ISU MUZAKARAH : JANGAN PERLEKEHKAN NIK AZIZ

Seorang rakan meminta saya membaca laporan di laman portal Sinar Harian. Sebenarnya, saya tidak berapa ‘gemar’ membaca Sinar Harian sejak mereka menerbitkan artikel dari blog ini tanpa memberitahu saya terlebih dahulu.

Sinar Harian melaporkan, Pemuda UMNO Terengganu berasa terkilan kerana Tuan Guru Nik Aziz tidak membenarkan PAS bermuzakarah dengan UMNO.

Razali Idris, ketua penerangan Pemuda UMNO Terengganu berkata :

“Tafsiran Nik Aziz mengenai muzakarah itu ternyata silap. Dia hanya fikirkan kepentingan politik semata-mata. Kalau kita mengatakan agama dipolitikkan Pas, dia marah tetapi apabila pemimpin tertinggi parti terbabit berbincang dengan pemimpin UMNO mengenai agama, dia suruh hentikan. Itulah yang kita tidak faham.

Saya fikir, kenyataan yang dibuat oleh Razali Idris itu adalah tidak patut sama sekali. Kenyataan sebegitu boleh menyebabkan penyokong PAS lebih membenci UMNO. Apatahlagi, bila beliau secara terang-terangan memperlekehkan Nik Aziz.

Sepatutnya beliau memberikan pendapat yang boleh menyatukan umat Islam di negara ini dan bukannya menghentam individu tertentu. Lebih-lebih lagi individu yang dikatakannya itu paling berpengaruh dalam PAS. Agak-agaknya, apa perasaan beliau kalau presidennya sendiri, Pak Lah dikutuk oleh orang PAS.

Beliau kena faham. PAS tetap mahu bertemu dan berbincang dengan UMNO. Cuma pertemuan itu bukanlah untuk tujuan politik. Majlis Syura Ulamak PAS hanya mahu isi pertemuan itu berkisar tentang agenda Islam. Malah semalam, ketua penerangan UMNO pusat sendiri telah menyatakan, UMNO akan terus bertemu dengan PAS untuk membincangkan isu-isu yang melibatkan agenda Islam.

Sebenarnya orang Melayu tak rugi apa-apa dengan keadaan politik sekarang. Biarpun pemerintahan beberapa buah negeri jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, tetapi hakikatnya pucuk pimpinan di negeri-negeri tersebut masih lagi berada di tangan orang Melayu.

Bezanya, cuma prinsip perjuangan mereka sahaja. Jika kerajaan pusat benar-benar ikhlas mahu menolong orang Melayu dan Islam, janganlah lagi menganak-tirikan negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat. Bukankah kebanyakkan negeri-negeri yang mundur itu majoritinya didiami oleh orang Melayu?

Fikir-fikirkanlah …
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

13 comments:

  1. Salam
    Izinkan sy meminta maaf terlebih dahulu, kerana komen sy kali ini mungkin kelihatan agak keras.
    Sebenarnya penyokong atau pengikut PAS tidak perlu gusar langsung dengan pendapat bodoh dan langsung tak mengunakan akal fikiran oleh 'pemimpin-pemimpin' umno ini, agak janggal tiba-tiba sahaja semua kepimpinan umno bersetuju dengan cadangan bermuzakarah, saya kira mereka ini ibarat lembu yg dicucuk hidung, apa saja orang tua tu cakap (pak lah laa sapa lagi...) semua angguk kepala macam orang takda otak, dh jelas Tuan Guru Tak mau jumpa pemimpin-pemimpin senget seperti ini, dengan muka yang langsung tak reti malu, terhegah-hegah dok canang isu muzakrah ke hulu kehilir, tadi pun hishamuddin dok sokong muzakarah, depa tak reti bahasa ka...??

    entah laaa... semakin parah 'pemimpin-pemimpin' umno ni, kena sawan kot... ;-)

    ReplyDelete
  2. Orang-orang Melayu tidak akan bersatu demi politik

    Tapi orang Melayu bersatu demi agama islam

    Ingat.

    ReplyDelete
  3. saya setuju ngan komen firazzurri dan mustapha

    ReplyDelete
  4. Dear Sister Nur,

    I'm a fan of your Blog. I've just realized that your articles are not appearing on Malaysiakini.

    In fact, when I searched for your earlier postings on Malaysiakini, they seem to have been taken off. It appears your Blog is not the only one to be banned by Malaysiakini, my Blog, Margeemar has also disappeared without a trace from Malaysiakini.

    Both our blogs are hard hitting and it appears to make the BN leadership insecure with our frank but accurate assesments and exposes.

