PART 1: KENAPA PENGUNDI CINA UNDI BARISAN NASIONAL?
Sehari sebelum hari pengundian, Lim Kit Siang meramalkan undi bukan Melayu (khususnya Cina) akan menurun 10%. Bagaimanapun, penurunan itu masih memberikan 5% kelebihan pada PAS. BN dijangka mampu mendapat 45% undi bukan Melayu.
“Among the non-Malays (mostly Chinese), I estimate that the turnout will decrease by approximately 10% from 65% in 2008 to 55% in 2009, primarily because of the Chinese New Year holidays that will take place the following week. Among the non-Malays who will turn out, I estimate a BN support level of 45%. This represents a significant 20% swing in the non-Malay vote from 2008.” [ Lim Kit Siang 17/01/2009 ]
Saya tidak bersetuju dengan pendapat Kit Siang dan semalam, saya menulis begini:
4) Ramai penganalisis politik yang memperkatakan tentang undi kaum Cina yang mewakili 11% pengundi di kawasan itu. Trend pengundian mereka diberitakan ke arah memilih calon PAS.
5) Namun begitu, saya tidak fikir pengundi cina akan memilih calon PAS kerana kemenangan PAS tidak akan membawa apa-apa makna kepada pengundi Cina di kawasan itu. Kerajaan negeri dan pusat masih dikuasai BN dan tiada lagi petanda yang boleh menunjukkan Pakatan Rakyat mampu merampas kerajaan pusat dalam masa terdekat seperti yang berlaku pada PRK Permatang Pauh dulu. Seperti biasa, its all about business akan menentukan undi kaum Cina pada hari ini. Jika keadaan ini berlaku, 70% atau 6 ribu undi kaum Cina akan memihak pada calon BN. [sumber asal]
Hasil daripada keputusan semalam, ternyata undi Cina memihak pada Barisan Nasional. Sila rujuk rajah di bawah:
BN berjaya mendapat 57% atau 4,114 undi dari kaum Cina. Manakala, hanya 43% sahaja pengundi Cina yang memilih PAS. Jika peratusan pengundi Cina yang keluar semalam lebih tinggi daripada 69%, maka tidak mustahil majoriti kemenangan PAS boleh berkurangan dengan mendadak.
Malaysiakini melaporkan, seorang pemimpin DAP di Kuala Terengganu mengaitkan peratusan rendah pengundi Cina yang keluar semalam sebagai faktor kekalahan Pakatan Rakyat. Katanya lagi, sebilangan besar pengundi Cina di Kuala Terengganu bekerja di luar dan mereka tidak dapat pulang mengundi kerana tarikh mengundi sudah dekat dengan tarikh perayaan Tahun Baru Cina.
Saya kurang setuju dengan pendapat itu biarpun boleh diterima. Saya lebih suka dengan pendapat pemimpin PKR yang lebih terbuka sepertimana yang dilaporkan Malaysiakini. Katanya, kekurangan undi untuk calon PAS adalah kerana pengundi Cina bimbang, jika mereka mengundi calon PAS, tidak akan ada pembangunan di kawasan mereka. [sumber asal]
Seperti yang saya nyatakan semalam, its all about business. Pengundi Cina telah membuktikan sekali lagi bahawa mereka memang bijak menggunakan politik. Pada perkiraan mereka, PAS sudah memiliki kekuatan untuk menang biarpun tanpa sokongan padu daripada mereka. Kekuatan itu datangnya dari sokongan generasi muda yang mewakili 40% pengundi di kawasan itu.
Jika PAS menang, BN masih berhutang janji dengan mereka yang telah memenangkan BN. Tidak ada alasan untuk BN untuk tidak mengotakan janji yang telah dibuat kepada pengundi Cina di sepanjang tempoh kempen dilangsungkan. Jika BN pula yang menang, isu hudud dan kegagalan Pakatan Rakyat menjayakan misi 916 akan dijadikan alasan untuk menerangkan kenapa mereka memilih Barisan Nasional.
Kesimpulannya, tidak ada parti lagi yang boleh mengaku dominan pada kaum Cina samada MCA, DAP atau Gerakan. Sokongan pengundi Cina boleh berubah-ubah mengikut situasi semasa, penilaian yang kritis dan juga sentimen setempat. Sikap sebegini tentunya memberikan cabaran besar kepada semua parti politik di Malaysia untuk sentiasa memahami dan memenuhi keperluan serta kehendak rakyat jelata.
PART 2: KENAPA PENGUNDI MUDA SOKONG PAKATAN RAKYAT [menyusul kemudian]
TIPS:
1) Paparan semua blog lebih pantas, menarik dan selamat jika anda menggunakan pelayar FIREFOX!
2) Sertai peraduan mudah ini! Klik di sini untuk keterangan lanjut.
3) Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda. Klik je sini
0 comments:
Post a Comment
PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.