INFLASI 7.7% : PAK LAH PECAH REKOD BARU? Malaysiakini


Bloomberg Asia hari ini melaporkan, kadar inflasi negara pada bulan Jun 2008 ialah sebanyak 7.7% dan sekaligus mencatatkan rekod tertinggi sejak 26 tahun lalu.

Kenaikan inflasi yang mendadak ini sekaligus mencetuskan spekulasi yang Bank Negara akan menaikkan kadar faedah dalam tempoh terdekat.

Datuk Shahrir Samad, Menteri di KPDN&HEP dipetik sebagai berkata :

“Indeks Harga Pengguna untuk bulan Julai turut dijangka akan melebihi 7% dan berkemungkinan besar, Malaysia akan mengikut cara Thailand dan Indonesia yang sudahpun menaikkan kadar faedah mereka.”

Bila ditanya bilakah kerajaan akan menaikkan kadar faedah, Shahrir berkata :

“50-50 dalam minggu ini dan jika tidak, mungkin pada Ogos ini”

Kali terakhir Malaysia mencatatkan kadar inflasi melebihi 6% ialah pada tahun 1998 dan pada waktu itu, kadar OPR semalaman negara telah dinaikkan sehingga 11%.

Setakat ini, Vietnam adalah negara yang mencatatkan kadar faedah tertinggi di rantau Asia iaitu setinggi 14% sejak bulan lalu.

Antara faktor utama yang menyumbang kepada kenaikan mendadak kadar inflasi di Malaysia sekarang adalah disebabkan oleh kenaikan petrol sebanyak 41%, diesel sebanyak 68% dan juga tarif elektrik.

Untuk membendung kadar kenaikan inflasi daripada terus meningkat, maka pihak kerajaan terpaksa menaikkan kadar faedah dan sekaligus akan menyebabkan pertumbuhan ekonomi di negara ini menjadi lembab.

Beberapa penganalisis ekonomi berpendapat, negara ini sudah mula terasa kesan stagflasi dan rakyat akan lebih ketara merasakan kesan tersebut dalam masa sebulan dari sekarang.

Apapun, Pak Lah dah berjaya pecahkan satu lagi rekod baru ;-)
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

18 comments:

  1. JANGAN SALAHKAN SESIAPA. SALAHKAN PENGUNDI 2 SETIA BN (BARANG NAIK ) !

    ReplyDelete
  2. Menaikan kadar faedah utk melawan inflasi tidak mengikut sistem ekonomi Mahahtir.Mana boleh,nanti rakyat tak mahu berhutang,ekonomi tak berkembang.Teori ekonomi Mahahtir lebih baik dari teori Kynes&Smith.Biarkan rakyat berhutang asalkan kroni kenyang.

    ReplyDelete
  3. INILAH PROJEK BN ! BN BN BN BN BANYAK NAIK !!!!! PEMIMPIN UMNO APA TAKUT , INFLASI TINGGI MEREKA LAGI KAYA !!!!

    ReplyDelete
  4. Hi Aflah, ROCK ON!!!! ;)

    ReplyDelete
  5. gaji tak naik....semua barang naik !! Apa yang sudah jadi .... dengan BN telah gagah dengan miserable sekali disegi meningkatkan pendapatan per kapital rakyat !!

    10 tahun dulu fresh start 2000 hingga 2400 dalam sector eletronic.
    Sekaring pun hampir sama, tapi dulu roti canai 40 atau 50 sen .... tapi sekarang 90 sen atau 1 rm ... ini kat mamak saja .... apa dah jadi.

    ReplyDelete
  6. sape suruh undi BN kan.. padan lah dengan muka tu...

