SEMANGAT YANG HILANG | Malaysiakini

Caburetor Dung



Gambar persembahan Carburetor Dung oleh Malaysiakini

Memang patut pun peserta himpunan ‘PROTES’ di Kelana Jaya semalam melemparkan botol air ke arah penyanyi kumpulan Caburetor Dung atas tindakannya melondehkan seluar di hadapan khalayak ramai. Agaknya semangat ketimuran penyanyi tersebut sudah hilang ataupun dia lupa yang kebanyakkan penonton di situ adalah pendukung syiar Islam dan sangat bencikan budaya jahiliah.

Tak sampai 1 juta

Seperti dijangka, perhimpunan PROTES semalam tidak akan berjaya mencapai sasarannya. Persoalan yang timbul kini, adakah rakyat di negara ini sudah dapat menerima tindakan kerajaan menaikkan harga minyak ataupun semangat rakyat untuk menuntut kerajaan menurunkan harga minyak sudah hilang? Penyokong kerajaan tentunya gembira kerana perhimpunan itu tidak mendapat sambutan.

Jom Protes atau Jom Heboh?

Melihat kepada penganjuran acara semalam, tiada bezanya acara semalam dengan acara Jom Heboh yang TV3 bangga-banggakan itu. Ada gerai yang menjual cenderamata, makanan dan juga minuman. Konsert pun ada. Cuma, pentasnya tidaklah sehebat pentas Jom Heboh. Maklumlah, acara semalam bajetnya ciput dan tiada sponsor besar. Lagipun acara semalam dianggap ‘haram’ oleh kerajaan. Tak seperti Jom Heboh TV3 yang dianggap ‘halal’ oleh kerajaan.

Semangat pelabur luar kian luntur?

Pasaran modal negara untuk tahun ini sudah menyusut 21% dan nilai penyusutan itu adalah sebanyak RM 235 billion. Dalam tempoh 6 bulan sahaja, jumlah wang yang sebegitu besar sudah pun hilang dari pasaran saham kita. Bukan mudah untuk pihak kerajaan menarik semula pelaburan tersebut kerana krisis kepimpinan negara sedang rancak diperdebatkan oleh pelabur luar dan juga tempatan. Bukan itu saja penyebabnya. Tindakan kerajaan yang dianggap ‘bijak’ bila menaikkan harga minyak secara mendadak telah menyebabkan kadar inflasi negara lebih tinggi daripada kadar pertumbuhan negara. Inilah yang sangat-sangat ditakuti oleh pelabur luar dan juga tempatan.

Akhirnya, rakyat juga yang terpaksa menanggung kesannya sedang Pak Menteri masih lagi boleh ber’mercedes’ ke Dewan Rakyat.

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

10 comments:

  1. najib kata himpunan protes tak dapat sokongan rakyat ! bagus , nampaknya rakyat memang suka nak harga petrol naik . persoalannya , terdapat 80% rakyat malaysia yang tak mahu bersuara , bersikap dingin . sifat yg penakut supaya tak mahu ditag sebagai penyokong pembangkang . dari mula , perhimpunan ini telah punya agenda utama iaitu protes harga naik. tapi sekarang dijadikan sandiwara perebutan kuasa . so , besok BN senanglah nak naik harga sebab kita tak bersatu . tak lama , mungkin 2 bulan dari sekarang , kita akan rasai krisis inflasi ini apabila limit creditcard kita sudah exploded .barulah rakyat jelita mengesal !!!!

    ReplyDelete
  2. bukan kami yang 500 ribu ni xnak dtg ke sana tp kenapa penganjur buat konsert pulak. org pas bukannya gemar konsert giler2 punya. oleh itu kami buat keputusan xmahu dtg sehingga himpunan sibuat di datarn merdeka.

