PENGIKUT PAS JANGAN MUDAH DIPERBODOHKAN | Malaysiakini

Kononnya sebuah demontrasi akan diadakan oleh pengikut PAS untuk membantah muzakarah antara PAS dan UMNO. Berita demontrasi ini sudahpun ditayangkan di laman portal Malaysiakini.

Saya mengambil masa yang agak lama untuk membaca ulasan-ulasan daripada penyokong PAS melalui blog mereka. Ada yang menyokong dan ada juga yang menentang muzakarah tersebut.

Kesimpulannya, isu muzakarah ini telah berjaya dipolitikkan. Penyokong PAS mula berbalah sesama sendiri. Masing-masing ingin menjadi juara dalam menegakkan pendapat mereka. Malah ada yang secara terang-terangan menuduh pemimpin PAS tertentu sebagai tidak amanah dan hanya mementingkan diri sendiri.

Para penentang PAS dan Pakatan Rakyat tentunya sedang bergembira kerana isu muzakarah ini telah berjaya menimbulkan keraguan dan bibit-bibit perpecahan di kalangan ahli PAS dan juga penyokong Pakatan Rakyat.

Kini, bukan lagi isu minyak yang diutamakan oleh penyokong PAS, tetapi isu muzakarah yang sibuk diperdebatkan. Selepas penyokong Anwar Ibrahim dan Parti Keadilan Rakyat berjaya dialihkan tumpuan kepada isu liwat, kini tiba pula giliran penyokong PAS disangsikan dengan isu muzakarah. Selepas ini pula, isu DAP akan dipermainkan dan akhirnya, berjayalah puak-puak yang menentang Pakatan Rakyat mengucar-kacirkan penyokong Pakatan Rakyat.

Bagi yang sudah faham, tentu mereka sudah dapat membaca strategi yang digunakan oleh puak-puak yang menentang Pakatan Rakyat untuk menjatuhkan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat. Tujuan mereka tidak lain dan tidak bukan ialah untuk ‘memeningkan’ kepala penyokong Pakatan Rakyat. Selepas itu, puak-puak ini dengan selambanya akan memberikan ‘panadol’ kepada penyokong rakyat yang tak tahan lagi ‘sakit kepala’nya.

Dalam politik moden, strategi yang digunapakai oleh penentang Pakatan Rakyat ini dipanggil sebagai ‘dasar pecah dan perintah’. Mula-mula mereka akan memecah-belahkan penentang mereka dan kemudian mereka akan memerintah puak-puak yang berpecah itu. Oleh sebab itu, sesiapa yang tidak dapat membaca strategi ini akan mudah terpengaruh dan akhirnya akan diperbodohkan.

Sudah tiba masanya penyokong PAS dan Pakatan Rakyat berfikiran luas dan jangan mudah nak ‘naik angin’. Dulu, orang Gee Hin dan Hai San berperang di Perak disebabkan oleh strategi begini. Orang Saidina Ali dan Muawwiyah berperang disebabkan oleh strategi begini. Orang Mahatma Gandhi dan Ali Jinnah berperang disebabkan oleh strategi begini juga.

Jangan mudah terperangkap dengan isu begini. Kalau UMNO mahu bermuzakarah dengan PAS, biarkanlah mereka bermuzakarah. Dengarlah apa yang UMNO mahukan daripada PAS. Contohnya, dalam pertemuan pertama, kita dah tahu tujuan sebenar UMNO mahu bermuzakarah dengan PAS. Mereka menggunakan isu bangsa dan agama untuk memerintah Selangor. Memujuk PAS menyertai mereka dan sanggup serahkan jawatan MB kepada PAS. Tetapi, hajat besar mereka tak kesampaian juga sebab PAS tak ‘sebodoh’ yang mereka jangkakan dan akhirnya, rakyat dah nampak tembelang ‘Khir Toyo’.

Kita tunggulah dulu butiran pertemuan kedua dan ketiga. Mungkin pertemuan kedua berkisar tentang memerintah Perak dan pertemuan ketiga berkisar tentang memerintah negara pula. Esok atau lusa, butiran pertemuan tersebut akan terdedah atau didedahkan juga. Kalau ada mana-mana pemimpin yang ‘main belakang’, tahulah rakyat nak ‘mengajarnya’. Tak gitu?
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

9 comments:

  1. Salam seantero dunia...

    Adapun teramatlah saya bersetuju dengan ulasan yang empunya blog berkenaan dengan darihal isu muzakarah yang terlalu rancak paluan gendangnya saat dan tika ini...

    Maka, jangan la sampai sekalian hamba rakyat yang bertamadun ini terus hanyut menari dan berdansa menurut paluan gendang pemalu tersohor yang diberi nama A.A.B. serta pasangannya Tabib Gigi Terakhir dari puak Toyol itu...

    Adindaku Aflah... Terima kasih atas artikel ini... ;)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,

    1. Perbincangan merupakan jalan terbaik bagi menyelesaikan apa-apa masalah. Manakala sifat mudah melatah, bersyak wasangka, mengambil tindakan tanpa usul periksa dan sifat taksub kepada mana-mana pihak merupakan antara faktor yang boleh merenggangkan lagi hubungan di antara pihak-pihak yang bertelagah.

    2. Sekiranya tujuan perbincangan itu merupakan tujuan yang suci dan murni, maka adalah wajar bari perbincangan tersebut diteruskan apatah lagi jika ia berkait rapat dengan isu Islam dan perpaduan Melayu.