    ReplyDelete
  7. "TAHNIAH PAK LAH" pecahkan rekod.

    lain kali bagi BN menanang 100% lagi padan muka. :(

    ReplyDelete
  8. Dulu Anwar pun dah rosakkan ekonomi. Sapa duduk atas tu sama saya. Baik Nik Aziz ke, Hadi ke, Lim Kit Siang ke semua sama saja. Kaji lah sikit Nur Aflah

    ReplyDelete
  9. Ye tu kajilah sikit. Jangan jadi burung kakak tua. Apa yang Malaysiakini kata semua copy. Lebih baik namakan blog ni blog burung kaka tua je.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum,

    1. Kalau berterusan, memang betul seperti yang dijangka, Pak Lah akan menyandang gelaran Bapa Inflasi Malaysia.

    2. Sesuatu harus dilakukan sebelum keadaan menjadi bertambah buruk.

    ReplyDelete
  11. ni burung kakak tua tetiba ni ape cite?

    ReplyDelete
  12. Anon said,
    Dulu Anwar pun dah rosakkan ekonomi. Sapa duduk atas tu sama saja. Baik Nik Aziz ke, Hadi ke, Lim Kit Siang ke semua sama saja. Kaji lah sikit Nur Aflah
    ===================================
    Alasan alasan yang beginilah diguna pakai oleh orang orang UMNO bila dah gagal mempertahankan sesuatu perkara. Asyik asyik nak salahkan orang lain.

    ReplyDelete
  13. COMMODITY FUTURES
    VALUE CHANGE % CHANGE
    Oil 124.79 0.35 0.28
    Gold 924.70 1.90 0.21
    Natural Gas 9.72 -0.07 -0.69

    bile nak trunkan harga minyak weih...minyak global dh trun..ape lg..trunkn la harga minyak woiii..mmg mapuih krajaan nk trunkn harga minyak..pui..

    ReplyDelete
  14. Yang adik mau commentkan ialah 'Bukan SHJ Pak Lah tapi ada Banyak lagi Banyak lagi ahli parlimen BN Memecah Record'.

    Harga minyak naik melampau;

    Skandal Sex;

    Rasuah, 'makan' duit, Kaki2 Kerajaan Tipu Duit Rakyat dgn beli Barangan tidak berfaedah+report receipt dgn Harga yg Lebih Tinggi;

    Cikgu suka pukul pelajar;

    Menteri 'Besar' Pendidikan Tunjuk Pisau(yg tunjuk keris ni buat pe? akshen tunjuk keris u lawak sangat ke?);

    Sammi Vellu dgn Hal Ehwal Temple;

    Panggil Pasukan 'Polis Gila' 'jaga' (sambil mereka pancut air & tembak ubat sakit mata kepada org ramai(Hari itu saya pun ada di situ, terkena ubat itu, sial btul, polis Gila btul)) di Masjid Jamek pada hari orang ramai berhimpun demi demokrasi utk dapat pengundian yg 'Bersih'

    Smua ini contoh2 - PECAH RECORD...
    Itulah cakap tak srupa bekin, suka bekin benda2 non-sence, makan duit banyak, yg Kaya lebih Kaya, yg miskin susah mau cari makan.

    Yg terakhir saya mau cakap iala, oh Mr. Pak Lah, u jadi Menteri Besah mana pun I tak kesah. Tapi lu jadi PM I kurang suka, BN under u mesti mati punya, under Najib pun boleh mati, carilah orang yg berkalibel utk pimpin Kita punya negara lah. Tolong Lah...

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. Sosial-ekonomi terjejas disebabkan orang politik yang perintah negara bukan pakar ekonomi.kononnya nak buat projet besar(Kaut untung sendiri)MINYAK DI NAIKKAN-tinggi.nak turun minyak fikir sepuluh kali,takut projet tak jadi,nak lambak tempat mengudi.apa dah jadi takut tidak jadi pak menteri lagi,ini amanah rakyat.jangan ikut kepala sendiri.Hentilah...tak malu kah.MUKA TU NAK LETAK KAT MANA.

    ReplyDelete
  17. alahai apa susah susah... sapa berkuasa dia lah punya........

    senang jer ... apa pening kepala. cari jer financial planner. insyaallah mereka boleh tolong.

    ReplyDelete
  18. alahai apa susah susah... sapa berkuasa dia lah punya........

    senang jer ... apa pening kepala. cari jer financial planner. insyaallah mereka boleh tolong.

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.