ANWAR MENANG, TUGAS BERAT MENANTINYA!

Berita tidak rasmi menyebut "Anwar memenangi pilihanraya kecil Permatang Pauh".

Tentunya pada waktu ini, penyokong Anwar di seluruh negara sedang meraikan kemenangan tersebut. Seperti dijangka, Anwar akan menang mudah dalam pilihanraya kali ini. Cuma majoriti yang diperolehinya masih belum dapat disahkan buat masa ini.

Sekalung tahniah buat semua penyokong Anwar Ibrahim (PR) kerana telah bermati-bermatian memenangkan Anwar Ibrahim.

Kepada penyokong Arif Shah (BN), inilah masa yang sesuai untuk bermuhasabah dan berfikir panjang mengenai masa depan BN di negara ini. Tentu 'ada yang tak kena' bila rakyat masih lagi menolak BN.

Bagaimanapun, siapa yang menang hari ini belum tentu lagi akan menang pada masa hadapan dan siapa yang kalah hari ini belum tentu lagi akan kalah pada masa hadapan.

Rakyat Permatang Pauh sudah membuat pilihan muktamad. Mereka tentunya ada sebab untuk memenangkan Anwar Ibrahim. Sudah tentu janji yang ditabur sepanjang kempen akan dituntut oleh rakyat.

Tugas pengundi Permatang Pauh sudah selesai. Namun, tugas setiap rakyat Malaysia masih banyak lagi yang perlu diselesaikan.

Apapun, tugas berat menanti Anwar Ibrahim. Baru 1 daripada 3Pnya berjaya direalisasikan. Bagi yang masih tidak tahu makna 3P, maksudnya ialah Permatang Pauh, Putrajaya dan Petrol!

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

10 comments:

  1. Salam...

    Yup! Tugas berat menanti beliau! Moga ALLAH tunjukkan jalan untuk memenuhi perancangan dan janji2 beliau...

    Yang pastinya! Kami! Sekalian rakyat akan menuntut dan kalau DSAI tidak berbuat baik seperti yang didakwa oleh beliau...INGAT! kami jgk yang akan menjatuhkan beliau...!!!

    Anyway, jutaan tahniah buat DSAI!!! Kami menyambut baik kepulangan anda ke Parlimen Malaysia... Berbaktilah pada rakyat...anda akan dikenang hatta ratusan tahun yg akan datang pun...

    p/s : Aflah...banyak post coz keadaan tgh panas...hehehe! somethings BIG is going on... ;)

    ReplyDelete
  2. Salam..

    Yang kalah...renung-renungkan...
    yang menang...sedia bahu untuk menggalas..

    Kalau DSAI membuktikannya...bolehlah berkongsi kewibawaannya dengan seluruh rakyat Malaysia

    ReplyDelete
  3. Salam semua. Korang yang memberi posting termasuk sekali author article ini macam tak de otak la bila memberi komen.

    Semua korang nak bebankan pada DSAI. Dah la dia kena hina, kena penjara, kena pukul dan macam2 lagi fitnah dah beliau lalui korang masih mengangap sinis dgn kemenangan DSAI. Dia kena tunai janji la, dia kena pikul tugas berat la dan macam2 lagi keje yg DSAI kena buat hanya untuk memuaskan hati korang yang dia ni betul macam manusia maksum yang perfect. Apa jenis manusia korang ni??

    Cuba wise sikit dan grow up macam orang dewasa. Kita patut beri sokongan sepenuhnya dgn sama2 berganding bahu dan tenaga rally dgn DSAI kerana kemenangan dia adalah utk kita semua. Dia bangung balik dengan dugaan Allah yg tak terhingga dan berjaya membuat footing utk menegakkan keadilan bagi semua rakyat negara ini.

    Kemampuan yg korang ada sekarang melalui tulisan dan gunakanlah kebijaksanaan korang menulis memberi sokongan dan menyeru pembaca kearah perubahan yg sedang dan akan terus berlaku dgn bangkitnya DSAI.

