TULANG BESI DEDAH 'DALANG' PEMIMPIN PAS DI MALAYSIAKINI?

Entah benar atau palsu, saya sendiri pun tak tahu. Saya harap mana-mana rakan pembaca blog ini dapat memberikan komen untuk dikongsi bersama. Saya harap, janganlah komen yang diberi itu seperti mengutuk atau mengeji peribadi seseorang kerana itu tidak dibolehkan dalam Islam.

Saya harap tidak ada pihak yang akan buruk sangka tentang pendedahan ini. Persoalan yang ingin saya ketengahkan di sini ialah:

1) Adakah ‘tulang besi’ itu seseorang yang boleh dipercayai kerana saya tidak mengenali dirinya?

2) Adakah pendedahannya ini boleh diterima kerana saya pasti ramai yang akan membaca blognya itu?

3) Pada pendapat anda, wajarkah PAS dan UMNO bergabung?

Berikut adalah pendedahan yang dibuat oleh Tulang Besi dan saya harap komen yang diberi akan berkisar tentang 3 persoalan yang diajukan itu.

This is an exposition by one of my internal PAS sources. I feel readers will need to know the real picture of the going-ons in PAS. I feel the readers should know that such story of PAS joining with UMNO has it's merits but it is the effort of a small portion of PAS leaders who are already on their way out. And they need to cut this deal to resurrect their dying career.

This is a letter from my source name Ahli PAS Dalaman and i feel it should be shared with everyone.

Artikel ini mengandungi pendedahan kepada dalang-dalang yang sekarang ini berusaha bersungguh-sungguh untuk membawa PAS keluar dari Pakatan Rakyat dan masuk ke dalam BArisan Nasional.

Kemuncak dari usaha ini adalah perjumpaan antara Najib Tun Razak bersama Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasaruddin Mat Isa dan Cikgu Mustafa Ali di London. Najib Tun Razak telah menyatakan tawaran mereka kepada PAS.

Tawaran tersebut adalah:

a. Jawatan Menteri Besar kepada PAS di Selangor, Perak, Kedah dan Kelantan.
b. Jawatan exco kepada PAS di Terengganu, Pahang, Perlis dan Johor.
c. PAS akan mendapat kesemua kerusi yang dimenangi oleh PKR dan DAP untuk ditandingi dalam PRU ke 12 kelak.
d. PAS akan mendapat jawatan Timbalan Perdana Menteri ke 2
e. PAS akan diberikan 5 jawatan Menteri Kabinet penuh
f. Sejumlah jawatan Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen
g. Sejumlah jawatan Senator dan Ahli Majlis dalam GLC
h. Dan berbagai2 lagi tawaran yang dibuat.

Usaha untuk membawa PAS masuk Barisan Nasional adalah didalangi oleh dua jenis pimpinan dalam PAS:

a. Mereka yang sudah menghampiri zaman akhir hayat politik mereka dalam PAS
b. Mereka yang terlampau kepingin jawatan dalam PAS

Mereka yang sudah hamper jangkahayat politik mereka adalah:

1. Cikgu Mustafa Ali: Beliau adalah dalang no wahid dalam usaha ini. Oleh kerena jangkahayat politiknya sudah menghampiri noktah akhir, maka beliau perlu untuk melakukan sesuatu yang drastik

a. Beliau telah dijanjikan jawatan Senator seterusnya duduk semula dalam Kabinet sekiranya PAS bersetuju untuk masuk Barisan Nasional

b. Beliaulah yang menjadi “contact point” utama antara UMNO dan PAS dan beliau bertanggungjawab.

c. Malahan, Mustafa Ali adalah orang yang memulakan usaha berjumpa dengan UMNO bagi membincangkan kerjasama UMNO-PAS dan kemasukan PAS ke BN.

d. Segala temujanji dan perjumpaan termasuk perjumpaan di London adalah atas usaha Mustafa Ali

e. Beliau sekarang ini mengasak Presiden parti, Tuan Guru Haji Abdul Hadi bagi membolehkan Presiden parti menggerakkan PAS menyertai BN

f. Lihatlah betapa sukanya UMNO kepada Mustafa Ali sehingga UMNO sedia memberikan hak penerbitan Harakah dua kali seminggu hanya kerana Mustafa Ali dilihat sebagai “kawan” kepada UMNO

g. Hanya Mustafa Ali sahaja yang telah membawa Perhubungan Negeri pimpinan beliau berjumpa dengan Menteri Besar UMNO. Sedangkan Menteri Besar UMNO di Terengganu lebih zalim kepada PAS berbanding dengan DAP dan PKR. Jelas betapa rendahnya taraf Mustafa Ali sanggup menjual maruah beliau demi kepentingan politik pribadi beliau.


2. Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman: Beliau juga sudah menghampiri zaman gelap beliau dan memerlukan satu kejutan usaha yang begitu kuat bagi menyelamatkan karier politik beliau.

a. Beliau sudah tidak ada apa2 lagi dalam PAS Kelantan dan dalam kerajaan Kelantan

b. Jawatan Ahli Parlimen ini hanya sekadar jawatan terakhir sebelum beliau bersara secara terus dari politik

c. Ini adalah peluang beliau untuk membuat “comeback” dlm politik kerana ada jawatan tertentu yang dijanjikan kepada beliau

3. Ustaz Harun Taib: Semenjak kekalahan beliau di dalam merebut jawatan Timbalan Presiden, beliau sudah semakin dilupakan. Khabarnya, beliau dijanjikan jawatan exco sekiranya PAS masuk semula ke dalam BN. Oleh kerana itulah beliau adalah antara ang begitu kuat berusaha di dalam membawa PAS ke dalam Barisan Nasional.

a. Beliau berjaya mempengaruhi Dewan Ulama PAS Pusat bagi menyokong usaha kerjasama ini.

b. Beliau juga berjaya mempengaruhi Dewan Muslimat PAS Pusat melalui isteri beliau yang menjadi Ketua Dewan Muslimat Terengganu.

c. Jelas betapa rendahnya taraf Ustaz Harun Taib sanggup menjual maruah beliau demi kepentingan politik pribadi beliau.

Dan, antara mereka yang terlibat kerana kepingin jawatan adalah:

1. Dato Dr. Hasan Ali: Beliau sememangnya terlampau kepingin jawatan Menteri Besar Selangor.

a. Malahan semenjak malam pengisytiharan keputusan PRU ke 11 lagi, beliau sudahpun menghubungi Khir Toyo bagi tujuan untuk membina sebuah kerajaan campuran PAS-UMNO di peringkat Selangor.

b. Malangnya, usaha beliau gagal kerana Tuan Guru Presiden tidak bersetuju sama sekali

c. Selepas usaha pertama gagal, beliau secara berterusan meracuni pemikiran Presiden dengan membawa khabar-khabar yang tidak benar berkenaan kerajaan negeri Selangor.

d. Beliau cuba memberi gambaran kepada Tuan Guru Presiden kononnya kerajaan Negeri Selangor sedang dalam usaha untuk mengkhianati Melayu dan Islam. Sedangkan cerita2 beliau tidak lebih dari penipuan dan separuh benar.

e. Dato’ Hasan Ali masih menaruh harapan untuk menjadi Menteri Besar dan beliau tidak kesah kalau kerajaan Pakatan Rakyat jatuh.

f. Sedangkan kebanyakan polisi kerajaan Selangor ini adalah mirip kepada polisi kerajaan Kelantan dan polisi PAS.

g. Tuan Guru Presiden baru sahaja memberi temuramah dengan majalah Siasah yang mana Tuan Guru telah mengkritik kerajaan Selangor dengan begitu hebat berdasarkan maklumat salah yang diberikan oleh Dato Hasan Ali kepada beliau.

