RUNDINGAN PAS – UMNO MEMANG WUJUD | Malaysiakini


Desas-desus mengenai adanya perjumpaan tertutup antara PAS dan UMNO telah disahkan oleh Presiden Pas sendiri. Malaysiakini semalam melaporkan, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak menafikan yang pertemuan antara PAS dan UMNO itu memang wujud.

Sehingga kini, saya masih lagi mencari butiran terperinci mengenai pertemuan antara PAS dan UMNO itu. Jika benar isi pertemuan itu untuk memperkukuhkan kedudukan Islam di negara ini, saya rasa amat bersyukur sekali.

Sudah tiba masanya umat Islam di negara ini berfikiran terbuka dalam hal ini. Ini kerana, umat Islam di negara ini bukan sahaja terdiri daripada bangsa Melayu. Malah, ianya juga terdiri daripada bangsa Cina, India, Iban, Kadazan, Orang Asli dan lain-lain lagi. Definisi umat Islam itu sendiri melangkaui batas bangsa dan keturunan. Maka sewajarnya umat Melayu di negara ini sudah dapat membezakan antara Melayu dan Islam.

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menjadikan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya orang yang termulia di antara kamu di sisi Allah, ialah orang yang lebih bertaqwa. Sungguh Allah Maha Mengetahui lagi Amat Mengetahui.” Surah Al-Hujurat : 13

Sebagai seorang muslim, kita semua adalah bersaudara tanpa mengira latarbelakang politik, bangsa ataupun keturunan kita. Sudah menjadi kewajipan bagi setiap muslim untuk membantu muslim yang lain. Muslim yang kuat hendaklah membantu muslim yang lemah, yang kaya hendaklah membantu yang miskin dan yang berkuasa hendaklah membantu yang tidak berkuasa.

“Orang-orang Mukmin itu adalah bersaudara, sebab itu perdamaikanlah antara dua orang saudaramu, dan takutlah kepada Allah, mudah-mudahan kamu bertaqwa” Surah Al-Hujurat : 10

Islam mengajar umatNya supaya bersatu dalam menegakkan kebenaran dan menghapuskan kebathilan. Bahkan kita dituntut supaya saling bimbing-membimbing dan ingat-mengingati antara satu sama lain. Janganlah disebabkan oleh perbezaan parti politik, umat Islam di negara ini berpecah-belah dan bersengketa sesama mereka.

Pihak-pihak yang bersalah perlulah insaf dan kembali ke jalan Allah SWT selagimana pintu taubatNya masih terbuka luas. Jadikanlah PRU 12 dulu sebagai pengajaran yang berguna untuk pihak yang kalah dan panduan yang berguna untuk pihak yang menang.

Usah diulangi lagi kesilapan lalu. Suburkanlah iman dan taqwa di bumi yang tercinta ini. Insya Allah.
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments:

  1. Hati-hati dengan orang UMNO.
    Bila miskin minta tolong.
    Bila kaya jadi sombong.

    Pemimpin UMNO sudah bukan orang Muslim.
    Yang kebanyakan mereka sembah kekayaan saja.

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.