    Bersatu teguh bercerai roboh, DSAI macam mana hebat sekali pun tak akan dapat memikul tanggung jawab berat ini seorang. Dia perlukan pengorbanan kita pulak sekarang.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,

    1. Perkara biasa ketika bertanding, ada yang menang, ada yang kalah. Kemenangan DSAI telah diduga.

    2. Tapi yang kurang enaknya, kalau menang, bergemalah sorak, kalau kalah : SPR tak telus, tidak bersih. Diharap selepas kemenangan DSAI ini tiada lagi tuduhan-tuduhan yang tidak berasas dilemparkan kepada SPR.

    ReplyDelete
  5. JGN EKSTRIM PADA PEMIMPIN....JGN MENG IDOLA KEPADA PEMINPIN....JGN TAKSUB KEPADA PEMINPIN.... YANG KITA KHUATIRi

    1. jatuh syirik khafi .....syirik halus..... ...banyak berlaku dalam masyarakat kita terutama berkaitan peminpin dan kepimpinan dalam organisasi...mereka mengganggap perkataan pemimpin mereka adalah "firman " melekat dalam fikiran dan tersimpan di hati


    kalau peminpin mereka berkata:.. organisasi ini tak telus...mereka bulat bulat kata "ya tak telus."

    tak adil, ya juga....
    tetapi apabila mereka berkuasa ....menang....suara suara sumbang ini tersengih sengih lebar...

    NAK BUAT MCM MANA...BUDAYA TAKSUB PEMINPIN ....cuma belum sampai tahap menyembah seperti menyembah patung { syirik jihar}

    BILA ORANG KATA TAKSUB....eh kita nafikan..

    kalau kita mengerti... budaya kempen pilihanraya lebih beradab dan berakhlak tidak lah seperti apa yang berlaku..
    dan segala yang bermusim tak berlaku

    TIADA PEMBERIAN BERMUSIM...SENYUM BERMUSIM...MESRA BERMUSIM ...SALAM BERMUSIM.... SEGALA GALA NYA BERMUSIM,

    ABIS MUSIM ....SEGALA GALA NYA BALIK ASAL.....

    yang semalam tak eluk.... hari ini cantik belaka..

    itulah budaya hipokrit kita dan biasanya tak lama....

    ALLAH menangkan kerana ada sesuatu yang nak di uji kepada semua...

    so jgn riak...hanya ALLAH SAJA BERHAK UNTUK RIAK. ALAM INI DAN ISI NYA MUTLAK HAK NYA SAHAJA....ALLAH DONT NEED CRONIES.

    kesian juga tengok muka muka yang kalah...tapi tak pa muhasabah lah diri...

    yang menang jgn riak keterlaluan...ingat tempat tu stesen persinggahan..jer

    salam

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum,

    1. Tepat sekali apa yg dikatakan oleh Anon yang menyebut jangan terlalu taksub kepada pemimpin.

    2. Kini kita menanti 16hb September 2008 :-

    (a) Adakah DSAI setelah memenangi kerusi Permatang Pauh akan memberikan "tanda-tanda" bagi kabinet bayangannya ?

    (b) Adakah PAS bersedia untuk menerima DSAI sebagai Perdana Menteri ?

    (c) Apa pula "tuntutan" DAP ?

    (d) bagaimana pula DSAI akan memainkan peranannya sebagai "orang tengah" di antara DAP dan PAS seperti yang diharapkan oleh Karpal Singh ?

    3. Yang nyata, adalah mustahil bagi DSAI untuk berada pada kedudukkannya sekarang tanpa bantuan dan sokongan komponen-komponen Pakatan.

