”
"Kita semua sedang membuat persediaan akhir hari ini. Semua jentera sedang bergerak untuk pastikan semua berjalan lancar,"
Sementara itu, Pak Lah yang bertemu dan berbincang dengan Najib tengahari tadi berkata,
“Pelan 2010 kekal sebagaimana yang dipersetujui mereka sebelum ini.”
"Kita bincang macam-macam perkara yang berlaku pada waktu ini. Kita cakap apa yang sedang berlaku termasuk itulah (peralihan kuasa) yang sekarang ini heboh mengenainya,"
NUR AFLAH : Ada yang kata jadi. Ada yang kata tidak. Mana satu nak percaya ni? Apapun, kita harapkan pengumuman rasmi yang akan dibuat esok bakal menjawab segala isu yang berkaitan pelan 16 September.
BERITA TERKINI.
ReplyDeleteMEMANG BETUL.
KITA HENDAK POSTING DEKAT MANA.
HENDAK MAKAN-MAKAN PUN BOLEH.
BILA LAGI HENDAK RAI.
GATHERING.