UMNO GAGAL PUJUK PAS? Malaysiakini


Sejak berita pertemuan UMNO–PAS didedahkan oleh kedua-dua orang presidennya, saya mula tercari-cari butiran pertemuan tersebut. Akhirnya saya berjaya mengesan beberapa butiran pertemuan tersebut di beberapa buah laman web dan blog.

Tentu ada yang bertanya, kenapa saya berminat untuk mengetahui butiran pertemuan tersebut? Secara peribadi, saya rasa agak gembira bila kedua-dua parti yang bersengketa sejak sekian lama itu bersedia untuk bertemu dan bermuzakarah.

Malah sebelum ini pun, Tuan Guru Nik Aziz sendiri mengalu-alukan sebarang usaha untuk bermuzakarah asalkan isi pertemuan tersebut bertujuan untuk memertabatkan Islam dan bukannya bertujuan untuk menyatukan kedua-dua buah parti itu.


PETIKAN VIDEO MALAYSIAKINI

Jika diteliti pada pandangan Tuan Guru itu, ternyata beliau mahukan orang Melayu dan Islam di negara ini bersatu di bawah dasar Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Ertinya, orang UMNO harus bersedia meninggalkan parti mereka dan menyertai perjuangan PAS. Beliau mahu melihat PAS menjadi parti yang mengelapai kerajaan di negara ini.

Mengikut lojik, pandangan dari Tuan Guru itu tentunya tidak akan dipersetujui oleh UMNO. Pemimpin dan ahli UMNO takkan mahu meleburkan parti mereka kerana UMNO masih lagi berjaya membentuk kerajaan pusat biarpun tidak memperolehi majoriti 2/3. Sudah tentu UMNO mahu mengekalkan kuasa yang berada di tangan mereka sekarang.

Menyedari hakikat itu, awal-awal lagi Tuan Guru Nik Aziz telah memberi peringatan kepada pemimpin dan juga ahli PAS. Beliau tidak mahu PAS disengat 2 kali dalam lubang yang sama. Oleh sebab itu, beliau mahu rundingan itu diadakan antara individu PAS dengan individu UMNO.

Setelah pertemuan itu diadakan, ahli PAS dan UMNO tentunya ingin mengetahui butiran pertemuan tersebut. Mengikut kata Dr. Khir Toyo melalui blognya, beliau adalah individu yang memulakan inisiatif pertemuan UMNO dan PAS sejurus selepas keputusan PRU 12 diumumkan. Beliau menulis :

“Saya telah mencadangkan agar diadakan satu kerjasama antara Pas dan Barisan Nasional di Selangor. Saya juga telah membawa pemimpin tertinggi Pas bermuzakarah dengan YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Saya juga mencadangkan agar Pas diberi jawatan Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar serta 4 EXCO. Malahan saya menolak sebarang jawatan bagi mengelakkan dianggap menguasai EXCO yang bakal dibentuk.”

Manakala laporan KLPOS pula menyebut, YB Khalid Samad yang mewakili PAS Selangor dalam pertemuan tersebut dipetik sebagai berkata :

“Khir Toyo bukan main tawadhuk dalam perbincangan itu. Kepada saya saja tiga kali dia tolong tuangkan air,”
Ketika ditanya, apa punca jemputan itu dibuat oleh UMNO, Khalid berkata, ia bermula dengan kerisauan UMNO selepas DAP banyak menang di Selangor dan nasib orang Melayu selepas itu. Namun, bagi Khalid, keikhlasan Abdullah untuk membincangkan kepentingan Melayu dan Islam hancur selepas beliau mengumumkan tentang pertemuan ini.


Berdasarkan kepada kenyataan kedua-dua pemimpin tersebut, maka isi pertemuan pertama antara UMNO dan PAS itu adalah bertujuan untuk mewujudkan perkongsian kuasa antara PAS dan UMNO di Selangor. Pendek kata, pertemuan pertama yang berlaku di rumah kerajaan berhampiran bangunan Parlimen itu adalah atas jemputan UMNO Selangor. PAS hanya menunaikan jemputan tersebut berdasarkan kepada kenyataan YB Khalid Samad :

“Misi kami adalah fact finding (mendengar) dan engagement (berbincang) dan tidak ada langsung usaha untuk bekerjasama dengan Umno,”

Akhirnya, hajat UMNO Selangor untuk berkongsi kuasa dengan PAS dalam pertemuan pertama itu tidak kesampaian apabila Presiden PAS sendiri telah menulis surat dan mencadangkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Semalam, beberapa orang rakan saya yang berbangsa Cina agak bimbang dengan pertemuan tersebut. Sekiranya PAS sanggup berkongsi kuasa dengan UMNO, ertinya PAS telah mengkhiati kepercayaan yang diberikan oleh orang bukan Islam kepada mereka sewaktu PRU ke 12 dahulu.

