PPIM MAHU PAS & TRANUNGKITE JAWAB SOALAN NI!


10 SOALAN UNTUK DIJAWAB OLEH PAS, TRANUNGKTE, PINK TURTLE DLL SECARA IKHLAS

Berikut adalah soalan khas yang dihantarkn kepada PPIM untuk dijawab oleh mereka yang berkaitan serta boleh membantu memberikan penerangan yang jelas dan terang kepada penulis. Kami berharap ianya diberikan perhatian utama bagi maklumat semua…

1. PAS kata UMNO kafir kerana kerjasama dengan MCA. Kenapa kini PAS adakan kerjasama dengan DAP ( sedangkan DAP penyokong kuat ISA Singapura dan berperanan besar dalam tercetusnya 13 Mei ) ?

2. PAS kata ingin melaksanakan Hudud. Karpal Singh kata “ Over my dead body” dan DAP lain pun bantah Hudud? Kenapa PAS kerjasama dengan mereka yang menentang Hudud?

3. Dulu PAS kata UMNO tidak Islamik kerana lantik wakil rakyat wanita, tapi hari ini PAS lantik EXCO wanita? Adakah prinsip Islam itu telah berubah?

4. Kenapa PAS sebagai Parti Islam dan beberapa orang kuat PAS seperti Mat Sabu (dulu apabila berjalan mengiring apabila berjumpa dengan YB Dato' Seri Anwar Ibrahim) kini menyokong Anwar Ibrahim apabila beliau dituduh meliwat sedangkan mereka tahu cerita sebenar? Tidakkah ini satu perbuatan yang zalim?

5. Kenapa PAS tidak laksanakan HUDUD di Kelantan sedangkan PAS berkuasa di Kelantan selama lebih 10 tahun? Apakah perlu meminta kebenaran sesiapa sebelum melaksanan HUDUD? Adakah alasan “ perlu mendapat kelulusan Kerajaan Pusat ” dulu sebelum boleh melaksanakan hukum Hudud di negeri jajahannya. Kerajaan PAS Perak tidak hiraukan amaran pusat dan terus memberikan pegangan tanah bebas kepada orang tertentu.

6. Kota Bharu yang dikenali sebagai Serambi Mekah, terkenal sebagai bandar yang kotor. Kebersihan pula adalah sebahagian daripada Iman dan merupakan amalan paling penting dalam Islam. Adakah perlu mendapat kebenaran Kerajaan Pusat sebelum melaksanakan kebersihan di Kelantan ( Yang lebih dikenali sebagai KKI- Kerajaan Kotor Islam oleh ramai pelancong) sebagaimana yang disarankan oleh Islam. Tidakkah ini menghina dan memalukan Islam sedangkan ini mampu dilakukan.

7. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim terang-terang mengatakan bahawa dia tidak menyokong “ Islamic State”. Kenapakah PAS bekerjasama dengan orang yang berpendirian begini. Bukankah ini suatu penipuan yang nyata?

8. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim disokong kuat oleh World Bank dan IMF. Malah, pernah menjadi pengerusi salah satu organisasi RIBA terbesar di dunia itu. Allah dan Rasul telah mengisytiharkan perang kepada mereka yang mengamalkan RIBA. Kenapakah PAS boleh bersekongkol dengan Anwar Ibrahim, orang yang mempromosikan RIBA dan tidakkah PAS juga menjadi penyokong RIBA? Sedarkah PAS dosa RIBA? Bukankah ini perbuatan yang tercela dan munafik?

9. Kenapakah masih ramai penyokong PAS menganggap orang bukan PAS itu bukan Islam? Kenapakah fahaman ini tidak dibendung dengan mentarbiahkan Islam secara sopan dan berhikmah? Ini telah menyebabkan perpecahan berlaku di peringkat akar umbi yang tambah melemahkan Islam. Bukankah ini merupakan satu amalan yang amat zalim?

10. Proton adalah kereta yang dikeluarkan oleh sebuah “Negara Islam”. Umat Islam terlepas daripada dosa fardu Kifayah. Kenapakah PAS mengikut rentak orang lain ( terutama DAP untuk menidakkan kejayaan orang Islam?). Tidakkah ini dinamakan khianat terhadap kepentingan Islam yang akhirnya menghakis kewibawaan umat Islam itu sendiri terutama apabila Negara Islam lain boleh turut berbangga dengan kejayaan ini?

Sumber: PPIM


Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

11 comments:

  1. Sekarang ini PAS bukanlah parti yang berjuang untuk islam. Tetapi parti yang bermimpi disiang hari untuk menubuhkan kerajaan persekutuan dengan DSAI dan LIM KIT SIANG.

    ReplyDelete
  2. Nur,i have answered this in TKO and Siasah as well.

    ReplyDelete
  3. Bismillahirahmanirrahim.
    Perkara 1.
    Singapura keluar di zaman Umno sebagai ruling Party.
    May 13 berlaku di waktu Umno menjadi ruling Party.
    Kenapa tak salah kan kelemahan mereka?