    I always wonder why people like Khir Toyo, Muhammad Taib, Chua Soi Lek, Wong Chun Wai (The Writer) etc always get their Blogs featured in Malaysiakini.

    If this is the case, I beleve Malaysiakini has lost it's credibility. I suggest Sister Nur, that you link your articles to http://malaysianunplug.blogspot.com so that more people will know the truth.

    Regards,
    Imogen

    ReplyDelete
  5. melayu yang melayus , lambat paham cepat lupa, by roots i m bugis + minang = muslim. so i m muslim. not malai chai. hometown k kangsarso i m kangsarian

    salam every body.

    nama saja kita ni beragama islam, banyak perkara tak kita amalkanatau amalkan bila ikut mana yang cenderung. dalam bab menjaga hubungan .... fitnah terlalu nyata hingga kini yang untung bukan islam...patutlah si belanda tu keluarkan cerita fasal .fitna.
    apa yang susah sangat pasal nak muzakarah atau muqabalah ....biar lah ia nya berjalan dulu...knapa nak kecoh sampai semua perkataan berbau permusuhan keluar... sesama melayu . saya katakan melayu ...kalau yang mengaku islam...pasti akan menyambut dengan lapang dada...baik pengikut manamana parti yang melayu ramai...sebab tu aku tinggalkan aliran politik semasa...baik aku ajak semua perkara kebaikan ..aku tengok muka dulu ...hati atau sikap aku tak tau...ajak perkara yang baik.. engkau orang biar diri di bakar nafsu ammarah maki hamun sesama sendiri... solat jemaah dan jumaat pergi... lepas solat bergaduh sesama sendiri... penat je tak memberi bekas dalam hati...nur pun hilang...dalam saat ada sesama kita nak berbaik atau berbincang kenapa tak setuju. kurang kan mulut yang jahat berkata...tengok bukan melayu... satu puak dalam kerajaan lagi satu di luar.... tapi bila bab budaya, pelajaran, bahasa, apa saja mereka bersatu...lu main wayang dlm gomen gua main wayang luar gomen... tapi matlamat kaum, mereka capai... . aku dah merayap banyak blog dah yang aku jumpa semua musuh sesama sendiri...nama bunyi arab...dah tentu muslim...tapi bermusuh sesama sendiri mcm jahiliyah dulu kala... yahudi nasara dan majusi tepuk tangan. pernah ke kau orang lalui zaman 13 mei. mungkin tak krana kau orang masih lagi di alam roh tunggu masa nak muncul ke dunia . aku baca artikal penulis pertama penuh sifat kemarahan....apa mesej nak di sampaikan... marah saja. 1000 orang baca 100000 1 juta 1 dunia baca .....orang akan terpengaruh,yang bukan melayu kata hmmmmm ......ish ish.. apa bangsa ni.

    patut nya kita kuatkan ukhuwah...bersatu hati permusuhan kita redakan...hati hati kita sejukkan. tak payah bukan melayu menghina atau mengata kita ...kerja tu dah di lakukan oleh bangsa melayu sendiri...

    salam pada semua melayu
    ana muslim


    yoptakaful@yahoo.com
    ex reformist. i m non partisan....but when my fellow muslim bro n sis being hit hard i feel the pain.

    ReplyDelete
  6. salam aflah , i dont know hw to contact u. your work is marvellous. pls e mail me your "back to basic". quite touching. u quite sensitive maybe due to your nature. having leaders mindset...good in comunication . a loner who always independant. self reliants in any thing. analytical but sometimes might over analysed. but your audio video n photography works interest me. keep on.

    note. my statement may b right or may b wrong.
    salam
    aji,yoptakaful

    ReplyDelete
  7. cuba buat tambahn...
    tok guru berkata:
    kita akan berbincang tapi bukan atas nama PAS..atas ISLAM
    PAS akan hancur dan hhancur tp ISLAM xkan...
    dan gila ker PAS nak bergabung dengan UMNO??
    selama ini kitamelawan..xkan bila mereka nak tumbang kita nak bersatu??
    (macam tu la bunyinyer..lg snang rujuk sendiri erkk kat ceramah.com)

