PAS SELANGOR MAHU KELUAR DARI KERAJAAN PR?


Satu perhimpunan mendesak PAS Selangor keluar dari Pakatan rakyat akan diadakan pada 27 Dis 09 jam 1100 di Pej PERHUBUNGAN PAS Sel. No. 13C, Ting. 3 BLOK 1, WORLDWIDE BUSINESS CENTRE, SEK. 13, S/ALAM. Penyerahan memorandum juga akan dilakukan dan di terima sendiri oleh Dato Hassan Ali. Hadir beramai2 demi

SMS di atas dipercayai mula dihantar kepada penyokong PAS malam tadi. Perkara ini telah didedahkan oleh Pak Bakaq [di sini].

Menurut Pak Bakaq lagi, sms itu diterima dari orang yang boleh dipercayai tapi beliau tak berani kata sms tu betul ke tak.

Komen Nur Aflah:

Kelakar pulak bila sms tu menyebut Dato Hasan Ali akan serah dan terima sendiri memorandum itu.

Kenapa pulak Dato Hasan Ali tak serahkan saja memorandum tu pada PAS Pusat? Bukankah itu caranya kalau benar PAS Selangor mahu keluar dari kerajaan campuran di Selangor.

Macam tak masuk akal je..

Apapun, kita tunggu perkembangannya nanti....

SELEPAS DIKEMASKINI JAM 9.57 PAGI

Harakahdaily melaporkan, Umno dipercayai sedang menggerakkan satu perhimpunan kononnya untuk mendesak agar PAS Selangor keluar dari Pakatan Rakyat.

Menurut satu sms yang dihantar kepada Harakahdaily, perhimpunan itu akan diadakan esok 27 Disember jam 11 pagi  di perkarangan pejabat perhubungan PAS Selangor dekat sini.

Dalam perhimpunan itu, sms itu memaklumkan, satu memorandum akan diserahkan dan menurutnya memo itu akan diterima sendiri oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali.

"Datanglah beramai-ramai demi kepentingan Melayu...," tulis sms itu.

Ketika disemak dari penghantar sms itu, didapati sumbernya adalah penggerak Umno di negeri ini.

"Dia nak ambil kesempatan dari isu yang berlaku di Selangor sekarang untuk memecahkan PAS," kata sumber yang menghantar mesej ini kepada Harakahdaily.

Sementara itu, blogger Raja Petra Kamarudin dalam tulisannya memberitahu, para pemimpin Umno telah memberitahu orang-orangnya dalam agensi kerajaan negeri ini bahawa Barisan Nasional akan mengambil alih Selangor Januari ini.

Ekoran itu, katanya, banyak agensi kerajaan negeri yang masih dipimpin oleh penyokong Umno 'tidak berfungsi sebagaimana yang sepatutnya'.

Ini kerana, mereka menunggu apakah kerajaan negeri Pakatan di Selangor ini akan jatuh atau tidak ke tangan BN Januari ini sebagaimana yang dijanjikan pemimpin Umno itu
.
Adalah dipercayai, jika benarlah tulisan Raja Petra ini bermakna antara strategi Umno adalah dengan memecahkan PAS di Selangor dan seterusnya memecahkan Pakatan Rakyat. [Sumber]


Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments:

  1. emm,,masalah prolem sekarang niyang rumt bertambah kusut lah nampak nye sebab macam ada bau kepentingan pribadi je kat sini.....emm Raja Petra tu cam tau je..pasal rancangan dia orng..harap-harap bukan si pemberi sumber tu punye idea..

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.