TIADA LAGI TEMPAT SELAMAT DI GAZA


Pegawai agensi bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) merayu kepada masyarakat antarabangsa supaya melindungi orang awam Gaza kerana tiada lagi tempat selamat di wilayah berkenaan.

"Perkara pertama dan terakhir semua orang berkata kepada saya ialah tolonglah, kami perlu perlindungan, tiada lagi tempat yang selamat," kata Pengarah Operasi Agensi Penyelamat PBB, John Ging, kepada pemberita dari Geneva menerusi lintasan video.

Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada 971, lapor Kementerian Kesihatan Gaza, termasuk 400 wanita dan kanak-kanak. Israel berkata, 10 askarnya maut dan tiga orang awam diserang roket juga terbunuh.

Seorang jeneral kanan Israel berkata, banyak lagi perlu dilakukan dalam serangan terhadap Hamas di Semenanjung Gaza yang memasuki hari ke-19 semalam, ketika kereta kebal Israel serta askarnya semakin dekat ke bandaraya Gaza.

"Bunyi letupan dan mesingan bergema di seluruh Gaza, sebuah bandar raya dengan 500,000 penduduk, selepas kereta kebal Israel mara semakin dekat ke kawasan padat penduduk, tapi tidak memasukinya," kata saksi. Kereta kebal itu nampak seolah-olah sedang menguji reaksi pejuang Hamas.

Bunyi letupan dapat didengar sehingga lewat malam di sekitar Semenanjung Gaza, walaupun tiada laporan kecederaan terbaru.

Talat Jad, seorang penduduk berusia 30 tahun dari kawasan Tal al-Hawa di pinggir selatan Bandaraya Gaza, berkata dia dan 15 anggota keluarganya berkumpul dalam sebuah bilik di rumah mereka dan terlalu takut menjenguk ke luar tingkap.

"Kami juga mematikan bunyi telefon bimbit kerana bimbang askar di kereta kebal dapat mendengarnya," kata Jad.

Kakitangan perubatan berkata, 23 pejuang Palestin, kebanyakan anggota Hamas dan tujuh orang awam, terkorban dalam pertempuran terbaru.

Di Kaherah, wakil Hamas menyambung perbincangan mengenai gencatan senjata yang dicadangkan Mesir, yang bersempadan dengan Semenanjung Gaza dan Israel.

Pesawat tempur Israel menyerang 60 sasaran, termasuk terowong yang digunakan pejuang untuk membawa masuk senjata dari kawasan sempadan Mesir. Dua roket meletup di Beersheba di selatan Israel tanpa mengakibatkan kecederaan.

"Kami sudah memperoleh kejayaan besar ketika menyerang Hamas dan infrastrukturnya, sayap pemerintahan dan bersenjatanya, tapi banyak lagi perlu dilakukan selepas ini," kata Panglima Tentera Israel, Leftenan Jeneral Gabi Ashkenazi kepada jawatankuasa Parlimen.

Ashkenazi berkata, pesawat Israel melakukan lebih 2,300 serangan sejak ia dimulakan pada 27 Disember lalu, yang paling hebat terhadap penduduk Palestin dalam dekad ini.

Hamas berkata, Israel mesti menarik balik semua askarnya di bawah cadangan gencatan senjata dan menamatkan halangan ke Semenanjung Gaza yang diperketatkan selepas pergerakan berkenaan merampasnya daripada puak yang setia kepada Presiden Palestin, Mahmoud Abbas pada 2007.

Pegawai Hamas, Mousa Abu Marzouq memberitahu Al-Jazeera bahawa ia sedang melakukan 'pemerhatian rapi' mengenai rancangan gencatan senjata anjuran Mesir. -Reuters

Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!


Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda! KLIK JE SINI!

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

3 comments:

  1. Salam,

    APa nak jadi pada mereka ni.. dah hari ke-19... intifada yang berterusan...

    Pengalisa politik berkata.. bila 20hb Jan... sesuatu akan berlaku...

    ReplyDelete
  2. hanya pertoongan dari Allah sahaja yang dapat menyelamatkan saudara kita di Gaza.

    ReplyDelete
  3. Bro2 semua,
    Jangan bodoh baca suratkhabar2 tempatan yang 'narrow-minded' aja.
    Baca ini....
    http://www.economist.com/opinion/displayStory.cfm?story_id=12899483&source=hptextfeature

    Apa? takut didedahkan kepada infomasi berunsur buruk?
    Be Brave! your brain can handle it!

    "the Arab Palestinians never miss an opportunity to miss an opportunity!"

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.