Jika ada pertandingan, pilihanraya kecil Bukit Gantang akan diadakan pada 7 April 2009.
Ketika pilihanraya Mac 2008, Allahyarham Roslan Shaharum dari PAS berjaya menewaskan Dato Seri Azim Zabidi yang juga bendahari UMNO dengan majoriti tipis 1,566 undi. Seorang lagi calon yang bertanding, M Morgan dari BEBAS hanya mendapat 872 undi.
Kerusi Parlimen Bukit Gantang mempunyai 55,562 pengundi berdaftar dan 40% daripadanya adalah pengundi bukan Melayu. Dalam kebanyakkan jangkaan awal yang dibuat oleh para blogger, PAS dilihat mampu untuk mengekalkan penguasaan mereka di kerusi itu. Bagaimanapun, undi yang bakal diperolehi oleh PAS mungkin akan berkurangan.
Jika krisis perlantikan MB Perak masih berlarutan dan keseluruhan DUN Perak tidak dibubarkan sebelum hari pengundian, PAS dijangka menghadapi laluan sukar untuk mengekalkan kemenangan mereka dan jangan terperanjat jika ada yang menyatakan, PAS mungkin tewas.
Ada beberapa sebab yang boleh membuatkan PAS menghadapi kemungkinan itu:
1) Tarikh mengundi jatuh pada hari bekerja
Hari pengundian jatuh pada hari Selasa. Pengundi yang berada di luar daerah dijangka tidak dapat pulang bercuti kerana keadaan ekonomi yang kian meleset. Memandangkan kini adalah musim pembuangan pekerja, mengekalkan rekod kedatangan yang bersih adalah lebih utama daripada membuang undi. Berkemungkinan besar, peratusan keluar mengundi hanya 70%.
2) Sokongan kaum Cina boleh merosot
Ketika PRK Kuala Terengganu, undi kaum Cina jelas memihak pada Barisan Nasional. Keadaan yang sama dijangka berulang kerana buat masa ini, kaum Cina lebih mementingkan kedudukan ekonomi mereka. Jika BN berjaya memberikan sesuatu yang menguntungkan mereka, tidak mustahil mereka akan memilih Barisan Nasional.
3) Kemungkinan wujud pengundi hantu
Jika terdapat usaha pihak tertentu untuk menggunakan khidmat pengundi hantu, maka masa sebulan lebih ini boleh digunakan untuk merancang pelbagai strategi. Jika 1,000 pengundi hantu berjaya mengundi pada hari pengundian, jumlah itu sudah cukup untuk menewaskan PAS.
4) Isu Raja
Isu sembah derhaka Nizar dan keinginan Karpal Singh untuk menyaman Sultan Perak tentunya akan menjadi strategi utama BN bagi memburukkan imej PAS di mata pengundi Melayu. Jika pengundi muda tidak keluar dan jentera PAS gagal membalas tuduhan itu, tidak mustahil BN akan mendapat sokongan daripada pengundi Melayu.
5) Faktor ekonomi semasa
Jika keadaan ekonomi semasa dijadikan pertimbangan utama para pengundi, kemenangan PAS tidak akan membawa apa-apa makna yang besar pada mereka. Jumlah anggota PR dalam Dewan Rakyat masih sama dan ianya tidak mampu menggugat kerajaan BN di peringkat persekutuan. Bajet mini yang bakal dibentangkan oleh Najib mungkin mampu menarik sokongan pengundi.
6) Kelemahan PKR
Perubahan kerajaan yang berlaku di Perak berpunca dari 2 ADUN PKR. Malah ADUN PKR di Bukit Selambau, Kedah yang meletakan jawatan juga dikaitkan dengan isu moral. Manakala skandal YB Elizabeth dan kes rasuah MB Selangor juga memburukkan lagi imej PKR di mata pengundi. Isu moral yang sedang melanda pemimpin PKR (termasuk kes liwat DS Anwar yang masih belum selesai) boleh mendatangkan implikasi buruk kepada imej PAS di mata pengundi Melayu dan Islam.