    3. Ada yang beranggapan bahawa, sekiranya isu Islam dan perpaduan Melayu hendak dibincangkan, maka PAS tidak perlu berbincang dengan UMNO. Walaupun saya menghormati pandangan tersebut namun hakikatnya UMNO dan PAS merupakan parti yang mempunyai keahlian orang Melayu dan Islam yang utama di negara ini.

    4. Kedua-dua pihak, UMNO dan PAS telah pun melantik pemimpin-pemimpin mereka sendiri. Ahli-ahli pula hendaklah memberikan kepercayaan kepada kepimpinan mereka untuk menjalankan dan melaksanakan yang terbaik bagi Islam dan orang-orang Melayu di negara ini. Kesemua pihak khususnya di peringkat akar umbi haruslah bersabar dan mengikuti perkembangan ini dengan tenang dan memberikan kepercayaan yang tidak berbelah bahagi kepada para pemimpin masing-masing untuk berbincang.

    ReplyDelete
  3. Salam
    Muzakarah antara PAS dan UMNO adalah sesuatu yang tidak perlu kerana umum mengetahui agenda sulit UMNO dan mempergunakan perkataan Muzakarah untuk menjayakan misi mustahil mereka ini.

    PAS sebenarnya bertanggungjawab untuk berdakwah kepada UMNO dan bukannya duduk semeja menuruti semua kemahuan UMNO yang pastinya tiada kepentingan untuk pembangunan ISLAM.

    Akhir kata dari saya, buat semua penyokong UMNO, jangan abaikan pesan Tuan Guru Nik Aziz.

    ReplyDelete
  4. Tentang Agama dan Bangsa - seperti yang termaktub dalam perlembagaan, biar Raja yang uruskan

    Pasal Negara/ekonomi/politik/bisnes biar ahli politik yang uruskan.

    Tolong jangan politikkan agama dan bangsa mu untuk mendapat sokongan rakyat jelata

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum

    Muslimin dan muslimat sekalian.Apakah impian dan perjuangan anda sebagai seorang Muslim?

    Sila baca laman blog ini di bawah:

    http://syamil-revert.blogspot.com/
    Tajuk : Abim sokong Muzakarah

    dan komen dan bincang akan saranan blogger berkenaan yang saya rasa cukup bernas sebelum bertindak dengan emosi.

    Wassalam

    ReplyDelete
  6. gua sebenarnya nak komen tapi bila gua baca komen2 kat atas ni tiba2 gua menjadi tak nak komen..sebabnya semua keluar hujah masing2..nampak serius mengomen..ciss, balik kerja ni gua nak pergi lepak kedai kopi le..curi ayat orang2 lama..heh

    ReplyDelete
  7. Pakcik Dari SerendahJuly 23, 2008 at 5:09 PM

    Assalamualaikum,

    Kita kena sedar yang umat Melayu di Malaysia tidak seberapa. Selama ini, di negara yang kecil ini, disebabkan penduduk melayu lebih sedikit dari bangsa-bangsa lain, dapatlah kita bertaut pada kekuatan politik untuk membantu dan memertabatkan bangsa melayu dan islam.

    Sekarang, 'landscape' atau senario politik dah berubah. Melayu sudah berpecah tiga. Satu pihak memperjuangkan bangsa melayu, satu lagi Islam dan yang ketiga ialah melayu lupa diri yang memperjuangkan 'bangsa malaysia'. Mereka ini rasa melayu tidak perlu dibantu lagi, jadi mereka ini hendak semuanya kena sama rata, tiada boleh satu bangsa diberi apa-apa keistimewaan.

    Saya tidak berpihak pada mana-mana parti politik, hanya orang melayu biasa. Saya lihat sekarang orang cina/india sudah tidak kisah hendak menjaga perasaan orang melayu. Mereka akan cakap dan buat apa saja. Tidak payah saya hendak mengulangi perkara-perkara tersebut kerana semua orang melayu sudah sedia maklum.

    Kalau saya orang UMNO, siapa nak saya minta tolong dalam isu ini. Cina dan India telah bersatu dan mengenepikan MCA, Gerakan dan MIC. Tak kan nak minta tolong dengan PKR sebab parti tersebut bukan parti melayu sebenar dan ahli bukan melayu nya tidak akan terima dan tidak akan faham. Hanya PAS sahaja lah yang boleh membantu.
    Membantu UMNO bermakna membantu orang melayu dan takkan UMNO hendak lupakan PAS. Saya percaya integriti PAS jika diterapkan ke dalam UMNO, hanya orang melayu yang akan mendapat kebaikan dan maruah bangsa dapat dikembalikan. Isu 1970an tidak sama dengan sekarang dan pemain nya pun tidak sama jadi PAS tidak perlu risau. Jika UMNO mempermain PAS sekali lagi, jangan diingat ahli akar umbi UMNO/PAS semuanya buta dan tuli. Nahas jadinya nanti....

    ReplyDelete
  8. SARANAN SAYA KEPADA PEMIMPIN PEMIMPIN PAS ADALAH MUZAKARAH DENGAN PUAK PUAK UMNO SAPERTI MUZAKARAH DENGAN IBLIS DAN SETAN. JADI PERSETANKAN MEREKA !

    ReplyDelete
  9. hi NA,

    Good comments, you 'manyak'pandai!

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.