    ReplyDelete
  8. no pas! no umno! pkr pulak parti idola. zaman nabi mana ada parti parti.... tapi islam berkembang segenap penjuru alam..kecik kecik dulu yang aku tau parti tupperware...mak aku panggil jiran jiran jamu mereka makan ..sibuk ler dia buat kuih muih. sambil hidupkan silaturrahim . promoter datang ... bagi penerangan lepah tu sape nak beli order lah.. dulu ibu ibu mana ada kerja mcm sekarang. cari rezki ikut kemampuan sendiri..melayu masa tu mana ada gaduh gaduh itu tahun68 69 70... zaman dah lama...aku ingat lagi melayu dulu tertib tak la mcm sekarang, lagi sofistikated... perangai melayu sekarang lagi buruk...ngaji tinggi tinggi. hati busuk..mungkin tak semua tapi yang segelintir nak jadi juara....dah pandai nak musnah DEB lar. nak musnah UMNO lar..benci bangsa sendiri. yang buruk perangai manusia bukan organisasi. apa yang kau orang dapat mengata umno . organisasi atas kertas . benci pun benci lah manusia yang perangai jahat hati busuk . dalam dunia mana ada yang tak buat kesilapan...golongan nabi2 dan rasul2 jer yang maksum....he he gelak aku baca tulisan penulis pertama " entah laaa...semakin parah 'peminpin-peminpin' umno ni, kena sawan kot...;-)

    walaupun aku marah juga dengan peminpin tertentu tapi tak lah sampai aku marah organisasi.. aku pernah duduk dalam pas, pernah jadi pengerusi cawangan... tapi aku tengok grass root level pun kalau tak semua pun tapi ada juga yang tak tertib perangai... .

    takpalah engkau orang yang nafsu ammarah berkobar kobar sampai nak musnahkan umno...teruskan...tapi fikir lah adakah parti bukan melayu nak jaga kebajikan bangsa melayu. MARA . RISDA . FELDA. UITM. JPA DULU LLN(TNB) PETRONAS SEMUA agensi kerajaan yang di tubuhkan oleh kerajaan tunjang nya umno berapa ramai orang melayu dapat manfaat. uitm beratus ribu anak melayu yang berjaya. ipta ipta dulu hanya um. tahun 70 an pensyarah melayu pun boleh kira dengan jari . anak melayu nak jadi doktor pun payah . kini kau orang tengok sendiri...melayu berjaya...hasil dari siapa....jgn lupa mak bapak datuk kau orang dulu susah...kalau yang senang tu pulak jgn lah lupa diri...yang senang mak bapak...kau orang kau sendiri mungkin...tapi anak cucu mcm mana....kalau lah semua bandar besar semua bangunan tertera papan tanda sykt ahmad sykt ali dan keluarga...boleh lah kau orang cakap banyak...jom kita robohkan umno...ini tak nak beli opis sekankang kera pun tak mampu...beli rumah flat pun bayar hutang sampai mati pun tak abis...melayu melayu...menang bersorak...cuba engkau orang marah marah pada diri sendiri...kenapa aku ni tak maju maju asyik nak free... nak sabsidi...nak minyak turun....kau orang hanya tau mulut di suap makan minum...aku tinggal makan gaji ...kerja sendiri...dah 11 tahun aku tinggal makan gaji...kerja sendiri jadi tauke jadi kuli...yang muda muda graduan u...aku jumpa aku ajak jom dek kerja sendiri...semua senget muka...nak makan gaji...lepas tu nak kerja gaji 2000 3000. pengalaman takde. suruh kerja dengan bangsa asing penakut...kalau kerja dengan bangsa asing kena anak tiri baru tau...aku pernah kerja company cina. company melayu. kerajaan . glc kerajaan....

    aku tengok budaya bukan melayu terutama cina mereka satu hati.dalam apa hal pun...yang muda rajin..yang tua membantu...tapi yang segelintir melayu ...faham faham lah sendiri. persoalan kat sini.... kalau benci pun...lihat lah secara objektif....nak marah marahlah pada yang buat kesilapan bukan organisasi....kalau lah benci organisasi ...musnah organisasi ...orang lain tepuk tangan...ha ha ha ha....ingat senang ke nak bangun organisasi... nak berniaga goreng pisang dan burger boleh lah hari ni bukak esuk katup. aku satu undi tak pernah aku bagi pd umno sejak mengundi 80an tapi nama aku nak benci pada organisasi umno takda lah sampai tergamak nak memusnahkan ...benci pada individu tertentu jgn semua di benci... aku masih pas ....tapi aku takde ler taksub. kalau yang baik umno lakukan aku terima yang buruk aku tegur....lah. pas pun walaupun aku ahli...aku takder ler taksub... kuasa pas belum mutlak nak perintah negara..kalau merintah belum tau juga...keadaan. pasal reformasi 1998 ceruk mana kl aku tak terlibat berdemo...hampir hampir nak kena belantan kepala...yang aku tengok semua muka melayu...bukan melayu hanya antar wakil...yang kena belasah majoriti melayu.... bila aku fikir balik ikut kata hati mati..ikut kata rasa binasa...yang untung bukan melayu..tapi takkan kita nak marah mereka...mereka berusaha...mereka dapat... tengok lar singapura ...dulu melayu sekarang sape punya...tanya lah diri sendiri...tengok lah isu pulau batu putih...orang dapat pulau aku dapat ketul ketul batu itupun nasib baik ada juga burung2 yang datang ziarah itu pun sebab habitat mereka untuk membiak.

