NAJIB GUNA AYAT SEBOL KE?

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata setiap undi adalah penting bagi memastikan Barisan Nasional (BN) dapat mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada pilihan raya kecil kawasan itu, 17 Jan ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata beliau tidak mahu menetapkan sama ada undi sesuatu bangsa itu begitu penting atau sebaliknya dalam menentukan kemenangan BN.

"Saya tidak suka nak kata undi Cina atau India lebih penting. Pada saya semua undi adalah penting.

"88 peratus pengundi (daripada 80,229 pengundi berdaftar di Kuala Terengganu) terdiri daripada pengundi Melayu. Kalau kita mendapat bilangan undi yang besar di kalangan Melayu, jadi pengundi Cina dan India hanya tambah sahaja.

"Tetapi jika undi Melayu sama banyak antara PAS dan Umno (BN), pengundi Cina dan India akan menentukan kemenangan," katanya kepada pemberita selepas majlis Timbalan Perdana Menteri bersama usahawan dan pecah tanah menara Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Terengganu (DPMMT) di sini, Selasa.

Ketika ditanya tanggapan sesetengah pihak bahawa BN mengambil pendekatan "mempertahankan diri" dalam kempen mereka, Najib menolak andaian tersebut dan menegaskan ia hanya mengingatkan pengundi tentang apa yang dilakukan oleh PAS ketika memerintah Terengganu dari 1999 hingga 2004.

"(Misalnya) malam tadi kita berkempen di Chabang Tiga dengan kehadiran 5,000 orang, kita mengingatkan pengundi Kuala Terengganu supaya mereka jangan lupa ayat 'Masihkah Kau Ingat', maknanya segala kekurangan, kelemahan dan janji yang tidak dapat ditunaikan (oleh PAS)," katanya.

Sementara itu, Najib berkata kerusi Parlimen Kuala Terengganu boleh dimenangi BN dengan syarat jentera BN perlu bekerja keras memberikan penjelasan dan menangkis isu yang dimainkan pembangkang.

"Daripada tinjauan, jentera BN bertambah baik (berkempen)...saya sudah beritahu bahawa jentera BN mesti bergerak dengan penuh komitmen sehingga sampai hari akhir berkempen.

"Kita tidak boleh memandang mudah perkara itu kerana saingan adalah hebat tetapi sekiranya bersatu dan fokus untuk mencapai kejayaan, insyaAllah kita boleh menang," katanya. Dalam pada itu, beliau berkata program-program yang dilakukan oleh BN adalah untuk jangka panjang berbanding pembangkang yang hanya mahu mendapatkan populariti.

"Kita tidak boleh menguruskan ekonomi kita berdasarkan kepada pertimbangan jangka pendek. Ada keputusan kita buat kerana kita fikir kebaikan kepada rakyat untuk akan datang.

"Tetapi pembangkang akan main sebarang isu untuk mendapatkan populariti semasa. Fokus mereka terhadap perkara-perkara jangka pendek," katanya.

Mengenai ramalan Penasihat DAP Lim Kit Siang bahawa pilihan raya umum akan diadakan selepas peralihan kuasa pimpinan negara yang dijadualkan Mac ini, Najib menegaskan perkara itu hanya tanggapan pembangkang sahaja.

"Ia acah-acah, nak suruh kita respons. Saya tahu benar permainan mereka. Jangan bimbang, kita (BN) buat keputusan secara bersama untuk pastikan sesuatu perkara itu dibuat dengan betul," katanya.

Sumber: Bernama

Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!


Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda! KLIK JE SINI!

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments:

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.