    ReplyDelete
  7. isu isu taktikal dari en crower.

    anyway thnx mengiyakan point anon tu.

    melihat cara anwar bergerak lebih kepada ofensif ....dan lawan nya adalah defensif atau kadang kadang jadi sitting duck.

    beliau pandai bermain isu sementara isu lain menunggu...untuk beliau buat kejutan.

    beliau ada stamina dan personal charming yang ada itu lah senjata beliau..

    berdasar pengamatan saya

    1. anwar believe in networking n relationship build up. yang nih aku taknak kupas lah , hampa faham sendiri

    2. dia tau mengguna kaedah COI
    untuk mendapat back up dan mengerakkan jentera peperangan terutama golongan muda usia 35 tahun ke bawah...ini yang opponent nya kalah dan tak tap potensi...kecuali puteri UMNO saya bagi kredit pd dato azalina...beliau gembeling tenaga wanita muda ( kalau beliau di pkr saya rasa impak lebih besar lagi..cuma PAS agak lewat dalam hal ni...ada NISA tapi ramai tak mengenali agak pasif...cabaran kpd anda ahli NISA }

    3. imej dan personaliti ...ini lah kekuatan dan role model yg menjadi selling point yang mengikat audience beliau ...pengikut dan pengundi ....even pengundi atas pagar boleh turun pagar atau yang tidor lena pun terbangun... he he he..... tang tu aku kadang kadang nak cari loophole dia ni payah... opponent dia kena pergi personal groominglah tapi jgn pergi ke bapak andam atau pergi cari tok bomoh. apperance dia sentiasa ceria..dan santai muda....( young n casual look ) jadi golongan muda tertarik penampilan begini...bukan imej bangsawan dan terlalu elit yg menyebabkn golongan muda nk dkat rasa menyampah. opponent beliau kena faham citarasa pengundi sekarang.

    4. kepetahan berkata2..content..target audience...body gesture, mimics yang nih strenght dia.. opponent dia takder..
    setakat ni tun mahathir mohamed....TG NIK AZIZ.... MAYB YANG MUDA SKIT HUSAM MUSA....YANG NI SAYA FOLLOW .... kalau silap silap h bulan beliau future PAS leader yang di terima masyarakat...or future PM .

    public speaking ramai boleh .... tapi tak ramai yang bercakap memukau pendengar.....anwar has that....intonasi..sense of humour..content...dia tau bila nak konar baring..bila nak cruising dalam berbicara,,...tanpa di sedari audience dia boleh in plant dlm cpu mereka....dia duplicate style bercakap kpd org org nyer... dan dia boleh sesuaikan diri dgn target audiences....sebab itu apabila amerika teropong dari satelit ahhhhh ...ohh di malaysia ada seorang....nama nya anwar...boleh kita build mutual ( aku joking saja )relationship....TGNA PUN POSITIF ...bila tgna positif nak kata negatif about him pun payah.

    anwar boleh mengerak jentera tanpa di suruh....hasil ledakan minda kpd audience...dan mereka akan lakukan...


    5. far sighted and he knows how to capitalised the oppurtunity.
    selain beliau Tun MAHATHIR dan TGNA..
    jadi tuan puan kena faham why... both of them heat up.. dua dua adalah strategist and tactical...satu "anak sulong" yang dinamik dan sentiasa di cemburui abang abang yg dh makan garam dulu. .dan bapa pula far sighted yang tegas tapi jika kena gaya approached ...saya jangka ...peristiwa 1998 tak berlaku.. dan harus lanskap politik berbeza kini...
    jgn tuan tuan marahkan mahathir pulak ...dan aku bukan pendokong beliau...tapi his brain, beliau advanced ..... orang2 zaman beliau bnyak tak faham ..mereka short sighted and wrong interpretation of what long term development is all about. ..saya boleh bet rakyat 50 tahun lagi akan appreaciate apa yang dia telah buat . siapa yang terlibat dlm bussiness devlopment .corporate planning faham maksud saya.