Salah seorang dari rakan saya berkata :

“PAS menang banyak kerusi dulu sebab bukan Islam sanggup undi PAS. Kita sudah percaya PAS tak macam UMNO. Kita mahu orang macam Nik Aziz perintah ini negara. Ikut apa agama mahu, bukan apa bangsa mahu …”

Apapun, kita tunggu dan lihat butiran pertemuan kedua dan ketiga. Masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan tentang pertemuan ini. Saya ingin memetik kata-kata YB Khalid Samad yang berbunyi :

“Benar kita (PAS) menang 83 Dun, DAP 73 dan PKR 40 kerusi lebih. Tetapi dalam masa yang sama kita dapat tiga MB, PKR ada satu dan DAP pun dapat satu sahaja. Takkan PAS nak lebih dari itu. Tak kan nak jadi MB di Selangor juga….itu tamak namanya,”

BERITA LAIN : TOK GURU SETUJU UMNO LENYAP - PENARIK BECA
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

10 comments:

  1. Assalamualaikum,

    1. Saya juga ternanti berita-berita yang baik yang mungkin lahir daripada muzakarah ini. Walaupun begitu, saya tidak menaruh harapan yang tinggi.

    2. Secara logiknya, PAS harus memikirkan tentang para penyokong "hardcore" mereka yang telah bertahun-tahun disemaikan dengan semangat anti UMNO. Untuk secara tiba-tiba mengumumkan sebarang bentuk kerjasama dengan UMNO, apatah lagi untuk bergabung kembali boleh diibaratkan sebagai satu pembelotan oleh kepimpinan PAS terhadap para penyokong mereka.

    3. UMNO pula kini dilihat sebagai sebuah parti opportunist yang pada suatu ketika, menjual mahal terhadap idea penggabungan/kerjasama dengan PAS. Hanya ketika waktu tertekan seperti ini wujudnya idea untuk bermuzakarah.

    4. PAS juga harus menimbang pelbagai faktor. Pernah dikecewakan oleh UMNO diwaktu lampau, PAS semestinya tidak mahu peristiwa itu berulang kembali. PAS juga harus meneliti dengan sedalam-dalamnya berkenaan dengan kesan kehilangan kepercayaan rakan-rakan mereka di dalam Pakatan Rakyat. Sudah tentu pada peringkat desas desus muzakarah ini telah wujud suatu senario perasaan tidak puas hati atau sangsi oleh partiparti komponen Pakatan Rakyat terhadap PAS. Wajar bagi PAS untuk mengumumkan intipati perbincangan mereka dengan UMNO kepada rakan-rakan Pakatan mereka untuk meyakinkan mereka.

    5. Samada gagal atau berjaya, sudah pastinya ia merupakan suatu pertaruhan yang besar bukan sahaja kepada PAS, bahkan kepada UMNO juga. Akan tetapi, penggabungan ini sekiranya menjadi kenyataan, sekiranya kesemua pemimpin di kedua dua parti benar-benar jujur dan ikhlas, jika mereka sanggup bekerjasama dan mengenepikan segala bentuk perbezaan demi agama dan bangsa, saya yakin ia akan membawa manfaat yang tidak terkira nilainya kepada memperkukuhkan agama Islam dan memastikan kesinambungan hak-hak & keistimewaan kaum Bumiputra di negara ini.

    ReplyDelete
  2. Salam...

    PREMIS 1
    Untuk bergabung dengan PAS, UMNO kena singkirkan setiap pemimpin yang menerajui parti itu sekarang, dan ganti dengan kepimpinan baru. Ini kerana, PAS sejak dari dulu telah tidak bersetuju dengan mereka dan takkan tiba-tiba boleh setuju kan? (kalau tetiba boleh setuju, musykil...musykil)

    PREMIS 2
    Kalau perkara di atas terlaksana, memang tidak mustahil untuk PAS-UMNO bergabung.

    PREMIS 3
    Namun yang demikian, tak mungkin dan adalah mustahil kepimpinan UMNO sekarang sanggup kehilangan kuasa dan melepaskan jawatan masing-masing.

    HIPOTESISNYA
    Gabungan PAS-UMNO = masih mustahil...

    kan? ;)

    ReplyDelete
  3. Salam
    Jelas, PAS adalah sebuah parti yang memperjuangan ISLAM dan kebenaran, maka biarkan saja PAS melaksanakanya, apa perlu campur tangan UMNO yang mementingkan dasar duniawi..??

    ReplyDelete
  4. Kalau utk perpaduan sama ada Islam,Melayu atau seluruh rakyat Malaysia,Umno bukan penentu,jadi apa guna bermuzakarah dgn mereka.Pas mempunyai hak utk bertemu dgn siapa saja rakyat Malaysia,tanpa Umno menjadi perantaraan,so why bother Umno,bermuzakarah lah dgn mana-mana gulungan jgn libatkan Umno,kerana Umno sentiasa mencari keuntungan utk dirinya sendiri jika ia ikut sama.

