MALAM PENUH HIKMAH BUAT SEMUA

Sekalung tahniah kepada PAS dan juga kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dengan pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu (kalau nak disebutkan satu-persatu agak panjang).

Syukur ke hadrat Ilahi kerana mengizinkan kemenangan yang amat bermakna buat sebuah pertubuhan yang begitu komited untuk menegakkan syiar Islam di negara ini.

Semoga kemenangan ini akan mengukuhkan lagi martabat dan kedudukan Islam di mata rakyat Malaysia.

Tentunya pada malam ini, para penyokong dan pengundi PAS sedang meraikan kejayaan mereka.

Apapun, dalam suasana kegembiraan ini, jangan sesekali anda terlupa pada nasib penduduk Gaza yang sedang bertarung dengan kezaliman Israel.

Sehingga malam ini, lebih 1,000 rakyat Palestin telah dibunuh soldadu Zionis.

Bagi pemimpin dan penyokong BN pula, terimalah kekalahan ini dengan hati yang terbuka.

Inilah masanya untuk anda semua merenung kembali segala kekurangan ataupun kesilapan yang telah anda lakukan sehingga BN mengalami kekalahan teruk di 2 pilihanraya kecil dalam tempoh 5 bulan.

Lakukanlah perubahan sebelum kekalahan lebih teruk bakal menimpa BN pada masa hadapan.

Buat semua, jadikanlah malam ini sebagai malam yang penuh hikmah buat kita semua agar kehidupan kita pada esok hari akan lebih baik daripada hari ini.



AL-FATIHAH BUAT SEMUA UMAT ISLAM YANG TERKORBAN DI BUMI GAZA…


Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

4 comments:

  1. salam semua, tahniah kepada semua yang terlibat serta penyokong dan pendokong PAS dan Pakatan Rakyat.

    ReplyDelete
  2. jika ada org umno sini...tlg bisik kat telinga najib,dollah atau hishamuddin..."tolong mansuhkan PPSMI...jgn pertaruhkan nasib anak2 kita hanya kerana keegoan mempertahankan kesilapan kamu"...dgr sikit la ckp rakyat...nak berlagak elit???nak pertahankan ego????sukahati lah..kalau nak kalah besar lagi ...buat la..

    ReplyDelete
  3. Salam Puan"

    Sikap ahli Umno dan BN dilihat bukan sahaja ditolak namun,janji-janji Umno dilihat hanya untuk memancing undi semata-mata.Maka kerana itu Umno harus berubah sehingga rakyat kembali yakin kepada ketelusan membantu orang Melayu.

    PS: PAS patut ucapkan Terima Kasih kepada EZAM MD NOR.

    ReplyDelete
  4. Excellent result for KT by-election.
    Congratulations Pakatan Rakyat.

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.