Adakah Mat Sabu sanggup 'kamikaze' cabar jawatan Presiden PAS?



Malaysiakini melaporkan:
Setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali yakin Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan kekal sebagai Presiden PAS tanpa bertanding, pada pemilihan parti itu Jun ini.

Mustafa berkata setakat ini, tidak ada mana-mana pemimpin dalam parti itu yang akan mencabar Abdul Hadi. - Mkini.
Juga dilaporkan:
"Setakat yang saya tahu tidak ada pertandingan bagi jawatan presiden," katanya kepada pemberita selepas majlis kutipan dana pasca banjir di Kota Bharu hari ini.

Mengenai jawatan timbalan presiden PAS yang disandang Mohamad Sabu, Mustafa berkata jawatan itu dijangka akan berlaku pertandingan. - Ibid.
Sungguh, aku pun tak rasa ada pemimpin PAS yang sanggup 'kamikaze' mencabar TG Hj Hadi jawatan Presiden PAS. Pasainya kalau ada pertandingan tentu punya TG Hj Hadi akan menang dan pencabarnya akan kalah teruk.

Lagi pun Tn Hj Husam Musa dalam program Masa Depan & Halatuju PAS minggu lepas dah pun buat pendirian:
"10 orang Husam tidak akan sama dengan Tuan Guru Haji Hadi. Adakah orang akan calonkan saya, muka saya ni....ketawa. Janganlah nak pancong saya dengan isu ini." - Facebook.
Kecuali la kut kalau Tn Hj Mat Sabu dapat pencalonan lebih banyak dari yang TG Hj Hadi dapat untuk jawatan Presiden PAS tu. Tu pun aku yakin TG Hj Hadi jugak yang akan menang, mempertahankan jawatan tu.

Berbeza pulak dengan jawatan Timbalan Presiden, tentu punya akan ada pencbar pasainya dalam pemilihan sebelum ni pun jawatan Timbalan Presiden dipertandingkan dan Tn Hj Mat Sabu bernasib baik sebab cuma dicabar Ust Nik Amar dan cuma dapat kelebihan 98 undi.

Lagi pulak dengar khabarnya, geng 'pendekar sakti' dah lama susun gerakan untuk 'menggulingkan' Mat Sabu dari jawatan Timbalan Presiden tu dan katanya depa dah buat keputusan kali ni depa nak jolok Ust Tuan Ibrahim pulak untuk cabar Tn Hj Mat Sabu.

Dan kalau betul jadi pertandingan satu lawan satu antara Tn Hj Mat Sabu dengan Ust Tuan Ibrahim Tuan Man, aku rasa majoriti perwakilan akan bagi undi kepada Ust Tuan Ibrahim.

Cumnya takkan kut Ust Nik Amar senang-senang nak wala' dengan kemahuan geng 'pendekar sakti. Tambahan pulak peluang Ust Nik Amar untuk kalahkan Tn Hj Mt Sabu lebih besar kali ni, tambah-tambah kalau RUU berkenaan Hudud Kelantan berjaya dibentangkan di parlimen sebelum muktamar PAS nanti.

Untuk rekod, dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden pada tahun 2011 Tn Hj Mat Sabu dapat 420 undi berbanding Tuan Ibrahim 399 dan Nasha 224.

Apa pun, aku yakin pemilihan kali ni akan ada beberapa kawasan yang akan mencalonkan pemimpin lain sebagai Presiden PAS sebagai satu 'isyarat' kepada TG Hj Hadi.

Akhir sekali, aku masih tetap berharap angan-angan aku untuk Pemilihan PAS 2015 ni akan jadi kenyataan.

Ini adalah pendapat dari blog Cenangau
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.