SIAPA ARAH IMAM RAMLANG?


Ramlang Porigi menjelaskan bahawa beliau bukanlah ‘saksi’ untuk sumpah laknat yang dibuat oleh Saiful Bukhari Azlan.

Secara kebetulan, hari itu adalah hari beliau bertugas sebagai jurunikah di masjid itu.

Kemudiannya, beliau telah diarahkan oleh (tak diberitahu siapa) untuk bersama-sama dalam majlis tersebut.

"Apabila kebetulan Saiful tersalah sebut lafaz sumpahnya, oleh kerana saya berada di situ, jadi saya tegurlah," katanya.

Secara kebetulan juga, beliau adalah pengundi berdaftar bagi Parlimen Permatang Pauh.

Berapa banyak kebetulan dah…

Ustaz Ramlang Porigi memang seorang imam di Masjid Wilayah Persekutuan dan jawatan rasminya ialah sebagai Pembantu Hal Ehwal Islam di bawah gred S17.

Rasanya tidak wajar dan tidak adil kita mendakwa Ustaz Ramlang Porigi sebagai salah seorang ‘balaci’ spekulator.

Bagaimanapun, kita harap Ustaz Ramlang Porigi dapat mendedahkan siapakah yang telah mengarahkannya hadir ke majlis itu untuk mengelakkan dirinya daripada terus difitnah agar martabat imam di negara ini tidak akan diperlecehkan oleh masyarakat.

Sumber : Malaysiakini
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments:

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.