KENAPA MAHATHIR BANGKITKAN ISU MIG 29?

“Dah baca blog Mahathir?” tanya kawan saya melalui sms.

“Jap g” balas saya.

Sekejap tadi saya buka blog Mahathir dan baca entri terbarunya tentang MIG 29.

Ada 10 perkara yang beliau catatkan dalam entri terbaru itu.

Tapi saya sangat tertarik dengan perkara 5 yang berbunyi:

5. Penjualan dan pembelian pesawat oleh Kerajaan mampu memberi keuntungan besar (berjuta-juta) kepada orang tengah. Apakah ada kepentingan orang tengah yang mempengaruhi keputusan kondem MiG-29 untuk beli yang baru?

Pada saya, inilah perkara penting yang cuba Mahathir sampaikan kepada umum.

Yang saya faham, Mahathir tidak setuju kalau kerajaan mahu tukar juga MIG 29 kepada pesawat lain kerana keputusan itu hanya akan menguntungkan orang tengah.

Mahathir kata orang tengah itu akan dapat berjuta-juta.

Siapa orang tengah itu?

Untuk menjawabnya, saya memetik berita Mstar hari ini yang berbunyi:

Beliau mengulas keputusan kerajaan yang diumumkan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika menghadiri sidang Dewan Rakyat baru-baru ini yang berkata perkhidmatan MiG-29 akan diberhentikan pada tahun depan.

Ahmad Zahid memberitahu, penamatan perkhidmatan pesawat selama 10 tahun itu kerana peningkatan ketara kos penyelenggaraan dan operasi jet-jet MiG-29N sebanyak 16 pesawat itu.

Antara pesawat yang menjadi pertimbangan untuk menggantikan skuadron itu ialah SU-35, FA-18 E/F Super Hornet, JAS Gripen, Eurofighter Typhoon, Dassault Aviation Rafael, F-16 C/D Block 52 dan mungkin juga F-15 Eagle.

Oooh… Rupa-rupanya Mahathir ‘nak tanya’ pada Zahid Hamidi.

Habis tu… apa kaitan isu MIG 29 dengan Zahid Hamidi?

Kalau nak tahu, anda kena baca [artikel ini]. Ada yang tersirat di sebalik entri terbaru Tun Mahathir itu...


-->
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

3 comments:

  1. hurm...no komen...
    i juz love to read blog tun...

    ReplyDelete
  2. hehehe...politik.ade jer muslihat tersendiri

    ReplyDelete
  3. Pembelian peralatan tentera dilakukan melalui 'local agent' bagi syarikat pembuat senjata. Mereka inilah orang tengah. Berniaga dengan air liur. Maka berebutlah sesiapa yang mempunyai 'connection' untuk mejadi local agent mana-mana pengeluar peralatan senjata.

    Begitulah alkisahnya.

    Mungkin sudah tiba masanya kita tidak memerlukan 'local agent' lagi. Pembelian boleh dibuat dengan rundingan terus dengan pengeluar senjata.

    Saya bersetuju dengan Tun M. MiG 20 perlu dibaik pulih. India masih menggunakannya dan merupakan kuasa udara yang digeruni oleh Pakistan, walhal mereka menggunakan MiG 29 lebih awal dari Malaysia.

    Persoalan saya, adakah semua enjin jet MiG 29 juga telah hilang?? Sehinggakan semuanya hendak dikondem?

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.