2. Ustaz Nasaruddin Mat Isa: Beliau semenjak dahulu senang diperngaruhi oleh Mustafa Ali. Kali ini, bukan sahaja Mustafa Ali mempengaruhi beliau, tetapi beliau juga telah dijanjikan jawatan Timbalan Perdana Menteri ke Dua.

a. Beliau adalah antara yang terlibat berjumpa dengan Najib Tun Razak di London padahal beliau telah dinasihatkan jangan berbuat demikian.

b. Ustaz Nasaruddin juga dilihat sentiasa bersama-sama dengan Ahli Parlimen UMNO semasa di Parlimen berbanding menghabiskan masa beliau bersama MP PAS atau PR.

c. Sewaktu Anwar dituduh meliwat dan ditangkap pun beliau masih diliat begitu mesra bersama-sama MP UMNO/BN berbanding dengan MP PR.

d. Ustaz Nasaruddin seharusnya faham bahawa beliau sedang dipergunakan oleh Mustafa Ali yang mana Mustafa Ali tidak pernah menghormati beliau sebagai pemimpin.

Nasib baiklah pimpinan Ikhwan telah menyatakan rasa tidak senang hati mereka terhadap cadangan puak2 ini untuk menyertai UMNO dan Barisan Nasional. Juga, antara yang menentang cadangan ini adalah Mursyidul Am sendiri, Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Tok Guru amat tidak bersetuju dengan usaha ini kerana:

a. UMNO akan belot kepada PAS seperti yang mereka pernah lakukan dahulu. PAS adalah saingan kepada UMNO. Sekiranya UMNO sudah kembali gagah dan perkasa, apa perlu lagi UMNO kepada PAS. Dan, PAS kelak terpaksa dibersihkan oleh UMNO kerana PAS adalah saingan semula jadi UMNO

b. PAS juga akan mungkir janji kepada mereka yang memberi mandat kepada PAS, terutamanya orang bukan Islam yang telah mula berjinak dengan PAS. Sifat mungkir janji bukan sifat yang diajar oleh Islam

Saya amat yakin majoriti ahli PAS tidak bersetuju dengan tindakan drastik ini. Tindakan ini adalah satu tindakan yang tidak matang, begitu bersifat khianat dan juga bersifat mungkir janji kepada mereka yang mengundi kita.

Juga, UMNO itu sendiri tidak boleh dipercayai dan kekalahan mereka baru-baru ini adalah disebabkan sifat korup dan zalim mereka. Tiada apa yang PAS dapat capai sekiranya PAS mengikut kehendak UMNO selain dari mengekalkan sebuah rejim yang korup dan tidak berguna seperti UMNO.

PAS juga akan kehilangan kepercayaan orang bukan Islam buat selamanya sekiranya PAS mengkhianati kepercaayan mereka. Dan apabila PAS dikhianati oleh UMNO nanti, dimanakah PAS akan bergantung harap?

Hujjah Ustaz Nik Aziz itu amat benar. PAS telah pun dikhianati sekali, tiada jaminan yang PAS tidak akan dikhianati sekali lagi.

Marilah kita semua ahli PAS mengambil tindakan yang drastik bagi memastikan pimpinan kita tidak mengkhianati kepercayaan yang kelak akan merugikan PAS di masa hadapan.

PAS harus disedarkan bahawa PAS adalah sebuah parti yang berpegang teguh dengan janji dan PAS tidak seharusnya memungkiri janji mereka.

Ahli PAS Dalaman
18/07/2008


Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

29 comments:

  1. buatlah papepun... nik aziz takkan benarkannye pas bergabung ngan BN. Nik aziz bukannya bodoh.. die dah lame telan sepak terajang BN dekat pas.. die dah masak dengan tipu helah org BN.

    BN bleh berangan jelah... MIC ntah kemana, MCA ntah kemana, skang nak sibuk2 ajak pas join plak... nampak sangat kapal dah nak karam..

    ReplyDelete
  2. YOU SENDIRI TENGOK LA ! najib lagi nama NYA !! ini orang memang ROSAK AKHLAK !!! MEMANGLA NAJIB PIKIR LEPAS JUN2010 DI JADI PM JADI BUAT BEGITULA PAKAI DUIT BELI ORANG @@@!! INILA NAJIB PEMBUNUH ORANG ! JUGA IALAH SYAITAN !!! DEMON !!! DEVIL !!!! IBLIS !!!

