SIAPA LAGI YANG SOKONG PAK HAMID?

Penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) masih lagi relevan untuk menjaga keamanan dan kesejahteraan rakyat dengan majoriti rakyat mahu undang-undang pencegahan itu dikekalkan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar.

"Kalau itu yang dikehendaki oleh rakyat, suruh kita mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri, kita akan mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri tetapi mengikut kita punya kajian, majoriti rakyat mahukan Akta Keselamatan Dalam Negeri dikekalkan," katanya semasa Majlis Bicara Tokoh: "Masih Relevankah ISA" anjuran Kementerian Dalam Negeri dan badan bukan kerajaan, Shah Alam Free Speech Ahad malam.[sumber asal]

Syed Hamid juga berkata kebanyakan suara yang menggesa supaya akta ini dihapuskan lahir daripada gerakan pembangkang dan juga badan bukan kerajaan seperti SUARAM (Suara Rakyat Malaysia) yang keahliannya tidak seramai mana tetapi mencanangkan seolah-olah mereka mewakili suara seluruh rakyat Malaysia.

Beliau berkata kedudukan mereka yang melalui proses tahanan ISA tidak terjejas kerana mereka bukan tahanan jenayah bahkan pengalaman mereka semasa tahanan mematangkan mereka dan menjadikan mereka ahli-ahli politik yang berjaya.

"Jadi tidak ada perkara yang kita khuatir atau perlu berasa sebagai kerajaan 'apologetic' atau perlu minta maaf atas penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri ini," katanya.

Kebanyakan mereka yang menentang akta tersebut terdiri daripada mereka yang menggunakan alasan politik sebagai perjuangan mereka kerana akta berkenaan menyekat aspirasi politik mereka, kata Syed Hamid.

"Berapa ramai orang politik masih bawah ISA kalau dibandingkan jumlah keahlian orang politik dalam negara. Setakat hari ini kita ada 43 orang dalam tahanan di bawah ISA yang majoriti dianggap kumpulan pelampau Islam, kumpulan militan Islam ... kita tidak kira agama, kaum... kita hanya mementingkan keselamatan dalam negara.

"Bahkan kerajaan menahan lebih ramai orang Islam daripada orang bukan Islam kerana kerajaan berpendapat mereka boleh mendatangkan huru-hara kepada keamanan negara," katanya.

Syed Hamid berkata ada dua ancaman baru di Malaysia yang perlu dikawal dengan berhati-hati iaitu usaha-usaha melahirkan kebencian antara kaum dan agama dan kedua-dua unsur tersebut jika berlaku akan mendatangkan satu keadaan yang susah untuk dipulihkan.

Beliau juga berkata banyak negara jiran yang cemburukan Malaysia kerana mempunyai undang-undang pencegahan yang telah berjaya mengekang gerakan terorisme yang melampaui sempadan selepas tragedi 11 Sept dan dengan adanya ISA, kejadian-kejadian seperti rusuhan di Thailand dan serangan pengganas di Mumbai dapat dicegah daripada meletus.

Sementara itu, seorang bekas tahanan ISA selama dua tahun, Lokman Noor Adam yang turut memberi ceramah pada malam itu berkata terdapat usaha di kalangan tahanan politik di Kem Kamunting untuk memomok-momokkan akta ini.

Beliau turut menafikan kononnya tahanan ISA tidak diberi makanan yang cukup kerana semasa beliau ditahan dahulu, pihak kem setiap pagi menyediakan makanan yang "cukup nikmat" kepadanya.

"Dia akan bagi roti satu bantal, jem strawberi, nenas, planta dan sebagainya. Bak kata orang, kalau kita makan ni tuan-tuan, puan-puan, sah kita gemuk," katanya.

Lokman berkata beliau hilang berat badan sebanyak 21kg dalam tempoh enam bulan dalam tahanan bukan disebabkan tidak mendapat makanan yang cukup tetapi sebaliknya kerana beliau sendiri yang memilih untuk tidak menjamah makanan yang disediakan, dan sebaliknya hanya memakan biskut tawar bersama minuman Horlicks setiap pagi sebelum bersenam sehingga berat badannya susut.

NUR AFLAH : Adakah anda termasuk dalam golongan majoriti sepertimana yang dikatakan Pak Hamid itu?

Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!


Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda! KLIK JE SINI!



Photobucket
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

2 comments:

  1. go to dot dot dot u hamid.

    pandai sangat cegah, pasal the so-called terrorists 9/11 tu boleh singgah lepak kat kajang.
    ngok ngek.

    ReplyDelete
  2. Majoriti rakyat? Mungkin dia tanya orang-orang kat kawasan parlimen dia yang memang semua UMNO totok.
    Usahkan masuk kem tahanan ISA, masuk kem Bina Negara seminggu pun kita dah rasa meluat. Meluat mendengar propaganda BN.

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.