    Anwar has that too....he is far sighted dia ada track record dan networking ....satu lagi daya juang nyer tinggi dari muda hingga dah jadi tok.. ( dia dah ada cucu ker) sori bro anwar...his team willing to sacrifice with him...and they have similar aspiration...cuma aku agak sedih ramai pioneer keadilan telah tiada cuma beberaper kerat dan kini ramai generasi baru ...aku teringat ketika GERAK di markas PAS 10 tahun dulu...apabila anwar d campak. PAS datang membantu...melaut jamp gombak...

    beliau tau peluang ada dan dia tau bila nak mengambil peluang...
    tapi akan datang yang paling aku khuatir mereka mereka yang mengambil peluang ke atasnya dan menjatuhkanya.....bukan persoalan jatuh di sini beliau sebagai individu tetapi sebagai satu organisasi.... pada 1998 {keadilan }majoriti pejuang anwar rata rata melayu yang sanggup ke mana saja untuk beliau...tetapi keadilan dulu lain kini ia nya parti ...majoriti melayu....dengan kepimpinan di atas mixture bukan malayu dan melayu...ini satu cabaran buat beliau...dan ini juga cabaran dalaman pkr... dan ini juga cabaran beliau....cuma bab ini saya tak berapa yakin apakah keadaan sekarang akan berterusan selepas pasca anwar...apakah idealism beliau akan diteruskan.
    cuma saya lihat beliau berani dlm pendekatan. tapi saya jangka kan beliau ada dah plan b selepas pasca anwar......work thru stages base on master plan...ini jangkaan saya agaknya...jadi peluang pada beliau bersifat berkembang...berterusan....dia akan sentiasa create isu.....to make audiences sentiasa nervous... satu kerja saraf...katakan 16 sept tak berlaku.... ini adalah taktikal saja.... he has nothing to loose...he knows the longer the better he will be a trouble maker in parliament .... his networking plays their role at grassroot level
    tapi opponent beliau losing bit by bit their grass root level....pengerak saraf kebanyak bekas bekas ahli UMNO juga ...dan generasi baru yang membesar dalam dunia chatting......ini yang merugikan umno...mereka tak tap generasi muda ini....sebalik nya mereka lebih bangga melabal generasi muda dengan nama " mat rempit"...wrong branding approach


    7. media..branding advertising campaign approach.... beliau dan team saraf beliau bijak dengan teks slogan yang creative dan catchy... copy writing,points of sales ..dan art direction, pendekatan mereka "ceria muda dan commercial ....why this approach...coz anwar mahukan pendekatan mesra sambil mencengkam musuh....blitzkriege...serangan saraf dan mengejut...beliau kreatif...........pendekatan mesra beliau ... melentok DAP, isu malaysian malaysia yang mereka perjuangkan..pun tidak lah di war war kan sangat ..dan mereka menerima idealism bersama ia iatu PERJUANGAN RAKYAT... tapi saya yakin dap terutama sdr guan eng bersetuju....begitu juga dengan PAS... anwar menghormati TGNA dan TGNA membela Anwar ibarat "anaknya"... TGNA seorang FARSIGHTED LEADER.... dia melihat anwar adalah aset dlm gerakan islam ... sebagai peminpin spiritual TGNA melihat isu siapa pm bukan perkara utama ....kerana bagi nya material position is not an issue, ttapi matlmat nya islam sebagai teras negara. tuan puan boleh agak sendiri. dan dalam percaturan politik PAS adalah harakah islamiah yang lama...struktur organisasi nya mantap....sebuah kapal yang sentiasa belayar ...kapal penyelamat dan mengambil penumpang di setiap pelabuhan... dan PAS tidak di miliki sesiapa ...tetapi sentiasa ada penumpang..telahan saya ...apa bila masa tiba NYA PAS akan berlabuh di PUTRAJAYA ....MAY BE... mungkin ..... SELEPAS PASCA ANWAR.... siapa nakhoda tak penting...mungkin player player sekarang tiada.....tapi apa yang penting ia nya akan jadi sejarah penuh kenangan


    conclusion.. boleh ker anwar meminpin dan mentadbir sebagai PM......3 RUMAH YANG BERBEZA...jwapan saya 3 rumah lebih ceria ...bila saling ada hormat menghormati takder siapa pijak siapa...tetapi penghuni nya lebih mudah bergerak...dan berteduh....insyaallah boleh.