    ReplyDelete
  3. Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
    Cik Nur
    Wah Cik Nur hobi sekarang dah suka menyedok cerita-cerita dari Blog orang lain n Cik Nur saya dah pesan kat Cik Nur tolong dapat kesahihan dari mulut Tuan Guru Nik Aziz . Kami orang Pas hanya percaya kepada Tuan Guru Nik Aziz daripada President Pas Atau Ahli2 Pas yang lain.So anyway Cik Nur Thank You very2 Much for awareness of ahli2 Pas yang cuba merosakkan imej Pas sekarang .Wish u all the best.

    ReplyDelete
  4. dajal akan mempergunakan kemewahan dan kuasa untuk membawa anda bersamanya.Yang tinggal pada anda setelah dikhianati kelak hanya diri anda tanpa nilai. Sokong TGNA.
    kuan

    ReplyDelete
  5. AKU BUKAN AHLI PARTI MANA2.TAPI AKU PANGKAH PAS 3 KALI PRU.TAPI KALAU BENAR ADA PAKATAN PAS MASUK UMNO.AKU TAK SETUJU SEBAB BAGAIMANA JANJI PAS HENDAK BERSIH KALAU MASUK LUBANG TAHI UMNO.

    ReplyDelete
  6. Nur Aflah

    Kamu ni banyak sangat curi posting orang and cheating malaysiakini by placing the 'malaysiakini' word at the end of your post. You are a cheap blogger!!

    ReplyDelete
  7. Blog Nur Aflah adalah blog PENIPU. Dia sendiri tidak menulis kerana tiada idea tetapi mencuri dari blog-blog lain.

    Blog ini adalah sampah.

    ReplyDelete
  8. BLOG Nur Aflah PENIPU.

    Mencuri hasil tulisan orang lain.

    Tiada berhemah.

    Nur Aflah gila glomour!!!

    BLOG PENIPU
    BLOG PENIPU
    BLOG PENIPU

    ReplyDelete
  9. BLOG Nur Aflah PENIPU.

    Mencuri hasil tulisan orang lain.

    Tiada berhemah.

    Nur Aflah gila glomour!!!

    BLOG PENIPU
    BLOG PENIPU
    BLOG PENIPU

    ReplyDelete
  10. BLOG Nur Aflah PENIPU.

    Mencuri hasil tulisan orang lain.

    Tiada berhemah.

    Nur Aflah gila glomour!!!

    BLOG PENIPU
    BLOG PENIPU
    BLOG PENIPU

    ReplyDelete
  11. BLOG Nur Aflah PENIPU.

    Mencuri hasil tulisan orang lain.

    Tiada berhemah.

    Nur Aflah gila glomour!!!

    BLOG PENIPU
    BLOG PENIPU
    BLOG PENIPU

    ReplyDelete
  12. salam dik...

    ade beberape perkare yg ingin disentuh di sini berkenaan pendedahan 'tulang besi' tu...

    1) sape sebenarnye 'tulang besi' ni?
    2) sape plak individu sebenar yg menggelarkan dirinya 'ahli dalaman PAS' tu?
    3) ini adalah 1 lagi usaha untuk memecahkan PR oleh 'mereka'
    4) rasenye para pimpinan PR lebih tahu dan lebih maklum akan isu ini, takkanlah mereka saja buat tak tahu
    5) atas sebab itu, tiada apa yg perlu dirisaukan kerana antara pimpinan PR masih ada level of understanding yg tinggi...

    so dik, dunwori ;)

    ReplyDelete
  13. WAHAI MELAYU JANGAN HENTAM PAS !!!!!!!! DAN BLOGGER INI !!!
    NAK HEMTAM HENTAM ITU NAJIB LA !!!!!!!!!!!!!!!!! NAJIB !!! SYAITAN !!!!!!!!!!!! ORANG NYA ISLAM TAPI MUKA NYA BUKAN ISLAM SI NAJIB SYAITAN !!! PI LUAR NEGARA PASTI ADA AMOI AMOI IKUT !!!! INI SEMUA ORANG TAU ! YANG TAK TAU TU ORANG UMNO !!~

    ReplyDelete
  14. WOI ANON 12.54

    APAHAL LU NAK KUTUK BLOG NI PULAK?

    LU KATA DIA TIPU! MANYAK CANTIK MUKA LU! BUBUH NAMA PUN TAKUT?TAKDE BUAH KE?