    engkau orang ( puak yang benci sangat kat umno )engkau orang benci kaum sebangsa engkau orang dalam umno...tu , aku nak tanya satu jer....kalau lah takdir negeri ni jadi huru hara bangsa mana yang nak tolong kau orang.....kalau lah kau orang benci sangat umno.... umno musnah ...takpa apa yang korang dapat...takdapat apa ...? tapi belum tau yang engkau orang junjung akan akan jadi parti terbaik...piraaaah.. kalau pas mungkin lah jugak....tapi kalau hati hati manusia mula jadi pelahap jgn cakap kata apa parti pun baik...cuma satu saja halan terbaik...sistem khalifah.... kalau golongan barat dengan cita cita yahudi dengan new world order nya kenapa kita tak balik pada sistem khalifah memerintah tanpa sempadan.apa itu new world order...ha ha engkau pergi lah cari ILLUMINATI apa dia,siapa mereka,apa kah gerakan mereka ...mcm mana mereka bergerak...rangkaian mereka bagaimana....cari cari cari...kenapa minyak naik ..apa peranan mereka....

    dajal akhir zaman mata satu dah ada di mana mana... mereka akan menguasai dunia apa cara sekalipun.

    apa makna "horus" cari cari cari....

    salam semua dan aku sayang bangsa aku....di mana mana.

    ReplyDelete
  9. this kangsarian or yoptakaful had never attend schooling. thats why he talks rubbish.Full of shit !!!

    ReplyDelete
  10. Hello people,

    Please use your brains and avoid religious,racial and nationalistic extremism!
    Read this fabulous comment-

    http://www.malaysiakini.com/letters/86540

    ReplyDelete
  11. marilah bersatu di akhir-akhir zaman ini. tidak kira apa bangsa dan agama marilah bersatu dan bermuafakat.

    ReplyDelete
  12. Oit..Aflah!

    Gua taknak ckp pasal isu muzakarah/muqabalah,gua lebih berminat dgn 'Mat Razali Idris' nih...1 mukim dgn gua nih!(dah berjanggut dah skrg!)

    Tahun lps,gua penah sekali dengar dia berucap kat program belia apa ntah kat Dewan Sivik Kampung Darat Pak Chan,Marang..Terengganu!Program utk nak hulur rm200 kat belia2 kampung gua pakai wang ehsan (Skrg jadi royalti balik!)!

    Tp..gua tgk programnya lebih kepada nk ada2kan platform utk nak bercakap jer!Ngilu telinga gua dgr dia cakap...Kutuk giler Ustaz Hadi Awang (Org Tganu panggil Ayoh Chik!)..

    Perghhh...Politics giler gua cakap lu mamat ni berucap!Ingatkan nak cite soal2 nak bangunkan belia ke?Soal2 hadhari ke? Membe gua yg skolah takat darjah6 yg taktau apa pasal politics bengong dibuatnya...huhu!rm200 punya pasal..

    Cakapnya duk kutuk pembangkang je manjang,kalu cite pasal BN bagus...ke?!BN dasat..ke?!BN..giler2 punya parti ke?!Takde la sengal sgt telinga gua bebb...!rm200 pun duit apa...

    Ni duk kutuk orang?!Ishh..nak blah ada 'jaga' pulak kat pintu belakang dewan...Siot punya orang!rm200 punya pasal..

    Ntah ler...gua pun tak ambik port sgt apa yg mamat ni cakap sbb gua niat sejatinya nak ambik rm200 tu je!rm200 pun duit apa...

    Akhir cerita,lepas mamat tu cakap..berbaris lah gua bersama 100-150 belia kampung gua ambik duit dgn mamat ni...macam YB hulur bantuan kemanusiaan kpd mangsa2 tsunami la pulakk!rm200 pun duit apa..

    So..kalau statement2 kutuk2 dari Mamat ni,gua rasa lu tak perlu herannn maa..!Lagipun,its wild-politics-world/words!!Biasa la tuuu...

    ReplyDelete
  13. Aflah!

    Ops....Sinar Harian??Ish lu nih...ni la paper kegilaan orang2 pantai timur dulu kini dan selamanya...

    Inilah satu2nya paper yg paling update mengenai;
    1-If ada lembu/kambing accident!
    2-Kes2 rogol/cabul!
    3-Kes2 tayar lori tembakau pancit!
    4-Kes longkang tersumbat!
    5-Kes bomba menyelamatkan kucing yg jatuh dalam parit!

    Ala...Skuad Cakna pun macam selebriti gua tgk!Menyampahhhh....

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.