    Kalau Pas bermuzakarah dgn Umno,Pas akan jadi spt berniaga buluh kasap,dapat hujung pangkal lesap,berbaik dgn Umno terpaksa pula berpisah dgn PR.Mana untungnya

    ReplyDelete
  5. Jika niat yang baik tidak mengapa.
    Tapi saya ragu-ragu niat di pihak Abddullah..

    setelah penyelewangan dan kelemahan dia menjadi jelas baru hendak mengajak pas muzakarah...

    saya rasa niat dia tidak betul

    http://www.anakmalaysia81.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. kata-kata YB Khalid Samad yang berbunyi :

    “Benar kita (PAS) menang 83 Dun, DAP 73 dan PKR 40 kerusi lebih. Tetapi dalam masa yang sama kita dapat tiga MB, PKR ada satu dan DAP pun dapat satu sahaja. Takkan PAS nak lebih dari itu. Tak kan nak jadi MB di Selangor juga….itu tamak namanya,”

    not selfish..gua sokong.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum.....

    Saya juga amat berharap PAS yang akan memegang jawatan Menteri Besar Selangor tersebut begitu juga MB Perak.. demi perpaduan Melayu dan Islam..

    Kenapa harus memikirkan perasaan orang Cina dan India...sebab selama ini mereka tidak pernah tertindas pun di Malaysia.

    Tidak mengapa menolak UMNO. Saya setuju!!! kenapa harus bersama PKR dan DAP !!!

    PAS bukannya kehilangan kepercayaan dengan rakan-rakan mereka dalama Pakatan Rakyat. Saya rasa PKR yang tidak senang dengan perjuangan PAS demi Islam dan Melayu di tanahair..

    PAS juga sebuah parti yang kuat kenapa harus bergantung pada PKR dan DAP. Kemenangan PKR dan DAP hanyalah disebabkan rakyat sudah muak dengan PAKLAH..

    selamat berjuang PAS demi bangsa, agama dan tanah air.

    ReplyDelete
  8. Salam

    cuma baca dan bincang cadangan saya di sini untuk kemelut UMNO/PAS ini:
    http://syamil-revert.blogspot.com/

    ReplyDelete
  9. There is a BIG VERY BIG difference if Pakatan and DSAI comes to power vs the current BeeEnd power structure and you should highlight it in your blog.

    If DSAI ever comes to power, people should not worry, because DAP and PAS comes to power also as EQUAL partners. Lim Kit Siang and Tok Guru will not just let DSAI do as he wants.

    This will truly be a check and balance govt. Likewise , PAS cant do as they want without angering DAP and also DAP cant do as they want without angering PAS. Because if any of the 3 walks out of Pakatan, Pakatan Rakyat will fall as the Govt. So , all 3 parties work together!...No one single party can call the shots, ie PAS cant simply 'impose' the Islamic state concept without DAP agreeing............DAP cant simply take away the constituionally protected 'special rights' without PAS agreeing.....and finally DSAI cant do as and what he pleases without Lim Kit Siang and Hadi Awang in concurrence....becoz with Pakatan Rakyat, any of the 3 walking away, they will fall!...............that is REAL check and balance and a true coalition



    That is the difference vs DSAI 10 years ago when he was in BeeEnd.

    now compare above with the situation In BeeEnd,................ everybody knows Badawi and Najis can do as they want. UMNO rules BeeEnd as Superme King. All the rest, MCA, MIC, Gerakan etc etc etc are just running dogs and prostitutes for their masters in UMNO! That is why you have corruption galore!..u call whats happening now in BeeEnd a coalition of partners????


    That is the real difference between a Pakatan Rakyat Federal Govt and the current corrupt govt we have.

    ReplyDelete
  10. Siapa yang merampas royalty minyak dari kerajaan PAS di Tengganu dahulu?

    Siapa yang bertunkuslumus berkempen agar rakyat Tengganu menolak Kerajaan PAS pada 2004.

    Siapa yang mahu 'merawat' Kelantan, sebelum PRU12Kenapa,teruk sangat kah Kelantan di bawah PAS selama 18 tahun.

    Kerajaan PAS Kelantan Dan Tengganu itu siapa,bukan Melayu,bukan Islam?

    Sebelum PRU12 tidak pernah nampak a'in pun UMNO nak kan kerjasama PAS,mengapa sekarang,apa yang tak kena?

    Siapa yang saban waktu mengutuk PAS dan pemimpin nya di media-media cetak dan media letronik?

    Kemana perginya rasa keinsafan dan semangat Melayu dan Islam dikala kemenangan besar UMNO 2004.

    Idea siapakah KONGSI RAYA,DEPARAYA,Perayaan Malaysia,semuanya dibolehkan belaka.Kemana perginya semangat kesatuan Melayu dan Islam,dikala itu.

    Kemana perginya suara-suara sumbang yang mengkritik orang Melayu,pelajar-pelajar melayu.

    Siapa yang berura-ura mengeluarkan pas dari Selangor,sedikit masa dahulu.

    Siapakah yang megharamkan TGNA berkuliah di masji-masjid di selangor.

    Siapa pula yang kononnya beria-ia sangat nak bergabung dengan PAS.Bukan kah aneh dan pelik.Ada agenda di sebalek itu?.

    Orang-Orang PAS tidak sebodoh itu.

    TAKBIR!

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.