7) Peralihan kuasa dalam UMNO
Peralihan kuasa yang berlaku dalam UMNO boleh mendatangkan semangat baru kepada penyokong dan jentera UMNO. Jika di PRK Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, UMNO sedang bergelut dengan masalah dalamannya, kali ini ianya berbeza. Kebanyakan calon yang bertanding pula sudahpun mempunyai kedudukan dalam pentadbiran kerajaan dan risiko untuk UMNO berpecah sokongan mungkin tidak seburuk dahulu.
Bagaimanapun, PAS dijangka mampu mendapat kepercayaan pengundi India kerana krisis yang melanda MIC masih lagi belum reda, pengharaman Hindraf masih dipertikaikan mereka, kes penderaan mendiang A Kugan masih segar dalam ingatan mereka dan keberanian Speaker DUN Perak melawan kerajaan baru BN membangkitkan lagi semangat mereka untuk menjatuhkan BN.
Kesimpulannya, jika keseluruhan DUN Perak tidak dibubarkan dan faktor-faktor di atas diambil-kira, tidak mustahil BN akan menang dengan majoriti tipis.
Apapun, masih terlalu awal untuk membuat analisis yang lebih tepat kerana buat masa ini, krisis di Perak sedang berhadapan dengan 2 kemungkinan yang boleh berlaku iaitu sidang undi tidak percaya ke atas Zambry untuk pembubaran DUN atau pengumuman Darurat.
TIPS:
1) Paparan semua blog lebih pantas, menarik dan selamat jika anda menggunakan pelayar FIREFOX!
2) Sertai peraduan mudah ini! Klik di sini untuk keterangan lanjut.
3) Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda. Klik je sini
- Blogger Comment
- Facebook Comment
13 comments:
PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Apa punya analisa la ni? Sekarang ni bukuan tahun 1969 lagi. Semua orang dah sedar apa yang berlaku dalam dunia politik, termasuk orang yang buta huruf sekali pun. Cuma satu perkara yang dapat mengalahkan PAS di PRK ini, undi antoo...
ReplyDeleteSaya setuju dengan analisis itu. Kalau bilangan pengundi bukan Melayu sangat besar iaitu 40%,memang sukar untuk parti Islam PAS menang kalau tanpa ada tsunami politik.
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteSaya yakin penyokong PAS masih ada dan pendirian mereka masih belum berubah. Tapi bagaimana penyokong PKR dan DAP? Saya tidak pasti.
Jumlah pengundi bukan Melayu yang begitu besar memang boleh menjadi faktor penentu dalam pilihan raya ini. Soalnya majoriti mereka berpihak kepada siapa?
Satu analisa yang baik. Masa masih panjang kedua-dua pihak tentunya mempunyai strategi masing-masing.Kalau Pas kalah bualan tetap mengambang dan kalau Umno menang pun tak boleh duduk senang.Yang pentingnya rakyat ingin hidup senang dan mati pun senang.
ReplyDeleteAnalisa yang baik,
ReplyDeleteSaya berpendapat undian tidak bergantung kepada berapai ramai penyokong parti politik.. Undi atas pagar @ non-fanatic voter, rakyat biasa yang akan menentukan kemenangan calon.
isk isk..
ReplyDeletepru12 tu semua undi cina dan india lah yg menjahanamkan BN.
di KT undi cina 'bersembunyi' kerana diugut buli.
kerana disitu(terengganu)mereka adalah minoriti.
bygkan satu terengganu hanya di KT ada cina.!!
instead,pengundi cina telah membantu dengan memberi bantuan kewangan kepada PR!!!!
di Perak, 18 kerusi dun dimenangi oleh DAP.
semua kawasan yang ada 30% lebih pengundi bukan melayu dimenangi PR!!!.
dlm pru12 hanya kawasan pengundi melayu melebihi 80% dimenangi oleh uMno.
gitu lah ceritanya...
tapi apa nur tulis tu kita jadikan perringatan waspada.
kalau PR menang itu adalah kehendak Allah S.W.T kalau PR kalah sekalipun itu juga kehendak Allah S.W.T. Apa yang penting adalah kemenangan moral yang tidak ada surut naiknya.. Buat apa menang kerana menipu , duitan sedangkan moral sudah jatuh sejijik najis.. MasyaAllah..