    GUA DAH LAME FOLLOW BLOG NI!
    SO GUA TAHU LA APA YANG ADA KAT BLOG NI! BANGANG PUNYA MANUSIA??

    KALAU LU TERER SANGAT, LU TULIS BLOG LU SENDIRI LA.. GUA NAK TENGOK, SAPA NAK BACA BLOG LU!

    PUIH..

    ReplyDelete
  15. Kalau betul, ada niat diantara ahli pas berniat bergitu, maka satu malapetaka bagi parti PAS ada pemimpin macam ini, dari parti yang disokong menjadi parti menyumpah, sia2 usaha Tuan Guru Nik Aziz berjuang selama ini, ingat pemimpin PAS, kalau anda berpegang kepada agama anda tahu le hukum-hakamnya,

    ReplyDelete
  16. lebih baik terima kaki liwat sebagai PM drpd kaki pompuan/ kaki C4

    ReplyDelete
  17. ALHAMDULILLAH.........kalau betul ada perpaduan dan persefahaman antara PAS dan UMNO....itulah yang terbaik bagi menjamin hak bumiputera dan kedudukan agama Islam di negara ini....alhamdulillah.....teruskan....PKR dan DAP tak boleh diharap malah akan menyisihkan melayu dan agama islam....sebab tu lah...menang saja...projek babi terbesar jadi keutamaan.....ALLAH dah tunjuk awal-awal oi....babi oi....tak faham-faham lagikah orang Islam ni......tinta kinabalu

    ReplyDelete
  18. Babi dan Anjing are also Allah's creations.

    Kalau Allah tak suke umat nyer tengok/bau/penyediakan tempat penternakkan utk babi dan anjing, dia mungkin tak akan manghantar babi dan anjing ke bumi.

    Babi tak salah, Anjing pun tak salah....yang salah UMNO dan Barisan Nasional.

    status UMNO dan BN lebih hina daripada Babi dan Anjing

    ReplyDelete
  19. Biarkan lah,dalam parti yg mengambil sistem demokrasi setiap ahli bebas melakukan sesuatu,kalau cubaan mereka berjaya dan direstui ahli tebanyak,berjaya lah mereka.

    Mengenai parti PAS ni aku tak tahu nak komen kerana mereka sudah lama berjuang ,mereka tentu dapat mengatasi masalah mereka akhirnya.Mereka juga macam Umno sudah beberapa kali berpecah.Dalam mana-mana parti pun memang ada saja tokoh yg berkepentingan,atau oppotunist,ini biasa.Tapi, prinsip parti yg dipegang oleh mejoriti juga lah akhirnya menang.

    ReplyDelete
  20. Anon..
    lu ni gile ke ape buat hal kt blog org ni..siap tuduh2 plk..camni le,senang je..kalo blog si aflah ni menipu lu x pyh le bace..ni lu sibuk2 gak bace apehal?lu bkk blog lu sendri pastu cite le apepun..xde org nk mrh pn..blog lu kn..

    ReplyDelete
  21. DONT TRUST ANY OF UMNO HIRED WRITERS. BILA UMNO DAH KALAH, BERMACAM TACTIK BUSUK MEREKA LANCARKAN. ISU KETUANAN MELAYU TAK BOLEH DIMAKAN. JD MEREKA GUNAKAN TAKTIK PECAH DAN BELAH. HANYA MANGKUK HAYUN JE YG AKAN PERCAYA BAHAWA PAS AKAN SERTAI BN.........

    ReplyDelete
  22. "TULANG BESI DEDAH 'DALANG' PEMIMPIN PAS DI MALAYSIAKINI?"

    DIA NILAH YANG NAK HANCURKAN PAS DAN ISLAM.

    IKUTI PENJELASAN YB TIMBALAN PRESIDEN PAS DI BACHOK KELANTAN PADA 26 JULAI 2008.

    http://www.tvpas.com/material.php?cat=minda&id=6352

    ReplyDelete
  23. MALAYSIA AKAN DIJAJAH LAGI...

    TAK PERCAYA???

    TUNGGU JE LAAA...HEHHEHE.....

    nanti Malaysia akan ditukar kepada.... dotdotdotSIA.....hahahhaa....dikala Melayu jadi BONEKA......