    ReplyDelete
  3. manusia senang lupa , terutama rakyat malaysia , sebab itu BN boleh memerintah negara ini selama 50 tahun . kita mesti membezakan isue peribadi daripada isu kepentingan rakyat jelata . dlm kes wanita mongolia , kes liwat DSAI ataupun kes tuduh penyalahan kuasa AG/IGP , kita semua mesti berdiri menyuarakan ketidakpuasan tentang tranperensi kerajaan .jgn kita rasa isu ini tak berkaitan lansung dgn kita , jgnlah sampai ketidakadilan menimpa kita , barulah kita menyuara kemarahan kita . all malaysian , pls have a bigger picture in your mind ,sometime we need to keep our finger crossed to certain thing

    ReplyDelete
  4. yeah , kita tahu banyak yg tak datang , banyak sebab tersendiri . apa kata ubah cara kita menyuarakan ketidakpuasan kita dgn revolusi yg berlainan. Kita ramai ramai memakai baju warna merah pada satu hari kerja tertentu tanpa berkumpul . itu merupakan bantahan yg senyap !!!atau kita lekat stiker protes harga naik dekat kereta /motor kita .hantar message kpd kerajan bahawa kita hidup susah !!!

    ReplyDelete
  5. Tiada FRU dan 'water cannon' di tapak Jom Heboh, dan tiada sekatan jalan raya ke tapak Jom Heboh. Tapi ke tapak event macam ni ada, sebab tu tak ramai.

    ReplyDelete
  6. saya rasa Pakatan rakyat perlu wujudkan satu shadow cabinet tersendiri , jgnlah kita hanya bergantung kpd karisma dan kewibawaan DSAI sahaja , itu satu kelemahan PR pada tempoh panjang kalau kepimpinan pembankang tak dapat diteruskan kalau DSAI disabit kesalahan atau keadaan yg lain lain . so , buktikan kepada raykat bhw PR boleh memerintah negara . system dwi partisan adalah satu arah yg bagus sebab melalui persaingan antara BN dan PR , rakyat akhir yang bermanfaat

    ReplyDelete
  7. semangat kami masih xhilang .percayalah....hisyam.rais perlu brtanggungjawab..serius kalau nk protes.

    ReplyDelete
  8. Ramai tidak datang kerana tindak tanduk parti pakatan rakyat sejak kebelakangan ini amat memualkan. Ekonomi negara didalam keadaan membimbangkan dan kita masih berpolitik, berkempen, berceramah dan tuduh menuduh bagaikan besok atau lusa akan ada pilihan raya. Terlalu banyak andaian dan spekulasi dan nampaknya apa kerajaan buat semuanya salah dan jahat sementara apa yang pakatan buat itu baik belaka. Mana ada kerajaan yang 'perfect'. Selagi kerajaan di bentuk dari mekanisma politik, akan sentiasa ada bantahan dan kritikan dari pihak yang kalah. Itu nama nya demokrasi. Tak boleh ke Pakatan Rakyat tunggu 4 atau 5 tahun lagi. Kenapa nak buat taktik kotor dengan mengumpan, mengajak wakil parlimen parti lawan melompat.

    Dari isu ini lah kami tidak mahu pergi ke stadium Kelana Jaya, kerana 80% dari tujuan sebenarnya adalah aktiviti propaganda Pakatan Rakyat sementara 20% untuk isu kenaikan harga minyak. Marilah kita berhenti berpolitik dan bekerja keras untuk menghadapi realiti hidup. Kami pasti kerajaan sedang memikirkan cara untuk mengurang bebanan rakyat. Moga Allah selamatkan negara kita dari sebarang kecelakaan.

    ReplyDelete
  9. Perhimpunan ini tidak gagal sebenarnya. Pemimpin Pakatan Rakyat telah mengambil langkah berlainan dari himpunan BERSIH kerana tidak mahu kerajaan Be End yang terdesak sekarang mengambil langkah terdesak termasuk menangkap pemimpin2 PR yang akhirnya merugikan perjuangan rakyat sekiranya pemimpin saperti Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dll di tangkap.

    ReplyDelete
  10. Sebab dah buat sekatan setiap laluan masuk mcm mana orang ramai nak datang,lebih-lebih lagi kalau pakai baju merah, di suruh balik je!!!

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.