    kepada semua pendokong pakatan....sederhana lah dlm tindakan dan perkataan... jgn sombong diri...bila anda masuk pintu depan jgn keluar ikut pintu belakang...

    jika 10 tahun lalu pakai baju pagoda harga rm 20 ....pakailah baju pagoda juga.....harga mahal di sebabkan inflasi takpa.....

    kalau dulu drive kancil ...jgn lah pulak akan datang pakai jaguar...jika dulu pejuang rakyat...jgn akn datang pejuang adik beradik.

    salam semua n thousand apology.
    g. nite

    ReplyDelete
  8. ahhhh lupa .......... one ................thing.....dari segi kebijaksaan... aku suka melabel anwar nih kategori street smart....orang streetsmart nih akai kancil..... santai dan pengalaman lebih banyak dari teori but he is booksmart inside.

    dari segi karektor aku rasa anwar nih dominant type {task oriented} juga influential [people oriented}

    sebab tu dia ceria dan objektif dlm matlamat.....ciri ini ada bagi kebanyakan individu dlm bidang sales and marketing....dan ia bersikap extrovert...

    so bro anwar.... if my assesment wrong i m sorry...

    apa pun pendekatan tuan mengkagumkan.



    salam

    ReplyDelete
  9. NAMAMU DATO'ANWAR TETEP DIKENANG KAULAH PEWARIS BANGSA......SELAGI ADA HAYAT,,,KITA SAMA-SAMA BERJUANG...INI LAH TANAH TEMPAT TUMPAH DARAH KITA.DEMI PERJUANGAN KITA KEPADA BANGSA DAN AGAMA....
    RELAKU MATI BERSAMA DENGAN CITA-CITA .JANGAN DITUNGGU TAHUN 2020KAPSUL MASA SUDAH BERUBAH, KINI TUNGGUL SAHAJA MENANTI REBAH.JANGAN
    DIDAKI BANGGUNAN TINGGI MELANGIT.KITA SAMA-SAMA MENCORAK LANGKAH..MENUJU KE DESTINASI,,PERJUANGAN SEBENAR....
    JANGAN TEGAKKAN POLITIK TEGAKKAN AGAMA.
    LOGAM MAYA TIDAK AKAN BERUBAH SIFATNYA,DUNIA TETAP DUNIA-DUNIA....SEISINYA ,TETAP SEPERTI ULAS DURIAN DI LUARNYA BERDURI.BERJAGA-JAGA KIRANYA ADA RACUN DICELAHNYA...JAGALAH HATI BUDIBICARA .WADAHMU TELAH BERJAYA...PERJUANGAN MU PUN SUDAH BERJAYA...JELAS KELIHATAN SEPERTI EMBUN..KITA CUMA MENANTI SINARAN NYA SAHAJA,PERNAHKAH KITA MELIHAT BILA EMBUN PAGI DISINARI MATAHARI?
    CUBA LIHAT...CANTIK NYA..........
    SEPERTI SINARAN SYURGA FIRDAUSI.

    ReplyDelete
  10. aku rasa dalam laman web nih. ada penulis nyer spy spy leman... cara tulisan nya tak natural .... boleh agak...takpa lar... semua penulis ada spy masing masing.. ALLAH DAH SEDIAKAN.. RAQIB DAN ATIB...

    kalau di tunjuk rupa sebenarnya....mau terkencing kencing dan tercirit spy spy ni...bukan spy leman jer tercirit terkencing...semua sekali yang baca dan menulis...hi hi hi

    so penulis semua bertertib dan beradab ler ya menulis...tulis ikut tanggung jawab.

    salam semua

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.