INI SANGAT MERBAHAYA!


 Adakah Rakyat Malaysia mahu jadi macam dalam gambar di atas?


IPOH 20 Dis. — Semua syer milik kerajaan dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) akan dikurangkan mulai tahun depan bagi menambah kecairan kewangan yang dimiliki oleh kerajaan, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata, langkah tersebut yang melibatkan 17 GLC di bawah Kementerian Kewangan merupakan antara pendekatan yang dilaksanakan kerajaan bagi memastikan ekonomi negara terus berkembang sebanyak lima peratus pada 2010. [Utusan]

Apa yang dapat kita fahami dari berita di atas?

1) Kerajaan terpaksa menjual syernya dalam GLC untuk mendapatkan tunai. Ertinya, syer tersebut akan berpindah-milik kepada individu ataupun syarikat swasta.

2) GLC adalah syarikat yang berkaitan dengan kerajaan. Maksud mudahnya, syarikat tersebut adalah milik rakyat Malaysia yang diuruskan oleh Kerajaan Malaysia.

3) Isunya kini, apakah nama 17 GLC yang akan dikurangkan pemilikannya oleh Kerajaan? Adakah ianya melibatkan GLC yang berhubungan langsung dengan kebajikan rakyat?

4) Adakah 17 GLC tersebut melibatkan kepentingan strategik negara. Jika ya, apakah impaknya terhadap rakyat negara ini? Ingatkah kita lagi bagaimana kes saham Telekom dulu yang dibeli oleh Temasek Singapura?

5) Berapakah jumlah tunai yang mampu diperolehi oleh kerajaan Malaysia jika menjual syer tersebut kerana kebanyakan harga saham di Bursa Malaysia masih lagi berada di bawah paras harga sebenar?

6) Apa sudah jadi dengan wang 5 billion yang sudah dilaburkan kerajaan ke dalam Bursa Malaysia melalui Valuecap? Adakah pelaburan itu sudah pulang modal?

Cukuplah 6 soalan di atas untuk diajukan Ahli Parlimen Malaysia ketika bersidang di Dewan Rakyat nanti.




Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.