ReplyDeleteSokongan kaum Cina di KT berbeza sama sekali dengan Perak, tambah2 lagi dgn isu rampasan kerajaan secara desprado oleh Najib. Rasanya PAS boleh dapat 70% undi kaum Cina. Begitu juga undi kaum India dijangka memihak kpd PAS. Yang menjadi penentu adalah kaum Melayu.
ReplyDeleteKalau UMNO mainkan isu derhaka, tanah 999 tahun & Camry pun belum tentu memberi hasil. Keadaan ekonomi pun tdk menyebelahi UMNO, tambah2 dgn tindakan menaikkan tol tu. Strategi membeli & merasuah pengundi pun telah gagal di KT. Peralihan kuasa dalam UMNO pula belum tentu menjanjikan keajaiban, tak kan lah kem Pak Lah nak biarkan semudah itu.
ATU ANALISA YANG KURANG TEPAT. tEPAT TAPI KURANG TEPAT. hAAA. MASIH ADA ISTILAH PENGUNDI HANTU. bUKAN PENGUNDI SYAITAN????SEBENARNYA RAKYAT MELAYU KHASNYA SUDAH TAHU AKAN AKAL JAHAT PR SETELAH MENCUBA MEREKA SELAMA HAMPIR SETAHUN MEMERINTAH DI LIMA NEGERI. BAGAIMANA JAHATNYA KARPAL SINGH, LIM GUAN ENG KEPADA BANGSA MELAYU DAN PENAKUTNYA UNTUK BERJUANG DIKALANGAN PEMIMPIN MELAYU DALAM PKR DAN PAS. MEREKA DAYUS KERANA TIDAK TEGAS MEMPERJUANGAN AGAMA DAN BANGSA. SUARA KAUM CINA DAN INDIA YANG BERSIFAK PERKAUMAN MENGAMBIL TEMPAT DAN SANGAT VOKAL SEKALI. NIZAR JELAS KALAH DENGAN DESAKAN PEMIMPIN DAP DI PERAK DAN HANYA MENJADI SEOLAH BONEKA SEMATA.
ReplyDeletewell said bungaraya..
ReplyDeleteBungaraya,
ReplyDeleteSekiranya awak berada di Sabah, Saya dengan sukarela memberi awak bukti bukti dimana UMNO menggunakan Pengundi Hantu. Sudah menjadi kebiasaan UMNO selalu menafikan penyalahgunaan kuasa. Seperti biasa komen Bungaraya langsung tidak memberikan fakta, selalu membuat fitnah keran itu adalah budaya UMNO.
Salam,
ReplyDeleteSiapa dapat nafikan UMNO cukup FOBIA kini untuk menghadapi apa jua jenis pilihanraya kerana majoriti rakyat kini terlalu matang membuat keputusan demi masa depan mereka...
thx!
Assalamualaikum,
ReplyDeleteBagi kita yang Islam, lupakah kita Ya Allah Ya "Alim, Allah yang maha mengetahui. Segala urusan dunia adalah urusan Allah.
Degan segala gala yang berlaku kebelakangan ini, tidak kah kita sedar bahawa Allah telah menunjuk kan siapakah yang berjalan mengikut jalan yang lurus dan siapa yang menggunakan tipu daya demi mendapatkan kuasa di dunia ini. Allah juga memberi kita peluang untuk mengikut jalan yang mana yang hendak kita ikuti. Kita bertanggong jawab atas pilihan kita sendiri.