    Anda terkeliru.
    Kita boleh berkongsi niaga dengan kafir.
    Yang tak boleh berkerjasama menentang Islam. Ada Nampak?
    Dulu Umno memperlekehkan Hukum Islam bersama MCA.
    Kini Pas dan DAP bekerjasama untuk menegakan keadilan,menghapuskan kezaliman terhadap rakyat oleh ruling parti.
    Anda bekerjasama dengan kafir untuk memadam satu api kebakaran rumah yang dibakar oleh seorang jahat.
    Kemudian anda dan kafir itu tangkap penjahat tu dan serahkan kepada rakyat untuk diadili.
    Tak kan tak boleh????

    Perkara 2.
    Depa orang kafir,mesti depa bantah.
    Hangpa orang Islam kenapa taknak.!!!
    Kita akan terang kan kepada mereka,HUDUD untuk hukum PENYANGAK ISLAM je.
    Kerjasama dengan mereka dalam membentuk keadilan rakyat.

    Perkara 3.
    Isk.isk. Wanita Umno rambut berjurai.
    Muslimah Pas mengikut syarak.
    Boleh faham.

    Perkara 4.
    Astarghfirullah al`azim.
    Bukti dan penghakiman dulu bang.

    Perkara 5.
    Bo dot dot dot ke apa.
    Pertama mesti nak kepada hudud,kemudian wartakan,lastly implement.
    Kerajaan Pusat ugut apa,aku mageran kan kau!!
    Aku saman kau kat court.
    Tanah tu bukak file lain lah.

    Perkara 6.
    Kelantan?
    Tengok toilet Kuala Lumpur cukup lah.

    Perkara 7.
    Kau orang pusing sana pusing sini.
    Kita laksanakan peringkat negeri dulu lah.

    Perkara 8.
    Malah pernah….
    Kalau PPIM malah pernah makan babi sekalipun,kemudian berubah dan menyokong Islam ,saya akan sokong PPIM.

    Perkara 9.
    Kenapa kau orang perasan sangat.
    Sesiapa sahaja Arab ke,Cina ke,Melayu ke,TOLAK hokum Allah,rosak AIDAH.

    Perkara 10.
    Apa yang di tidak kan????

    Apa point PPIM?
    Mana hala tuju kamu?
    Dot dot dot U ppimNO.
    We should qISAs U.

    ReplyDelete
  4. sis, now you know what kind of ngo PPIM is. The name 'pengguna Islam' is so misleading. They are actually there to be the trouble maker, to make use of religion and to get involve in politics. And they do these for the sake of their paymaster...i wouldn't be surprise if KJ is the puppet master...

    What I am sad is that there are so many these muslim organisation that are more than willing to sell their backside to the highest bidder...and these people are doctors and professionals....what has the world come to....

    KaKiaYam

    ReplyDelete
  5. padamulanya saya nak menjawab tapi terlalu panjang.

    Walau bagaimanapun 'perunding' dah jawab secara yang cukup santai tapi berisi. syabas, tat's the way how to answer, tak payah nak beri nas nanti terlalu akadamik plak.

    sy pun bersetuju dgn 'chicken feet'

    PPIM buatlah kerja kamu selaku persatuan pengguna Islam Malaysia.

    masih banyak lagi hotel yg sijil halalnya boleh dipertikaikan, tapi bila 'uncle sam' batuk sikit, kau orang dah cirit birit. Uncle sam tu sapa (UMNOlah)

    Setiap kali piliharaya, umno tiada modal keluarkan isu lapuk.
    jangan suruh orang PAS jawab, suruh nakhaei orang kuat umno masuk PAS, pastu masuk umno semula yang jawab. sekarang dia jaga YADIM ke.

    ReplyDelete
  6. PPIM nie sapa? benda apa? apa keja dia?

    Saya harap PPIM buat lar keja yg sepatutnya.. Nampak sgt terpesong jauh dari nama dan matlamat. Buat malu islam ja. Tak baik buat tafsiran utk kepentingan diri bahkan berdosa. Dan satu soalan saya, ahli2 PPIM nie dah katam Quran ka?

    ikhlas
    anak kedah

    ReplyDelete
  7. Saya ingin melihat jawapan yang meyakinkan daripada pemimpin PAS.

    Saya rasa selama ini PAS sebagai sebuah parti politik memang banyak "bermain politik". Jadi kadang-kadang cakap pun tak serupa bikin!

    ReplyDelete
  8. perunding , boleh bagi link tak utk jawapan di TKO ?

    saya cari tak jumpa lah .. :)

    terima kasih .

    assalamualkum kepada tuan tanah :)

    roslan

    ReplyDelete
  9. roslan,
    dia orang sentiasa ubah ayat soalan,tak exactly.
    saya pun tak ingat.
    saya rasa boleh cari ikut nama saya kat tko.display all komen.
    nama saya sama disemua tempat di alam maya ni.
    tq.nur.

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.