Kelantangan PAS mengecam usaha pembangunan yang dibuat kerajaan Barisan Nasional (BN) menunjukkan parti itu ketandusan isu untuk dicanang pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu 17 Jan ini.
Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata PAS sepatutnya lebih matang dalam berpolitik dan tidak menjadikan isu itu sebagai modal kempen untuk menarik sokongan pengundi dan dalam masa yang sama memburuk-burukkan parti lawan.
Katanya PAS perlu ikhlas dan menjelaskan kepada penyokongnya sama ada mereka benar-benar tidak bersetuju dengan pembangunan, atau tidak bersetuju dengan pembangunan yang dibawa oleh BN.
"Pembangunan untuk rakyat dibuat (kerajaan pusat) sepanjang masa, bukan semasa pilihan raya sahaja. Masih ramai rakyat memerlukan yang perlu dibantu. Jangan dipesongkan maklumat ini kerana kepentingan politik, kalau betul, cakap betul.
"Kecuali kalau PAS kata kita (PAS) tak setuju buat pembangunan, tak ada pembangunan pun tak apa kerana dunia ni hanya sementara. Kalau itulah fahaman mereka, ini satu perkara yang tak selari dengan kehendak agama," katanya kepada pemberita selepas melawat Bilik Gerakan Peti Undi Paloh, di sini, Ahad.
Muhyiddin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri mengulas kecenderungan parti pembangkang mengunakan isu pembangunan di Kuala Terengganu, dengan mendakwa projek bernilai jutaan ringgit hanya dilaksanakan kerana ada pilihan raya kecil di kawasan itu.
Beliau berkata pembangkang sememangnya sering memutarbelit fakta dan menyalahkan setiap apa yang dilakukan kerajaan.
"Dulu DAP pernah membantah dan memboikot pembinaan lebuh raya Utara-Selatan. Kata membazir, tak ada guna kerajaan belanja berbilion ringgit. Tetapi kini rakyat boleh lihat sendiri ia tuduhan yang salah dan menyimpang.
"Rakyat mungkin terpedaya kerana belum melihat sendiri hasilnya. Terengganu diberi perhatian kerana ketinggalan, dulu ia diperintah PAS, jadi bila BN ambil alih, kita buat pembangunan. Pembangunan itu yang dikatakan pembaziran. Kita kena juga lihat hasilnya dalam jangka panjang," katanya.
Muhyiddin berkata projek mega seperti pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Putrajaya pernah disebut pembangkang sebagai gimik politik serta pelbagai tuduhan lain untuk memperdayakan rakyat.
"Tetapi rakyat akan sedar dan tahu apa yang dikatakan pembangkang itu betul atau tidak. Apapun keputusan yang diambil pimpinan BN, kita ambil kira semua fakta. Kita juga tidak terburu-buru dan mengambil kira terlebih dahulu baik buruknya," katanya.
Pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Razali Ismail yang juga Timbalan Menteri Pelajaran pada 28 Nov lepas.
BN meletakkan Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, yang juga Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu sebagai calon manakala PAS pula menamakan Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Wakaf Mempelam Mohd Abdul Wahid Endut.
Sumber: Bernama
Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!
Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda! KLIK JE SINI!
- Blogger Comment
- Facebook Comment
1 comments:
PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Kawan PAS, DSAI satu ketika dulu beriya-iya benar mengatakan PUTRAJAYA adalah pembaziran dan harus dibatalkan. Sekarang PUTRAJAYA menjadi idaman dan cita-cita beliau jika bergelar PM. Kenapa tak jadikan putrajaya padang jarak padang tekukur saja? Dulu kata lain, sekarang kata lain.
ReplyDeleteDulu PAS kata Cukai Judi dan babi dan arak haram, kini dia sokong apa yang dibuat DAP dan PKR mengenai arak dan babi. Elok juga rasa sekali sekala daging babi tu.
Nanti PAS boleh bertaubat. Haram je. Bukan menjadi munafikpun jika makan daging babi. Sama juga minum arak dan main judi.