PROTES SEJUTA RAKYAT GAGAL? Malaysiakini


Bersandarkan kepada laporan dari Malaysiakini, perhimpunan aman untuk memprotes kenaikan harga minyak yang berlangsung hari ini di Stadium Kelana Jaya gagal mengumpulkan sejuta rakyat. Cuma pada sebelah malam tadi sahaja, dianggarkan lebih 30 ribu orang berada di stadium itu untuk mendengar ucapan Anwar Ibrahim.

Seperti yang dijangkakan, perhimpunan tersebut tidak akan mendapat sambutan menyeluruh daripada pihak rakyat kerana beberapa sebab:

1) Masa perhimpunan itu dibuat terlalu panjang dan lokasinya tidak berapa sesuai.

2) Sebilangan besar rakyat berasa bimbang untuk menyertai perhimpunan tersebut setelah berita pihak polis mendapatkan bantuan pihak tentera untuk mengawal perhimpunan tersebut tersebar luas.

3) Kos sara hidup yang kian membebankan pihak rakyat telah menyebabkan rakyat terpaksa menghadkan aktiviti luar mereka bagi menjimatkan perbelanjaan.

4) Tindakan Pakatan Rakyat Selangor yang terlalu kerap mengadakan perhimpunan di negeri itu telah menyebabkan mereka mula bosan dengan aktiviti seumpama itu.

5) Kemudahan internet telah menyebabkan banyak pihak lebih selesa mengikuti perkembangan perhimpunan itu melalui skrin komputer.




6) Sokongan rakyat terhadap perhimpunan tersebut mula ‘tawar’ selepas berita liwat Anwar berjaya disensasikan oleh pihak media arus perdana dan juga media alternatif. Rakyat seolah-olah merasakan yang perhimpunan itu sebagai medan untuk membela Anwar Ibrahim dan bukannya medan untuk menyuarakan suara hati rakyat yang sedang terbeban dengan pelbagai masalah ekonomi.

7) Kes liwat Anwar kali ini juga telah berjaya mempengaruhi minda rakyat. Beberapa siri pendedahan tentang penyalahgunaan kuasa kerajaan Pakatan Rakyat Selangor khususnya yang melibatkan Parti Keadilan mula meragukan pihak rakyat. Sedikit-sebanyak; kes derma, kes Rosli Ibrahim yang dilantik sebagai penasihat Kumpulan Darul Ehsan dan juga kes tender angkut sampah telah berjaya meruntuhkan “mood” rakyat.

8) Pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat pula tidak menunjukkan kesungguhan mereka untuk menjayakan perhimpunan tersebut. Mereka membiarkan sahaja pemimpin bawahan mereka yang kurang berpengaruh untuk mengajak rakyat menyertai perhimpunan tersebut. Sepatutnya, mereka kena menggunakan pengaruh mereka untuk mengajak rakyat menyertai perhimpunan tersebut.

Apapun, pujian harus diberikan kepada pihak-pihak yang telah bersusah-payah menganjurkan program tersebut kerana sekurang-kurangnya, mereka telah berusaha untuk membuat sesuatu bagi menyuarakan rasa ketidakpuasan hati rakyat berkenaan isu minyak di negara ini.

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

3 comments:

  1. Salam,
    Saya teringin untuk menghadiri majlis tersebut tetapi malangnya saya masih berada di US dan hanya akan pulang esok.
    You have a good review there. I totally agree with you opinion that the pemimpin2 besar kurang memberi attention untuk mengajak rakyat hadir. This is understandable that they are now holding offices and probably are too busy.
    The other thing is, i read about the Carburetor Dung artist. I'd have to say that they did a stupid mistake up there. However, I don't think the crowds are doing any justice to them. Honestly, I am more disappointed looking at the crowd reactions. Don't they have any patience in themselves?
    I'd love to hear you comments about those as I feel that your review up there is quite unbiased and pictures the reality..

    ReplyDelete
  2. Pada saya protes ini dianggap GAGAL. Protes BERSIH dulu berjaya menarik 100ribu untuk datang menyokong, tetapi protes ini tak sampaipun 50ribu. Saya bersetuju mungkin atas sebab2 yang disebutkan kecuali point no.2 kerana penyokong awal2 lagi sepatutnya sudah anticipate yg acara protes sebegini seharusnya mengundang lebih sekadar pihak polis utk berjaga2.

    Satu sbb yang paling kukuh ialah point no. 6 iaitu ramai yg melihat protes ini lebih bersifat personal iaitu menyokong Anwar Ibrahim. Bak kata peribahasa bagaikan menangguk di air keruh. Suara rakyat tenggelam demi nak menegakkan seorang individu. Makanya, objektif protes ni dah lari tajuk.

    ReplyDelete
  3. 1. Gagal sama sekali.

    2. Yang datang pun bukan semuanya yang 100% datang kerana protes, tetapi kerana untuk "bersuka ria".

    3. Dicemari dengan konsert "jilat".

    4. Rakyat sudah bosan.

    5. PRU dah pun berlalu. Rakyat sudah membuat pilihan. Di sesetengah negeri, rakyat memilih Pakatan, di negeri lain, rakyat memilih BN.

    6. Di peringkat Kerajaan Persekutuan pula, rakyat telah memilih BN untuk menerajui pemerintahan.

    7. Namun demokratik kah bagi DSAI untuk mengumumkan bahawa Pakatan akan menubuhkan Kerajaan baru dengan menerima ahli-ahli BN yang dikatakan akan melompat parti ?

    8. Umum mengetahui DSAI ada berjumpa sesetengah pemimpin BN bagi tujuan "mempelawa" mereka melompat parti. Sila rujuk pengakuan Yong Teck Li.

    9. Adakah ini demokratik ? Tidakkah dengan "cubaan" ini adalah sama dengan tindakan meruntuhkan asas kepada demokrasi yang telah dijalankan oleh rakyat ?

    10. Rakus sangatkah DSAI sehingga tidak boleh menanti sehingga PRU yang akan datang ? Jika benar BN telah lama, "tak lari gunung dikejar", biarkan sahaja mereka (BN) terus membuat kesilapan demi kesilapan dan dapatkan tampuk pemerintahan di PRU yang akan datang dengan cara demokrasi yang betul : DI UNDI OLEH RAKYAT dan bukannya dengan menerima bakal pembelot-pembelot.

    11. Belajar dari kesilapan memilih "kawan" apabila memilih Bala@Magnum P.I dalam isu S.D. Jangan terlalu teruja untuk mendedahkan kepada umum sesuatu yang rapuh dan tiada bukti sokongan, kerana kelak ia akan memakan diri sendiri.

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.