POLITIK ISLAM DAN CABARAN BUAT PENDUKUNGNYA

Meneliti kupasan Ibrahim Kalin (Todays Zaman) tentang senario semasa dan masa depan dunia politik Islam, saya kian yakin dan percaya, masyarakat dunia hari ini sedang memerhatikan secara dekat tentang perkembangan politik Islam.

Di kala sebahagian besar masyarakat dunia melihat politik Islam sebagai ancaman kepada demokrasi dan hak asasi manusia, namun sebahagian dari mereka sudah mula mendekati dan berbincang soal politik Islam.

Kini, sudah terdapat inisiatif daripada pihak-pihak yang dulunya menentang politik Islam untuk duduk semeja dan berdialog dengan kelompok pejuang politik Islam. Namun, cabaran utama yang perlu dihadapi oleh pejuang politik Islam sekarang ialah :

1) Bagaimana mereka dapat menghilangkan keraguan masyarakat dunia yang selama ini beranggapan, apabila pejuang politik Islam berkuasa, mereka ini akan mengubah sistem pentadbiran negara ke arah sebuah pemerintahan yang bersifat autokratik.

2) Bagaimana mereka dapat menerangkan secara realistik tentang idealogi perjuangan parti politik Islam kerana pada asasnya, tiada perbezaan yang ketara antara parti politik Islam dengan parti politik yang lain. Ini kerana, pada akhirnya nanti, rakyat akan mempersoalkan isu yang sama seperti kebajikan rakyat, pembangunan negara, taraf sosio-ekonomi, kelangsungan budaya, kesihatan, pendidikan, transperansi, infrastruktur, keadilan dan sebagainya. Isu-isu seperti inilah jua yang akan dijadikan modal oleh parti-parti politik untuk mendapatkan perhatian pengundi sewaktu pilihanraya.

3) Bagaimana mereka dapat bertoleransi dan menyesuaikan diri dengan arus perkembangan dunia seperti tuntutan globalisasi, kemodenan, hubungan antarabangsa yang kian kompleks dan juga perseimbangan kuasa. Dalam masa yang sama juga, bagaimana mereka dapat memenuhi kehendak rakyat yang inginkan sebuah kehidupan yang sejahtera, mudah dan juga selesa.

Oleh yang demikian, pejuang politik Islam hari ini seharusnya sudah bersedia dan sentiasa mempersiapkan diri dengan ilmu dan kepakaran yang diperlukan. Mereka juga harus bersedia untuk bertoleransi dan bersikap lebih terbuka. Inilah waktunya untuk mereka membuktikan kepada dunia bahawa politik Islam adalah sistem pemerintahan yang beramanah, adil kepada semua kaum, telus dan cekap serta bijaksana dalam merencanakan pembangunan dan kesejahteraan rakyat.

“Apabila pertolongan Allah telah datang bersama kemenangan. Ketika itu engkau melihat manusia berpusu-pusu masuk ke dalam agama Allah” Surah Al Nasr : 1-2
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.