Bertudung tapi power main gitar elektrik



BERTUDUNG tetapi pandai bermain gitar elektrik genre muzik metal, itulah yang mencuri perhatian pengguna laman sosial Facebook dan laman Youtube terhadap gadis berusia 16 tahun ini.

Video gadis yang berasal dari Bandung Indonesia ini telah menggunakan nama MelSickScreamoAnnie dan berjaya menarik 967,536 tontonan sejak dimuatnaik Mac tahun lalu.

Rata-rata komen kagum bakat Meliani Siti Sumartini, antara komen-komen pelayar adalah:

"Saya tidak kisah sama ada dia Muslim atau yang lain.. anda sangat berbakat..bagus sekali"

Ada juga yang memberi kata-kata semangat kepadanya untuk teruskan minat muzik metal.

Kebanyakan komen juga turut memuji gadis yang mahir bermain gitar ini kerana bertudung.

Memetik laporan Tribun Manado, Meliani kini bersekolah di SMK Pasundan 3, Bandung Indonesia.

Minatnya pada muzik genre ini terserlah apabila dia memiliki poster Avenged Sevenfold di dinding bilik tidurnya.
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.