    ReplyDelete
  24. Pangkat dan harta boleh menyesatkan.....

    Ustaz Ahmad Awang pun ader menyatakan pimpinan atasan ader menghubungi beliau supaya berpaling tadah sehingga dia angkat kaki dari menyertai pimpinan PAS. Apahal pun kiter mesti menggunakan ilmu yg ader pada kiter jgn taksub pada mana2 pemimpin. Semoga Allah menunjukkan kiter jln yg benar........... Hidup Islam....

    ReplyDelete
  25. Salam...

    Lama tak tengok posting kat sini. Sibuk. Tak per Sdri Nur Aflah ceduk artikel kat mana2 pun. Saya suka macam ni. Tak payah surf kat lain dah dapat maklumat dari sini. Yang tak suka tu adalah yang kena batang hidung dia...huhu..

    YB Ust. Harun Taib tu naqib usrah kami sampai sekarang. Beliau adalah mastermind & strategist dalam PAS. Dalam hal peperangan ni, banyak orang bawah tak tahu. Kalai thiqah kurang, usrah tak hadir, akhirnya mereka tak dapat maklumat dari orang yang ikhlas dan beriman. Tulisan Tulang Besi tu banyak tak boleh pakai. Dia ni mungkin terlalu kerap bercampur dengan orang UMNO. Malangnya dia tak kenal orang UMNO yang beri maklumat tu. Sebab tu selalu saja nak menghentam PAS. Bahasanya kesat. Tak mencerminkan akhlak seorang pejuang PAS.

    Kepada rakan-rakan pembaca semua... Tak guna baca tulisan Tulang Besi untuk mendapatkan berita. Untuk berhibur boleh... sekali-sekala.

    ReplyDelete
  26. Salam,

    Saya dapati tawaran oleh Najib itu sebagai mengarut. Mungkin surat itu tidak berkata benar.

    5 Menteri Penuh? Kalau sesiapa saja yang duduk di luar PAS akan tahu bahawa PAS itu kecil pengaruhnya di banding ahli parti komponen Barisan Nasional yang lain.

    Jawatan Exco di Johor juga? Pun salah fakta. Johor adalah kubu kuat Barisan Nasional. Mengapa perlu beri jawatan Exco di Johor?

    Timbalan Perdana Menteri kedua? Ini lagi mengarut.

    Fakta fakta ini di reka oleh ahli PAS sendiri yang amat menyanjung PAS sehingga dia fikir menyebut tawaran sebagai Timbalan Perdana Menteri Kedua itu biasa biasa saja untuk orang PAS tapi orang yang di luar PAS berasa lucu.

    Kalau dah dalam Barisan Nasional perlu ada perbincangan menentukan semua tawaran itu. Najib tidak boleh ada persetujuan sendiri. Najib bukan diktator. Najib tidak ada kuasa dalam Barisan Nasional sebesar pengaruh Nik Aziz. Tidak boleh di samakan kedudukan Najib dan Nik Aziz dalam pertubuhan yang berbeza.

    Boleh lah di katakan tawaran Najib itu diatas adalah suatu fitnah yang di gunakan untuk meracun fikiran orang PAS.

    Beberapa kali Allah menyebut mengenai akal dalam Quran. Gunakan !

    ReplyDelete
  27. Hope ahli Pas xmudah percaya cz xkn ahli Pas kut c tulang besi tu?dalang umno gk tu reka strategi br buruk kn keadaan PR.
    mergie-iqra.blogspot

    ReplyDelete
  28. Aku sokong kalau PAS bekerjasama dgn UMNO atas dasar kepentingan ummah.
    Apa salahnyer.. tak perlu joint BN, cukup sekadar Angkatan Perpaduan Ummah.
    Jadikan pengalaman yg lepas sebagai iktibar..
    Aku doakan pemimpin2 beragamaIslam diberi hidayah utk bersatu demi kepentingan Ummah.
    Mungkin boleh dihidupkan balik nama Angkatan Perpaduan Ummah.

    ReplyDelete
  29. kalau nak pasal tulangbesi boleh baca kat blog adik kembar dia di tulangbesi.wordpress.com

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.