BAHANA SEKULARISME (BAHAGIAN 1)

Rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam tentunya sudah biasa mendengar perkataan sekularisme. Malah, ada yang beranggapan bahawa negara ini adalah sebuah negara sekular. Tapi, apa yang saya ingin ketengahkan di sini ialah, sejauhmanakah kita benar-benar faham tentang makna sekularisme dan kesan polisi sekularisme terhadap negara ini.

Perkataan sekularisme diperkenalkan oleh penulis British yang bernama George Holyoake pada tahun 1846. Secara amnya, fahaman sekularisme ditafsirkan sebagai memisahkan pentadbiran(politik) dan undang-undang daripada agama. Dalam erti kata yang mudah untuk difahami, fahaman ini memperjuangkan hak untuk bebas dari ajaran dan peraturan agama.

Menurut fahaman sekularisme, politik dan agama tidak boleh disatukan. Jika kita membaca sejarah sekularisme, antara sebab utama fahaman sekularisme ini wujud ialah disebabkan oleh perpecahan yang berlaku dalam agama Kristian. Perlu diingat bahawa fahaman sekularisme tidak pernah menolak atau tidak mempercayai agama. Fahaman ini hanya cuba mengasingkan kuasa agama daripada institusi pentadbiran dan undang-undang.

Fahaman sekularisme ini telah ditentang oleh ahli-ahli agama termasuk Kristian dan juga Islam. Ini kerana, dalam kepercayaan agama Kristian dan Islam, pentadbiran dan undang-undang adalah sebahagian dari agama dan ianya tidak boleh dipisahkan. Pentadbiran ataupun undang-undang sesebuah negara itu mestilah berteraskan kepada ajaran agama.

Negara Malaysia misalnya adalah bekas jajahan British dimana wujudnya fahaman sekularisme. Undang-undang serta perlembagaan negara ini telahpun digubal berdasarkan kepada fahaman sekularisme. Memang benar Islam dijadikan sebagai agama rasmi, tetapi sistem pentadbiran dan juga undang-undangnya telah dipisahkan dari ajaran agama.

Kini, fahaman sekularisme mula mendapat tentangan daripada masyarakat dunia. Malah Pope Benedict XVI sendiri menuduh fahaman ini sebagai penyebab utama kepada semua permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat dunia moden. Fahaman sekularisme telah dikenalpasti sebagai penyebab kepada penularan fahaman ‘athies’, gerakan anti-agama, pergaulan bebas, gay dan lesbian, amalan memuja syaitan dan sebagainya.

Untuk bahagian pertama ini, saya ingin memberikan satu contoh produk yang dihasilkan oleh fahaman sekularisme. Namanya Wafa Sultan. Dilahirkan dari sebuah keluarga Islam di Syria dan kemudiannya berhijrah ke Amerika. Fahaman sekularisme telah menyebabkan dia mengaku pada kewujudan Tuhan tetapi menolak semua jenis agama.

Di bawah ini ialah petikan video ucapan Wafa Sultan yang mengaku dirinya pejuang sekularisme dan menolak semua fahaman agama.



Di bawah ini ialah respon Dr. Yusof Al-Qaradawi mengenai kenyataan yang dibuat oleh Wafa Sultan.



Bersambung …

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

3 comments:

  1. we live in secularism society now?
    what a sad..

    ReplyDelete
  2. Aslm,

    Fahaman sekularisme berpunca daripada "ego" di mana manusia lebih percaya dan mempentingkan diri daripada orang lain.

    Pengakuan mempercayai wujudnya tuhan cuma sebagai alasan mengelakkan diri daripada kena rejam atau kritikan masyarakat sekeliling, kerana dengan mengakunya kepercayaan kepada tuhan; orang yang berpegangan fahaman sekularisme masih meninggalkan jalan untuk berpatah balik...

    Fahaman sekularisme cuma berlaku dengan mekanisma kemasyarakatan yang lebih cenderong kepada kebendaan, ia tidak memberi sebarangan imbuhan atas kerohanian seseorang, atau sebuah masyarakat.

    Secara keseluruhan , Jelas bahawa kewujudannya tidak lari daripada fahaman yang meletak manusia di tempat yang lebih tinggi daripada tuhan di dalam kehidupan duniawi ini, dalam Islam kita menamakan ini MUNAFIK.

    Sebagai peringatan, jangan lupa perjanjian syaitan dengan Allah SWT; anak cucu nabi Adam akan disesatkan dengan cara apa sekalipun....

    wasalam,
    alip yip
    21/07/08

    ReplyDelete
  3. semoga laknat Allah ke atas perempuan itu dan musuh2 Allah SWT

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.