NAJIB TERUS DIHANTUI ISU ALTANTUYA!
NAJIB: PEMBANGKANG BANKRAP ISU
Tindakan pembangkang memainkan isu wanita Mongolia, Altantuya Shariibu yang dibunuh dua tahun lalu ketika kempen pilihan raya kecil Kuala Terengganu adalah tidak relevan sama sekali.
"Nampaknya perkara itu cuba dibangkitkan pembangkang... kalau mereka bawa isu seperti ini maknanya mereka sudah bankrap isu.
"Ia tiada kaitan sama sekali dengan pilihan raya kecil ini," kata beliau.
Awal pagi semalam enam anggota Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) termasuk Timbalan Pengerusinya ditahan polis ketika menampal poster wajah wanita Mongolia itu di laluan-laluan dilalui Najib ketika berada di sini menjelang hari penamaan calon hari ini.
Bagaimanapun mereka dibebaskan awal ini dan dipanggil semula untuk disoal siasat oleh polis petang ini.
Sehubungan itu, Najib yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, Barisan Nasional (BN) bersedia menjawab segala isu yang akan dibangkitkan oleh pembangkang ketika berkempen di sini.
Timbalan Pengerusi BN itu berkata, BN tidak menjangkakan banyak isu akan ditimbulkan pada pilihan raya kecil itu, yang menyaksikan pertandingan tiga penjuru melibatkan calon BN, PAS dan Bebas.
Beliau berkata pada masa ini, pembangkang semakin terdesak menggunakan isu-isu nasional dan keadaan itu menunjukkan bahawa mereka sudah ketandusan isu.
"Pada pilihan raya kecil ini, isu yang mungkin menjadi tumpuan ialah isu tempatan. Bagaimanapun, jika ada isu nasional, BN sedia jawab," jelas beliau.
NAJIB TAK BERANI YAKIN BN AKAN MENANG
Najib berkata, BN akan menggunakan pendekatan "BN mesra rakyat" sebagai tema kempen pada pilihan raya kecil Kuala Terengganu, dengan menjadikan rakyat sebagai fokus utama parti itu.
"Saya tekankan konsep mesra rakyat kerana ia menggambarkan apa yang dilaksanakan BN. Kumpulan sasar kita tidak lain tidak bukan adalah rakyat. Rakyatlah yang kita utamakan dalam semua bentuk program dan projek yang kita laksanakan," katanya.
Daripada segi jentera BN pula, Najib berkata, parti itu telah membahagikan tugas secara khusus termasuk kepada sayap-sayap dalam BN.
"Kita akan kerja kuat untuk memberitahu, semua polisi berkhidmat kepada rakyat BN adalah polisi terbaik. Sokongan ramai pada hari ini adalah permulaan positif untuk kita.
"(Bagaimanapun) kita tidak mahu terlalu yakin kerana kita tidak ada 'bola kristal'. Tetapi kita percaya, kita akan menang dengan lebih baik. Itu sasaran dan kita akan lakukan yang terbaik untuk mencapainya," kata beliau.
Sumber: MSTAR
0 comments:
Post a Comment
PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.